Unit Amanah PMB Investment Menerima 2 Anugerah dan Pengiktirafan Global

PMB Investment Berhad (PMB Investment), sebuah anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad (Pelaburan MARA), menerima dua (2) Anugerah Dana Islam Global (Global Islamic Fund Awards) dari Anugerah Dana Lipper Dari Refinitiv 2019 (Lipper Fund Awards From Refinitiv 2019!).

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, “Lipper Fund Awards From Refinitiv 2019 merupakan penganugerahan piawaian kecemerlangan tertinggi di seluruh dunia. Ini membuktikan dana-dana yang diuruskan PMB Investment adalah berprestasi tinggi dan bertaraf global”.

Lipper Fund Awards From Refinitiv 2019 telah memberi pengiktirafan kepada syarikat pengurusan dana yang cemerlang selama lebih tiga dekad di lebih 20 negara seluruh dunia. Hanya pengurus dana yang menyediakan prestasi dana terbaik dalam jangkamasa sederhana dan panjang serta konsisten layak menerima pengiktirafan ini.

Mengulas lanjut mengenai dana-dana yang menerima pengiktirafan ini, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Najmi Haji Mohamed berkata, “dana yang menerima anugerah ialah PMB Shariah Premier Fund dengan pulangan sebanyak 11.11% bagi tempoh tiga tahun dan 22.90% bagi tempoh 5 tahun berakhir 31 Disember 2018. PMB SPF berada dalam kedudukan pertama dari 57 dana untuk tempoh 3 tahun dan 52 dana bagi tempoh 5 tahun dalam kategori dana Ekuiti Syariah Malaysia.”

Tambah Najmi lagi, “pengiktirafan ini membuktikan PMB Investment mempunyai rekod prestasi dana yang cemerlang bagi tempoh jangka pendek dan panjang”.

PMB SPF menawarkan peluang kepada pelabur untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang melalui pelaburan dalam mana-mana 75 saham patuh syariah terbesar dari segi modal pasaran (pada masa pembelian) yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Untuk rekod, PMB SPF berjaya memenangi Best Malaysia Large-Cap Equity (Shariah) pada Majlis Penganugerahan Morningstar Malaysia 2019 dan memperoleh dua (2) anugerah individu dana unit amanah syariah terbaik Malaysia pada Majlis Penganugerahan Lipper Fund Awards from Refinitiv 2019 pada Mac lalu.

PMB Investment sebuah syarikat milik penuh Kumpulan Pelaburan MARA Berhad, adalah sebuah Syarikat Pengurusan Pelaburan Islam (Islamic Fund Management Company, IFMC), menguruskan 15 dana unit amanah, dua dana borong dan beberapa mandat portfolio dengan pelaburan dalam kelas-kelas aset ekuiti dan sukuk.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend