Unit Amanah PMB Investment Terima Anugerah Unit Amanah Disyorkan 2019/2020 oleh FSMOne

PMB Investment Berhad (PMB Investment), sebuah anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad (Pelaburan MARA), menerima pengiktirafan dalam Anugerah Unit Amanah Disyorkan 2019/2020 oleh FSMOne (dulu dikenali sebagai Fundsupermart) dalam kategori Core Equity – Malaysia Islamic melalui dana PMB Shariah Premier Fund, hari ini.

FSMOne Awards adalah penganugerahan yang diuruskan oleh iFAST Capital Sdn Bhd yang bukan sahaja menguruskan dana-dana di Malaysia, malah Singapura, Hong Kong dan juga China. Ini membuktikan dana-dana PMB Investment merupakan dana-dana yang bertaraf global.

Menurut Najmi Haji Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, “’PMB Shariah Premier Fund merekodkan prestasi yang membanggakan bagi tempoh 3 dan 5 tahun iaitu pulangan sebanyak 11.11% bagi tempoh 3 tahun dan 22.90% bagi tempoh 5 tahun”. Tambah Najmi lagi, “pengiktirafan ini membuktikan PMB Investment mempunyai rekod prestasi dana yang cemerlang bagi tempoh jangka pendek dan panjang”. Kata Najmi, “Kami sangat gembira dengan prestasi PMB SPF. Apa yang penting melalui penganugerahan ini ialah para pelabur berpeluang menikmati kadar pulangan yang kompetitif. Meskipun berdepan dengan keadaan pasaran yang tidak menentu pada 2018, prestasi PMB SPF yang menggalakkan dapat direalisasikan dan dinikmati para pemegang unit”.

“Tambahan pula, kami kekal komited terhadap strategi diversifikasi pelaburan jangka panjang dengan berpandukan pengagihan strategik dana-dana ke sektor-sektor ekuiti yang menunjukkan pertumbuhan positif. Strategi ini terbukti berkesan terutamanya ketika pasaran tidak menentu, sekaligus menambahkan pengalaman dan keupayaan kami untuk mengatasi sebarang ketidakstabilan jangka masa pendek,” tambah Najmi.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, kejayaan ini membuktikan dana-dana yang diuruskan PMB Investment adalah berprestasi tinggi dan memberikan pulangan yang mampan kepada para pelabur. Kami amat berbangga dengan pencapaian ini.

PMB SPF menawarkan peluang kepada pelabur untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang melalui pelaburan dalam mana-mana 50 saham patuh syariah terbesar dari segi modal pasaran (pada masa pembelian) yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Untuk rekod, PMB Shariah Premier Fund telah memenangi Best Malaysia Large-Cap Equity (Shariah) pada Majlis Penganugerahan Morningstar Malaysia 2019, memperoleh dua (2) anugerah individu dana unit amanah syariah terbaik Malaysia pada Majlis Penganugerahan Lipper Fund Awards from Refinitiv 2019 pada bulan Mac lalu dan menerima dua (2) Anugerah Dana Islam Global (Global Islamic Fund Awards) dari Lipper
Fund Awards From Refinitiv 2019.

Sehingga Jun 2019, Aset di Bawah Pengurusan (AUM) PMB Investment adalah berjumlah RM1.2 bilion dan menyasarkan AUM ini akan mencecah sehingga 5 bilion menjelang Disember 2022.

PMB Investment adalah sebuah syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad, sebuah Syarikat Pengurusan Pelaburan Islam (Islamic Fund Management Company, IFMC), menguruskan 15 dana unit amanah, dua dana borong dan beberapa mandat portfolio dengan pelaburan dalam kelas-kelas asset ekuiti dan sukuk.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend