UST Global Dianugerah ‘Majikan Terbaik Di APAC Bagi Tahun 2019’ Oleh Top Employers Institute

PULAU PINANG, Malaysia, 19 Disember 2018 /PRNewswire/ —

UST Global, sebuah syarikat penyelesaian transformasi digital yang terkemuka, dianugerahkan dengan sijil ‘Majikan Terbaik di APAC bagi tahun 2019’ yang berprestij untuk lokasi IndiaMalaysia dan Filipina. Top Employers Institute mengumumkan keputusan daripada penyelidikan tahunannya terhadap sejumlah besar majikan dan keadaan kakitangan mereka di serata dunia.

UST Global meraih pensijilan sebagai Majikan Terbaik memandangkan tawaran kakitangannya melibatkan semua kriteria yang diukur melangkaui tahap yang diperlukan. Top Employers Institute menilai tawaran kakitangan UST Global berkisarkan Strategi Bakat, Pembangunan Kepimpinan, Perancangan Tenaga Kerja, Pengurusan Kerjaya & Penggantian, Kemasukan Kakitangan Baharu (On-Boarding), Pampasan & Faedah, Pembelajaran & Pembangunan, Budaya dan Pengurusan Prestasi.

Top Employers Institute ialah sebuah pertubuhan bebas yang mendedahkan tawaran kakitangan daripada majikan-majikan penting di seluruh dunia, mengukur tawaran tersebut mengikut piawaian antarabangsa. Pada dasarnya, hanya majikan utama dunia diperakui sebagai Majikan Terbaik. Sejak tahun 1991, pertubuhan ini telah memperakui lebih 1300 syarikat di 115 negara yang memberi impak kepada lebih 5 Juta kakitangan.

Untuk terus mengukuhkan lagi kesahan proses berkenaan, ia diaudit secara bebas oleh Grant Thornton, sebuah firma audit, cukai dan khidmat nasihat utama dunia, bermakna proses ini telah mengesahkan keadaan kakitangan cemerlang UST Global dan melayakkan mereka meraih tempat idaman dalam kalangan kumpulan terpilih daripada Majikan Terbaik yang diperakui.

Manu Gopinath, Ketua Pegawai Orang Awam, UST Global, menambah, “Pensijilan Majikan Terbaik merupakan bukti komitmen kami untuk mengoptimumkan, membangunkan dan berganding bahu dengan kakitangan kami demi menjadi majikan yang jauh lebih baik. Kakitangan kami merupakan duta jenama bawaan kami. Kami teruja untuk menerima sijil Majikan Terbaik bagi lokasi-lokasi IndiaMalaysia dan Filipina.”

Pensijilan ‘Majikan Terbaik di APAC bagi tahun 2019’ untuk lokasi-lokasi IndiaMalaysia dan Filipina UST Global diterima susulan pencapaian terkini melibatkan pensijilan ‘Majikan Terbaik di AS bagi tahun 2018.’

Latar Belakang UST Global

UST Global ialah syarikat penyelesaian teknologi digital terkemuka yang menyediakan perkhidmatan pengkomputeran dan digital termaju kepada perusahaan swasta dan awam yang besar di seluruh dunia. Pelanggan-pelanggannya termasuk syarikat-syarikat Fortune 500 dalam perbankan dan perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, insurans, runcit, teknologi, pembuatan, penghantaran dan telekomunikasi. UST Global percaya dalam membina hubungan perniagaan yang berkekalan dan strategik melalui model penglibatan global yang tangkas dan bertumpu pelanggan yang menggabungkan pakar & sumber tempatan dengan kos, skala, dan kelebihan kualiti operasi global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.ust-global.com.

Sumber: UST Global

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend