Viomi Technology, dengan kerjasama IDC, Keluarkan Kertas Putih Prospek IoT Pengguna 2025

NEW YORK, 8 Mac 2019 /PRNewswire/ — Viomi Technology Co., Ltd (“Viomi” atau “Syarikat”) (NASDAQ: VIOT), sebuah syarikat IoT@Rumah yang terkemuka di China, dengan kerjasama International Data Corporation (“IDC”), mengeluarkan satu kertas putih hari ini di Nasdaq MarketSite. Kertas putih berkenaan, bertajuk Consumer IoT Outlook 2025,” (“Prospek IoT Pengguna 2025”) meramalkan enam trend utama dalam pasaran IoT pengguna.

— Keupayaan pengkomputeran peranti IoT Pengguna akan meningkat dengan pantas. AI + IoT merupakan kunci kepada pembangunan masa depan IoT Pengguna, yang juga merupakan unsur penting dalam peranti kediaman pintar dan akan memacu pembangunan teknologi penderiaan, keupayaan pemerolehan data dan kecer dasan dalam membuat keputusan.

— Protokol rangkaian berbeza akan berfungsi bersama sebagai rangkaian hibrid, menyediakan sambungan yang stabil dan pantas di mana-mana juga, pada bila-bila masa. Pembangunan rangkaian ad-hoc atau jejaring akan membantu mencapai sambungan yang stabil dan pantas. Selain itu, era 5G yang bakal muncul akan memberi dorongan kepada sambungan di mana-mana juga dan pada bila-bila masa.

— Pengkomputeran pinggir dan storan tempatan akan digunakan secara meluas pada peranti pintar, meningkatkan kecekapan pengkomputeran dan privasi peribadi. Pengkomputeran pinggir berdasarkan storan tempatan akan dapat meningkatkan tahap kecekapan pengkomputeran dengan hebat dan aplikasi storan tempatan pada peranti IoT pengguna akan meningkatkan privasi peribadi dengan ketara.

— Peranti IoT pengguna akan mempunyai penyepaduan lebih terbuka dari segi teknologi dan senario. Saling boleh kendali akan dicapai dengan menerobos sempadan antara produk, platform dan aplikasi.

— Interaksi peranti-manusia akan lebih mesra pengguna dan bersifat lebih alami. Evolusi interaksi akan membawa kepada kaedah-kaedah yang lebih mesra pengguna dan pelbagai, termasuk tetapi tidak terhad kepada interaksi berasaskan suara, imej, wajah dan sentuhan.

— Peranti pintar tidak lama lagi akan beralih ke peringkat proliferasi, menjurus kepada kemunculan perkhidmatan dan aplikasi yang berkaitan. Jumlah penghantaran dalam pasaran peranti kediaman pintar China dijangka mencecah kira-kira 300 juta unit menjelang tahun 2022, meningkat pada CAGR 18.9% dari tahun 2018, dengan perkakas menjadi segmen terbesar.

Viomi merancang untuk membentangkan kertas putih ini di upacara pelancaran produknya di Ekspo Dunia Perkakas & Barangan Elektronik di Shanghai, China jam 7:00 malam Waktu Beijing pada 13 Mac 2019. Dengan kerjasama IDC di upacara tersebut, Syarikat akan berkongsi prospek dan pandangannya terhadap trend-trend dalam pasaran IoT pengguna sehingga tahun 2025.

Sumber: Viomi

Saham Berkaitan: NASDAQ-NMS:VIOT

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend