Virus Ransomware WannaCry Minta Tebusan Berupa Bitcoin. Nak Bayar atau Tidak?

“Anda ada masa 3 hari untuk membuat pembayaran. Jika tidak, bayarannya akan digandakan. Jika masih gagal membuat bayaran dalam 7 hari, data anda akan hilang selama-lamanya”

Selepas dialih bahasa, lebih kurang begitulah maksud ayat ugutan yang terpampang di komputer yang dijangkiti oleh Virus Ransomware WannaCry.

Malware ni lengkap dengan format alih bahasa. Kalau mereka yang di negara China, dia akan paparkan dalam bahasa Mandarin dekat skrin. Tak pasti sama ada kalau berjangkit dekat negara kita dia keluar bahasa Malaysia pula.

Malware WannaCry ini akan memaksa mangsanya membayar tebusan melalui bayaran di atas talian menggunakan matawang Bitcoin bernilai $300 atau $600 sebagai syarat untuk memulihkan atau membenarkan kita mengakses kembali komputer (Windows) yang telah dijangkiti.

Menurut NBC News, sehingga 16 Mei 2017, jumlah terkumpul wang tebusan yang telah dibayar kepada penggodam tersebut bernilai $57,282.23 ataupun RM247,888.85. Mengikut data yang diterima, kebanyakan bayaran diterima dari negara-negara Eropah, Rusia, Korea, and Taiwan.

Apa Itu Bitcoin?

Kalau pernah pernah google ‘what is Bitcoin’, mesti akan jumpa ayat lebih kurang macam ini:

“Bitcoin adalah cryptocurrency atau matawang digital yang menggunakan teknologi blockchain.”

Penerangan panjang lebar tentang Bitcoin pernah tersiar di blog RinggitOhRinggit. Boleh baca di sana.

Berapa Nilai Satu Bitcoin?

Sehingga hari ini 18 Mei 2017 jam 12 tengahari, nilai 1 Bitcoin adalah $1,808.97 ataupun RM7,828.32

Jadi Nak Bayar atau Tidak?

Doalah komputer kita selamat dari jangkitan virus ini. Kalau tak bernasib baik dan terjangkit juga, maka kena fikirkan apa nak buat.

Kalau kita bayar apa kesannya? Saya ada dua pandangan mengenai perkara ini. Jika kita bayar dan penggodam mengotakan janji ‘memulangkan’ semula akses kepada komputer, boleh la teruskan kerja macam biasa. Tetapi macam mana nak pastikan perkara ini tidak akan berulang? Logiknya pasti mereka dah ‘tanam’ sesuatu dalam komputer kita tadi.

Keduanya, jika kita bayar, ini pastinya akan membuatkan penggodam tersebut menjadi lebih berani dan akan mengulang semula aktiviti tidak bermoral ini di masa akan datang. Ini akan memberi ancaman kepada orang lain pula.

Namun tiada jaminan mereka akan mengotakan janji! Silap haribulan hangus duit kita tu.

Kalau kita tak bayar apa kesannya? Sekurang-kurangnya kita tidak berdepan risiko duit hangus jika mereka tidak menepati janji.

Jadi Apa Nak Buat?

Jika komputer anda dijangkiti virus ini, saya cadangkan cuba unhide hidden files dan cari file yang serupa. Kadang-kadang mereka ni acah-acah je kata encrypt file tersebut tetapi hakikatnya ia disorok di tempat lain.

Jika gagal, langkah terakhir wipe atau format saja hard disk komputer tersebut atau tunggu decryptor bagi Malware WannaCry. Boleh rujuk mana-mana laman web syarikat anti virus seperti Kaspersky.

Jika tak sanggup format atau tunggu maka hubungi terus pihak CyberSecurity Malaysia menerusi saluran seperti emel cyber999@cybersecurity.my atau mycert@mycert.org.my; Talian bebas tol 1-300-88-2999 ataun talian 019-2665850 (24 jam).

 

Ditulis oleh seseorang yang telah berkhidmat selama 10 tahun dalam dunia Komputer Forensik.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend