Wan Sazriz Ketua Pegawai Eksekutif Baharu PMB Tijari

Pelaburan MARA Berhad mengumumkan pelantikan Wan Sazriz bin Dato’ Wan Zaid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikatnya, PMB Tijari bermula 2 Januari 2019.

Wan Sazriz mempunyai pengalaman lebih 17 tahun dalam pengurusan tertinggi syarikat di mana empat tahun kebalakangan ini, beliau telah berkhidmat untuk TERAJU sebagai Ketua Program, Carve Out & Compete, Perkhidmatan Kewangan dan Projek Khas, bertanggungjawab bagi memastikan penglibatan Bumiputera dalam pembangunan ekonomi dan melaksanakan dasar berasaskan intervensi, penciptaan permintaan, pembangunan kandungan, strategi korporat, pembinaan kapasiti dan lain-lain.

Wan Sazriz mengambilalih tanggungjawab Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, yang memegang jawatan sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pelaburan MARA Berhad.

Menurut Tengku Ahmad Badli Shah, “Wan Sazriz merupakan pilihan terbaik untuk mengetuai PMB Tijari. Dengan latarbelakang dan pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran perniagaan dan kewangan, Wan Sazriz mampu membantu PMB Tijari memperkukuhkan saluran perkongsian perniagaan, membangunkan pakatan strategic dan seterusnya mengembangkan perniagaan ke seluruh tanahair.”

Selain memiliki pengalaman penting dalam mewujudkan peluang perniagaan, pembangunan modal insan dan strategi korporat, Wan Sazriz mahir dalam pembangunan strategik dan pelan pelaksanaan & transformasi, Wan Sazriz juga pernah berkhidmat Bersama Malaysia Debt Ventures Berhad, Maybank dan Citibank.

Wan Sazriz memegang Ijazah Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam bidang Pengurusan Strategik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM); dan Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) juga dari UiTM.

PMB Tijari

PMB Tijari merupakan salah sebuah anak syarikat Kumpulan Pelaburan MARA Berhad yang menawarkan perkhidmatan pembiayaan kewangan patuh syariah dengan tumpuan kepada sektor komersil. Buat masa ini, perkhidmatan yang ditawarkan meliputi pembiayaan pajakan berdasarkan prinsip Ijarah serta pembiayaan kontrak, modal kerja dan perniagaan melalui prinsip Murabahah. PMB Tijari komited dalam menawarkan pembiayaan kewangan Syariah bagi memenuhi keperluan dan objektif pelanggannya.

Pelaburan Mara Berhad

Pelaburan MARA merupakan syarikat perkhidmatan kewangan dan syarikat pengurusan aset yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Ditubuhkan pada 24 Jun 1967, Kumpulan ini terlibat dalam pelaburan, pengurusan aset, aktiviti pembiayaan kewangan, nasihat korporat dan perkhidmatan data pelaburan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend