Xiaomi mengumumkan telefon pintar Android One generasi baharu Mi A2, Mi A2 Lite

MADRID, Sepanyol, 26 July 2018 —Pendahulu teknologi global Xiaomi memperluaskan barisan Android One hari ini dengan memperkenalkan Mi A2 dan Mi A2 Lite, yang mempunyai keupayaan fotografi hebat dan pelbagai penambahbaikan yang ketara dari generasi terdahulu. Bermula dari € 179 di Sepanyol, kedua-dua peranti mencerminkan komitmen Xiaomi untuk menawarkan produk yang luar biasa dengan harga yang sepatutnya untuk membolehkan orang ramai di seluruh dunia menikmati kehidupan yang lebih baik melalui teknologi inovatif.

Sebelum ini, Mi A1 telah berjaya dilancarkan pada September tahun lalu sebagai peranti pertama Android One Xiaomi. Kedua-dua peranti baharu yang diumumkan hari ini disasarkan untuk membawa siri Android One ke tahap yang lebih cemerlang, terutama dengan pengalaman fotografi yang luar biasa yang mereka tawarkan.

Mi A2 adalah alatan fotografi hebat dengan dwi-kamera belakang AI 12MP + 20MP dan kamera hadapan 20MP. Ia dikuasakan oleh Qualcomm® SnapdragonTM 660 SoC serta Qualcomm® Artificial Intelligence Engine (AIE). Mi A2 Lite yang berukuran sedikit lebih kecil adalah pakej nilai hebat dengan dwi-kamera belakang AI 12MP + 5MP dan bateri besar 4,000mAh. Hasil kerjasama dengan Android One, kedua-dua peranti akan mempunyai storan foto berkualiti tinggi yang tidak terhad dengan Google Photos untuk memastikan pengguna tidak perlu risau tentang kehabisan storan foto.

Naib Presiden Kanan Xiaomi Wang Xiang berkata: “Mi A2 dan Mi A2 Lite adalah dua peranti yang akan membawa kerjasama ‘win-win’ kami dengan Google ke tahap baharu, berikutan kejayaan Mi A1 tahun lepas. Dengan pengalaman pengguna yang luar biasa yang melebihi jangkaan ramai, dan ditawarkan pada harga yang patut, siri Android One kami kini telah menempah reputasi yang sangat baik dan membolehkan kami memenangi lebih banyak hati pengguna dalam perjalanan pengembangan global kami.”

“Kami teruja dengan maklum balas positif terhadap Mi A1 sejak setahun yang lalu,” kata Jamie Rosenberg, Naib Presiden Google Android dan Google Play Business. “Kami sangat gembira untuk mengembangkan kerjasama Android One kami tahun ini untuk memperkenalkan dua peranti baharu yang hebat, Mi A2 dan Mi A2 Lite. Kami tidak sabar menanti pengguna di seluruh dunia melihat sendiri dan menggunakannya.”

Mi A2 – Direka indah, dengan dwi-kamera 20MP yang hebat

Mi A2 mempunyai paparan skrin penuh 18:9 5.99-inci yang menakjubkan, dilindungi oleh panel kaca 2.5D Corning® Gorilla® 5, dan reka bentuk unibody aluminium dengan panel belakang yang melengkung ke arah empat sisi. Pada ketebalan 7.3mm sahaja, Mi A2 menawarkan estetika serta ergonomik yang hebat.

Dengan kamera hadapan 20MP Sony IMX376 dan dwi-kamera AI 12MP + 20MP – satu nilai hebat dalam julat harga ini, Mi A2 mengambil gambar cantik yang pasti mencuri tumpuan.

Bagi mereka yang sering berswafoto, Mi A2 umpama impian yang menjadi kenyataan. Sensor hadapan 20MP mempunyai teknologi Super Pixel yang menggabungkan maklumat empat piksel untuk menghasilkan satu pixel besar 2.0μm, yang meningkatkan sensitiviti cahaya sensor, menghasilkan imej yang lebih jelas dan lebih cerah dalam keadaan cahaya rendah. Ditambah dengan kesan seperti AI Portrait, AI Beautify 4.0 dan HDR, serta Selfie-light hadapan 4500K, mengambil gambar swafoto menjadi sangat mudah.

Kamera 20MP belakang mempunyai sensor yang didayakan Super Pixel yang sama dengan aperture ƒ / 1.75 besar, yang menghasilkan gambar yang lebih terang walaupun dalam keadaan cahaya rendah. Ia digabungkan dengan kamera 12MP yang mempunyai piksel besar 1.25μm dan aperture ƒ / 1.75 juga, yang membolehkan Mi A2 mengambil gambar dengan kesan bokeh yang indah. Ciri lain yang berguna pada Mi A2 ialah pengguna boleh memilih kamera belakang 20MP atau 12MP secara manual mengikut pencahayaan persekitaran, contohnya bertukar kepada sensor 20MP semasa merakam dalam keadaan cahaya rendah untuk mengambil manfaat daripada piksel 2.0μm yang besar untuk foto yang lebih cerah.

Dikuasakan oleh platform Qualcomm® SnapdragonTM 660 dengan Artificial Intelligence Engine, Mi A2 menawarkan pengalaman yang segar dan lancar. Seni bina Kryo canggih, ditambah dengan sehingga 6GB LPDDR4x RAM, bermakna Mi A2 menawarkan kombinasi sempurna prestasi dan kecekapan kuasa.

Mi A2 Lite – Dwi-kamera, bateri berkuasa dua hari

Mi A2 Lite adalah salah satu peranti Android One yang pertama yang menampilkan paparan 19: 9 yang unik. Paparan skrin penuh 5.84 “FHD + ditempatkan dalam badan yang agak padat, menjadikannya sangat mudah untuk penggunaan satu tangan. Skrin juga dilengkapi dengan ciri-ciri berguna seperti Auto Contrast, Mod Membaca dan Mod Malam.

Mi A2 Lite memancarkan dwi-kamera belakang AI 12MP + 5MP, dengan sensor utama 12MP yang memaparkan piksel 1.25μm yang besar dan autofokus pengesanan fasa untuk autofokus pantas dan tepat. Ia juga mempunyai kamera hadapan 5MP yang menyokong Mod Potret AI, membolehkan foto terhasil dengan kesan bokeh walaupun tanpa kanta kedua.

Dengan bateri 4000 mAh yang mengagumkan, Mi A2 Lite mudah berkuasa untuk permainan selama 6 jam dan 34 jam main semula muzik. Ini juga hasil platform Qualcomm Snapdragon 625 yang cekap kuasa, yang membolehkan Mi A2 Lite mengatasi permainan 3D yang mencabar sambil mengekalkan hayat bateri yang sangat baik.

Android One. Inovasi terkini dari Google.

Sebagai peranti Android One, Mi A2 dan Mi A2 Lite menggunakan Android tulen 8.1 dari kotak dengan inovasi perisian Google AI terbaharu, seperti bateri pintar yang menyesuaikan dengan tabiat pengguna. Ia juga memudahkan pengguna meyelesaikan kemusykilan dan melakukan perkara-perkara semasa bekerja dengan bantuan Google Assistant dan Google Lens. Dari segi keselamatan, pengguna boleh merasa lega dengan kemas kini perisian keselamatan bulanan dan Google Play Protect. Selain itu, Mi A2 dan Mi A2 Lite menyokong Projek Treble Google, menghasilkan kemas kini sistem yang lebih pantas dan lebih mudah daripada peranti Android yang lain supaya pengguna akan mudah mendapatkan ciri terkini.

Mi A2 datang dalam tiga versi dengan harga berikut di Sepanyol: 4GB + 32GB untuk €249, 4GB + 64GB untuk € 279 dan 6GB + 128GB untuk € 349. Mi A2 Lite boleh didapati di 3GB + 32GB untuk € 179 dan 4GB + 64GB untuk € 229 di Sepanyol. Peranti-peranti ini akan dilancarkan secara berperingkat dalam 40 pasaran di seluruh dunia, dengan ketersediaan bermula lewat bulan Julai.

(Google, Android One, Google Play dan tanda lain adalah tanda dagangan Google LLC.)

Untuk maklumat lanjut mengenai Xiaomi, layari: http://blog.mi.com/en/

Mengenai Xiaomi

Xiaomi adalah sebuah syarikat Internet dengan telefon pintar dan perkakasan pintar yang disambungkan oleh platform IoT di terasnya. Xiaomi ditubuhkan pada 2010 oleh usahawan berwawasan Lei Jun dan sekumpulan jurutera dan pereka yang berjaya, yang percaya bahawa produk serta perkhidmatan teknologi berkualiti tinggi dan baik harus dapat diakses oleh dunia. Misi syarikat adalah untuk terus membina produk yang luar biasa dengan harga yang sepatutnya agar semua penduduk dunia dapat menikmati kehidupan yang lebih baik melalui teknologi inovatif. Bertapak di lebih daripada 70 pasaran di seluruh dunia, Xiaomi adalah pemain global yang telah berjaya mencapai kedudukan di pasaran antarabangsa utama.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend