11 Rakyat Malaysia Yang Tersenarai Dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia

Menurut Forbes, lebih 1,200 penyertaan diterima, tetapi hanya 300 pemohon memasuki senarai akhir Forbes 30 Bawah 30 Asia. Memang bukan calang-calang orang boleh.

11 Rakyat Malaysia Yang Tersenarai Dalam Forbes 30 Bawah 30

1. Noor Neelofa Mohd Noor, Pengasas NH Prima International

Memang tidak perlu diperkenalkan lagi, artis dan pengacara hebat ini cukup terkenal dengan menjual tudung jenama Naelofar yang kini dijual di 38 buah negara seluruh dunia. Malah ada stokis beliau yang bergelar jutawan, hanya dengan menjual tudung Naelofar. Memang laku keras betul.

2. Vivy Sofinas Yusof, Pengasas Bersama FashionValet

Anda masih ingat lagi dengan kontroversi tudung dUCk yang berharga RM800 dan sold out dalam masa 5 minit? Beliau lah yang membuatkannya popular. Dengan kuasa penjenamaan, siapa kata orang Malaysia tak mampu beli barang mahal?

3. Jan Wong, Pengasas OpenMinds Resources

Syarikat beliau terlibat di dalam menyediakan pemasaran digital, khidmat perundingan, Analisa data dan perkhidmatan pembangunan teknologi yang baru sahaja berkembang ke Hong Kong. Selain daripada menjadi pengasas OpenMinds Resources, beliau juga merupakan pensyarah part-time di Asia Pacific University College of Technology and Innovation.

4. Victor Chua, Naib Presiden Gobi Partners

Seorang venture capitalist, beliau menyertai Gobi Partners pada tahun 2015 untuk melabur dana sebanyak 15juta USD di Asia Tenggara. Sejak daripada itu, beliau telah membantu lebih daripada 32 syarikat yang baru meningkat naik bagi merealisasikan impian mereka.

5. Jazz Tan Yee Mei, Pengasas YouthsToday

YouthsToday adalah merupakan platform penajaan bagi remaja, yang mempunyai lebih daripada 50,000 pengguna dan baru-baru ini memperolehi dana sebanyak 250 ribu USD daripada Gobi Partners. Tan mempunyai sejarah silam yang gelap, di mana bapa beliau telah dibunuh kejam oleh sekumpulan gangster; dan ini menyaksikan beliau bangkin dengan menubuhkan YouthsToday yang bertujuan membantu golongan muda menerusi program-program pembangunan remaja.

6. Edmund Ooi Kee Seong, Pereka Fesyen

Dilahirkan di Malaysia dan kini menetap di Belgium, Edmund Ooi merupakan seorang pereka fesyen bagi golongan lelaki. Mempunyai seorang ibu yang merupakan tukang jahir, telah memberikan inspirasi untuk beliau berjaya di dalam industry fesyen. Beliau juga pernah bekerjasama dengan Giorgio Armani, seorang legenda.

7. Sasha Tan, Pengasas Favful

Seorang usahawan yang bermula sejak dari awal lagi, beliau telah memulakan perniagaan F&B di Singapura sejak berumur 21 tahun lagi. Favful yang merupakan platform bagi barangan kecantikan, kini beroperasi di 3 negara dan bekerjasama dengan lebih daripada 20,000 penasihat kecantikan, 2,000 jenama dengan lebih daripada 40,000 produk.

8. Doktor Mohd Lutfi Fadil Lokman, Pengasas Bersama HBB

Ketika belajar di Indonesia dalam jurusan perubatan, beliau dapat lihat betapa besarnya jurang di antara yang kaya dan yang miskin berkenaan dengan penjagaan kesihatan yang diterima mereka. Dengan sebab ini, Dr Mohd Lutfi telah membangunkan Hospitals Beyond Boundaries (HBB), sebuah organisasi yang membina kemudahan penjagaan kesihatan di Malaysia dan Kemboja. Selain daripada merawat pesakit, HBB turut sama melatih penduduk setempat untuk menjadi pekerja kesihatan komuniti, di samping doctor dan jururawat mereka sendiri.

9. Yazrie Shukri, Pengasas YAZ Ventures

Syarikat beliau, MyFed Asia menawarkan perkhidmatan streaming yang semakin meningkat popular. Platform KLIX yang dilancarkan di Jakarta pada April 2016, menyaksikan pelbagai penyiar televisyen, pemilik konten, pembekal perkhidmatan dan rakan e-dagang antarabangsa di dalam sebuah perkhidmatan bersepadu tunggal. Beliau juga bakal bekerjasama dengan jenama Hisense bagi membuat peranti KLIX terkini.

10 & 11. Goh Chee Hau dan Nadhir Ashafiq, Pengasas Bersama theLorry

Dua rakan baik ini merupakan pengasas bersama untuk theLorry, yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan kargo di seluruh Malaysia. Dengan adanya 1,000 pemandu di bawah kendalian mereka, ini membolehkan pelanggan membuat tempahan online bagi mendapatkan lori dengan cepat dan murah.

Usia Muda Bukan Penghalang

Siapa kata di usia muda, anda tidak boleh berjaya dan menempa nama di mata dunia? Ayuhlah kita semua bangkit menambah nilai kepada orang lain – tidak kira apa bidang yang anda ceburi sekali pun.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend