12 Ramalan Yang Dibuat Oleh Warren Buffett Termasuk Kematiannya Sendiri

Warren Buffett merupakan seorang pelabur yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia pelaburan. Beliau merupakan pelabur yang paling berjaya di dalam sejarah zaman moden ini dengan teknik pelaburan value investing yang dipopularkan oleh Benjamin Graham.

Warren Buffett juga terkenal dengan ramalan yang dibuat terhadap bidang ekonomi termasuk pasaran saham dan yang paling menonjol adalah tentang kematian dirinya sendiri. Ada ramalan yang dibuat oleh Warren Buffett menjadi kenyataan dan ada pula yang tersasar. Ia adalah perkara normal bagi setiap manusia, kerana kita tidak mampu untuk meramal masa depan dengan tepat.

Nak tahu apa ramalan popular yang dibuat Warren Buffett? Jom kita layan 12 ramalan berikut:

1. Mata Wang Digital / Cryptocurrency

Ramalan:

Cryptocurrencies merujuk kepada Bitcoin. Bitcoin yang terkenal kepada pelabur generasi baru sejak sedekad yang lalu, merupakan mata wang digital yang paling popular dan mempunyai harga yang tinggi dalam pasaran saham. Warren Buffet meramalkan mata wang ini akan berakhir dengan tragedi seperti krisis bubble dot com yang berlaku pada awal tahun 2000.

Yang berlaku:

Ramalan itu hampir menjadi kenyataan. Pada tahun 2017, Bitcoin telah melonjak ke paras $14,000 USD tetapi jatuh ke paras $3,400 USD pada awal tahun 2019. Terkini, ianya telah naik semula ke paras $8,700 USD

2. Golongan Yang Mempercayai Bumi Ini Adalah Rata

Ramalan:

Pada tahun 1984, Warren telah memberi ucapan mengenai golongan ini. Beliau tidak percaya bumi ini adalah rata dan telah memberitahu bahawa golongan ini akan berkembang pada masa akan datang. Ia memberi perumpamaan seolah-oleh mereka ini adalah golongan yang keras kepala.

Yang berlaku:

Ramalan itu menjadi kenyataan. Golongan yang mempercayai bumi ini rata semakin bertambah dari sehari ke sehari.

3. Berkshire Hathaway

Ramalan:

Beliau memberitahu pertumbuhan yang Bekrshire Hathaway sebanyak 48.2%  pada tahun 1985 tidak akan berulang lagi sepanjang tempoh kehidupannya. Ianya sama seperti melihat Komet Harley yang mengorbit bumi setiap 76 tahun sekali.

Yang berlaku:

Ramalan itu salah. Ramalan itu hanya benar untuk seketika, kerana pada tahun 1998, Berkshire Heathaway telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 48.3%!

4. Pasaraya Sears

Ramalan:

Warren yang membuat ramalan bahawa penggabungan dua syarikat makanan dan pasaraya Sears akan berakhir dengan kegagalan. Walaupun mempunyai pengurus yang berpengalaman seperti Eddie Lampert, penggabungan kedua syarikat itu dilihat sukar untuk bersaing dengan Walmart dan Costo.

Yang berlaku:

Ramalan menjadi kenyataan. Sears telah diisytiharkan bankrap pada tahun 2018.

5. ABC, Geico dan The Washington Post

Ramalan:

Warren yang mengeluarkan kenyataan tidak akan menjual ketiga-tiga saham syarikat ini kerana mempunyai nilai pelaburan yang akan menguntungkan pada masa hadapan. Beliau telah memberi ucapan ketika perjumpaan tahunan Berkshire Heathway pada tahun 1986.

Yang berlaku:

Ramalan ini tidak benar. Berkshire tidak dapat menolak tawaran yang lumayan daripada Disney untuk membeli syarikat ABC pada tahun 1996 dengan nilai $2.5 bilion. Begitu juga dengan syarikat Washington Post dengan menjual keseluruhan saham yang dimiliki kepada Jeff Bezof dengan nilai sebanyak $1.1 bilion. Hanya saham Syarikat Geico sahaja yang dimiliki oleh Berkshire Hathaway buat masa ini.

6. Freddie Mac

Ramalan:

Pada tahun 1988, Berkshire Hathaway telah membeli syarikat lelongan rumah Freddie Mac. Beliau memberitahu bahawa jika sesebuah syarikat itu mempunyai pengurus yang baik dan perniagaan yang baik, beliau pasti akan memiliki syarikat tersebut untuk selama-lamanya.

Yang berlaku:

Warren telah menjual keseluruhan saham syarikat Freddie Mac kerana percaya pihak pengurusan baru ini tidak cekap. Tindakan ini dapat menyelamatkan saham syarikatnya kerana krisis ekonomi yang melanda pada tahun 2008 benar-benar melibatkat urusan jual beli rumah.

7. Coca-Cola dan Gillette

Ramalan:

Kedua-dua syarikat ini dikatakan akan menjadi juara dalam bidang masing-masing. Warren telah menulis mengenai kedua-dua syarikat ini di dalam perjumpaan tahunan pada tahun 1998.

Yang berlaku:

Kedua-dua syarikat ini memang ternyata menjadi jaguh dalam bidang masing-masing. Syarikat Coca-Cola mendominasi minuman ringan seluruh dunia dengan 50% pegangan pasaran. Bagi Gillete pula, mereka mengalami persaingan hebat dengan syarikat baru iaitu Shaved Club dan Harris. Dominasi Gillete pada tahun 2010 sebanyak 70%, telah menurun kepada 50% disebabkan persaingan sengit ini.

8. Kematian Dirinya

Ramalan:

Pada tahun 2006, Warren menjangkakan hidupnya akan berakhir pada 12 tahun akan datang. Beliau telah memberitahu pihak media ketika perjumpaan tahunan untuk syarikatnya pada tahun 2006.

Yang berlaku:

Ramalan itu tidak tepat kerana sehingga sekarang beliau masih lagi hidup. Malah beliau masih aktif dalam memilih saham yang mampu berikan pulangan yang baik kepada para pelabur syarikat beliau.

9. Sukan Ping Pong

Ramalan:

Warren meramalkan bahawa Ariel Hsing akan menjadi seorang jaguh ping pong yang akan memenangi pingat emas pada kejohanan sukan Olimpik suatu hari nanti. Ariel Hsing merupakan seorang juara remaja yang berjaya memenangi kejohanan remaja pada usia 12 tahun. Beliau merupakan tetamu istimewa yang dijemput oleh Warren Buffett pada setiap perjumpaaan tahunan syarikatnya.

Yang Berlaku:

Ramalan ini tidak tepat kerana pada sukan Olimpik di London pada tahun 2012, Ariel hanya berjaya memasuki kelompok 32 sebelum tewas pada pusingan tersebut.

10. Sektor Hartanah

Ramalan:

Beliau telah menjangkakan sektor hartanah akan kembali rancak selepas Amerika Syarikat mengalami krisis ekonomi yang teruk pada tahun 2008. Warren juga meramalkan bahawa kadar pengangguran akan berkurangan pada masa akan datang. Beliau telah meramal perkara ini pada perjumpaan tahunan pada tahun 2011.

Yang berlaku:

Ramalan ini sangat tepat. Jumlah rumah yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat sejak pada tahun ini adalah sebanyak 1.2 juta unit dan kadar pengangguran menurun pada kadar 3.8% pada tahun lepas, jatuh dari paras 8.9% pada tahun 2011.

11. Dana Indeks / Index Funds

Ramalan:

Warren yang membuat pertaruhan pada tahun 2008 dengan menyatakan bahawa kadar pulangan index funds adalah lebih baik daripada 5 hedge fund yang terbaik di Amerika Syarikat. Beliau yang membuat pertaruhan selama 10 tahun untuk mengetahui keputusan pertaruhan tersebut.

Yang Berlaku:

Ramalan itu tepat. Pada tahun 2018, Warren telah memenangi pertaruhan tersebut kerana index fund pada masa itu memberi pulangan sebanyak 8.3% manakala purata kadar pulangan 5 hedge fund hanya memberi pulangan sebanyak 3.5 %.T ed Seides, seorang pelabur tersohor adalah salah seorang yang menyahut cabaran tersebut. Kesudahannya, Warren telah menderma wang yang diperolehi sebanyak $2.2 juta kepada badan kebajikan

12. Indeks S&P

Ramalan:

Beliau yang menjangkakan bahawa pulangan purata untuk pelaburan dalam indeks S&P 500 adalah sukar untuk melebihi 17% yang diperolehi dari tahun 1982 hingga 1999, tetapi perkara itu tidak mustahil akan berlaku pada dekad yang akan datang.

Yang berlaku:

Ramalan ini tepat kerana pada tahun 2010 sehingga 2018, kadar keuntungan daripada indeks ini hanya berjaya naik kepada 12.5% daripada paras 1.2% sejak sedekad sebelum itu.

Sumber Rujukan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend