3 Bilionaire Yang Taksub Dengan Angkasa Lepas

Dalam dunia ini, kita mempunyai beberapa orang billionaire yang tampak pelik seperti Elon Musk, Jeff Bezos, dan Richard Branson. Selain daripada mempunyai kekayaan luar biasa, mereka mempunyai minat yang sama iaitu penerokaan ke angkasa lepas terutamanya planet Marikh.

Tidak cukup dengan visi melangkau Bumi, mereka kini mempunyai infrastruktur yang sudah tersedia. Fokus golongan ini hanya untuk meneroka pasaran dan mencari peluang baru yang ada.

1. Jeff Bezos

Jeff Bezos, pemilik Amazon sudah memberitahu NASA bahawa mereka mempunyai agenda untuk ke bulan pada tahun 2024. Blue Origin sedang fokus untuk memastikan pelancaran dan proses pendaratan roket dalam keadaan sempurna. Projek pengembaraan angkasa lepas mereka dijangka dilancarkan tahun ini.

2. Elon Musk

Pada masa yang sama, Elon Musk seorang lagi manusia yang sangat obses kepada perkara-perkara luar biasa. Space X yang dipimpin beliau sudah pun melancarkan roket ke Marikh.

Dikatakan sebelum eksperimen terakhir Space X berjaya, sudah ada beberapa pelancaran roket yang gagal dan menelan kos yang sangat tinggi lantas melemahkan semangat Elon Musk. Bilionaire ini menjangkakan harga tiket pergi balik ke Marikh berharga $100,000-$500,000 sekitar lagi 20 tahun.

3. Richard Branson

Seorang lagi figura yang terkenal iaitu Richard Branson sinonim dengan Virgin Corporation dan Virgin Galactic sedang bercadang untuk melancarkan kapal ke angkasa lepas pada tahun ini juga.

Syarikat beliau kini menganggarkan harga tiket untuk merasai pengalaman meneroka angkasa iaitu sekitar $250,000 untuk 6 minit tanpa graviti. Tambahan, Richard Branson juga sedang merancang melancarkan perkhidmatan roket New York ke Sydney yang mengambil masa cuma 30 minit sahaja seterusnya menjadi distruptor dalam bidang ini.

Lihat bagaimana mereka ini berfikir di luar kotak dengan menceburi bidang roket, penerokaan angkasa dan satelit. Mereka percaya eksplorasi ini mampu memberi jutaan manfaat kepada manusia sejagat.

Jika anda ingin mengetahui rahsia Richard Branson, dipersilakan membaca sinopsis buku beliau dan sertai contest giveaway 11 buku percuma dari InvestorMY dengan klik di sini.

Artikel ini disumbangkan oleh Faiz Azizan, penulis di InvestorMY.

Kredit Gambar: Forbes

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend