3 E Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Nak Melabur Atau Berniaga

Siapa yang tak kenal dengan Robert Kiyosaki kan? Ramai daripada kita yang membesar dengan buku best-seller beliau yang bertajuk Rich Dad Poor Dad.

Di dalam buku yang bertajuk Rich Dad’s Guide To Investing pula, beliau ada menceritakan bagaimana seseorang perlu memiliki 3 E sebelum nak melabur atau nak berniaga.

3 E yang dimaksudkan beliau adalah:

1. Education (Pelajaran)

Apa yang dimaksudkan adalah, selain daripada pelajaran yang formal, kita perlukan satu lagi pelajaran iaitu pelajaran kewangan. Pelajaran kewangan (financial education) biasanya tak diajar kat sekolah dan universiti, melainkan bagi mereka yang mengambil pengkhususan dalam bidang tersebut.

Istilah-istilah berkaitan kewangan seperti aset, liabiliti, jenis-jenis cukai, jenis-jenis perniagaan, income statement, balance sheet, dan banyak lagi perlu dipelajari dan difahami dengan baik. Ia penting agar kita tak tersalah faham dalam menentukan dan membezakan antara aset dan liabiliti. Kemahiran membaca penyata kewangan sesuatu syarikat juga merupakan kemahiran yang perlu dikuasai, kalau kita ingin terlibat dalam pelaburan orang-orang kaya.

Robert Kiyosaki sarankan kita agar berusaha meningkatkan penguasaan dan kefahaman dalam istilah-istilah kewangan, sebab ia amat membantu bisnes dan pelaburan kita kelak.

2: Experience (Pengalaman)

When you are young, work to learn, not to earn.
– Robert Kiyosaki

Pengalaman dalam berniaga amat membantu seseorang untuk berjaya dalam bisnes yang diceburi. Bekerja terlebih dahulu dengan memilih pekerjaan yang berkaitan dengan bisnes yang akan kita lakukan. Bekerja bukan kerana wang atau gaji semata-mata, tapi untuk kita pelajari bagaimana bisnes tersebut dijalankan, dan untuk mendapatkan seni kemahiran dalam menjual dan menjalankan bisnes.

Bermula daripada bawah dan bina semangat keusahawan dalam diri. Disamping bekerja, mulakan bisnes perniagaan secara sambilan (part-time) sehingga berjaya dan stabil. Ingatlah, kebanyakan bisnes perniagaan yang terkenal dan berjaya pada masa sekarang, adalah pada mulanya dilakukan secara sambilan. Setelah bersedia dari segi ilmu, kemahiran dan kewangan, kita dah boleh mula fokus kat perniagaan sepenuhnya.

3: Excess Cash (Duit Lebihan)

Dalam pelaburan, kita perlu menggunakan duit lebihan dan bukannya duit lebih hasil daripada pendapatan. Duit lebihan iaitu duit yang kita sanggup mengambil risiko yang jika rugi semuanya, kita masih boleh hidup seperti biasa. Jangan sesekali gunakan duit simpanan kita untuk melabur. Gunakan duit yang kita sanggup untuk mendapatkan untung atau rugi dengannya.

Elakkan menggunakan duit pinjaman untuk melabur, sekiranya kita masih baru dalam bidang pelaburan. Ini sebab takde siapa yang dapat meramalkan keadaan pasaran pada hari esok dan apa yang akan terjadi.

Robert Kiyosaki cadangkan dalam buku beliau untuk mula membina bisnes terlebih dulu. Dengan bisnes tu, kita membuat pelaburan seperti membeli aset hartanah dan terlibat dalam saham. Ia lebih selamat, lebih keuntungan dan ia adalah pelaburan orang-orang kaya. Iaitu dengan membina bisnes (aset), dan membeli lebih banyak aset dengan bisnes tersebut.

Sumber Rujukan: Buku Rich Dad’s Guide To Investing oleh Robert Kiyosaki

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend