3 Pelajaran Penting Daripada Hotel Tertua Di Dunia

Anda pernah dengar nama Nishiyama Onsen Keiunkan? Sudah pasti ramai yang tak pernah dengar. Kalau nak tahu, ia merupakan nama bagi sebuah hotel di Jepun. Hotel ini merupakan hotel yang tertua di dunia.

Dan tahukah anda? Hotel ini juga telah diwariskan kepada 52 genenasi keluarga yang sama! Tentu ada rahsia besar disebalik kejayaannya untuk kekal di dalam industri perhotelan selama lebih 1300 bukan?

Sumber: http://www.keiunkan.co.jp/en/

Hotel yang terletak dikawasan pergunungan di wilayah Yamanashi ini telah dibina sekitar tahun 705.  Ia telah diasaskan oleh Fujiwara Mahito yang merupakan anak pembantu kepada Maharaja Jepun ketika itu. Dikatakan ramai golongan samurai dan juga shogun yang pernah menginap di hotel ini. Jadi hotel ini memiliki nilai sejarahnya yang tersendiri. Disamping nilai sejarah yang dimiliki, hotel ini mengamalkan 3 tips utama untuk terus kekal.

1. Mengutamakan Pekerja

Sumber: http://www.keiunkan.co.jp/en/

Tahukah anda? Selain daripada dimiliki oleh keluarga yang sama selama berpuluh generasi, hotel ini memiliki pekerja yang sangat setia. Ramai dikalangan pekerja mereka yang turut berkhidmat di hotel ini selama bergenerasi lamanya!

Jadi semangat kesetiaan untuk mengekalkan hotel tersebut memang ada. Pastinya pihak pengurusan hotel ini sangat rapat serta menjaga kebajikan para pekerja. Kalau tak, masakan mungkin ramai yang sanggup kekal di hotel itu bukan?

2. Mengikut Peredaran Masa

Sumber: http://www.keiunkan.co.jp/en/

Lokasi yang menarik serta cantik pastilah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan hotel ini masih berdiri kukuh. Tetapi lokasi yang strategik tentu sahaja tidak menjamin kewujudan hotel ini. Jadi apa yang dilakukan pihak pengurusan?

Mereka mengikut peredaran semasa dengan mengaplikasikan kehidupan moden ke dalam hotel tersebut. Dan pada masa yang sama, mengekalkan ciri-ciri tradisionalnya. Ini menjadikan hotel ini unik dan lain daripada yang lain.

3. Dedikasi

Sumber: http://www.keiunkan.co.jp/en/

Untuk kekal selama lebih 52 generasi, fokus serta dedikasi yang tinggi sangat diperlukan. Budaya perniagaan di Jepun, mereka sangat mementingkan pelanggan. Jika di Barat, pelanggan adalah raja; tetapi bagi masyarakat Jepun pelanggan umpama dewa.

Jadi mereka akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan mereka. Begitu juga dengan pihak pengurusan hotel ini. Servis yang tip-top pasti akan menjadi buah mulut pelanggan yang akhirnya akan menarik pelanggan baru.

Nak kekalkan perniagaan selama setahun pun mungkin sukar bagi sesetengah orang. Tetapi jika anda mempunyai semangat serta usaha yang tinggi, anda pasti dapat mengekalkan perniagaan anda itu lebih lama dari apa yang anda jangkakan.

Hotel Nishiyama Onsen Keiukan ini adalah buktinya. Siapa sangka sebuah perniagaan itu mampu bertahan sehingga lebih 1300 tahun?

Sumber Rujukan:

  1. http://www.dailymail.co.uk/travel/travel_news/article-3458259/Now-S-family-heirloom-Inside-world-s-oldest-hotel-s-passed-52-generations-1-311-year-history-s-attracting-guests-thanks-natural-hot-springs.html
  2. http://blog.idonethis.com/oldest-company-in-the-world/

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend