3 Tokoh Bumiputera Terima Anugerah BDREF Champions

Baru-baru ini, The Bumiputera Dealer Representatives Education Fund (BDREF) telah mengadakan majlis pelancaran ‘BDREF Handbook 2017′ sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-22 Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) di Royale Chulan Hotel . Turut hadir adalah Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Wira Othman Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajudin Atan dan Presiden Pribumi, Md. Hasrin Md. Hassim.

BDREF yang ditubuhkan sejak tahun 2003 bertujuan untuk meningkatkan kepakaran profesional dan ilmu teknikal di kalangan wakil jualan Bumiputera yang juga termasuk remisier dan wakil jualan berbayar.

Setakat ini, seramai 172 graduan telah dilahirkan di dalam pelbagai jurusan bagi memenuhi kehendak pasaran, di antaranya:

  • CHARTED FINANCIAL ANALYST (CFA), USA – 2 orang
  • DIPLOMA IN TECHNICAL ANALYSIS MSTA (UK) – 114 orang
  • CERTIFIED FINANCIAL PLANNER (CFP) – AUSTRALIA – 41 orang
  • ISLAMIC FINANCIAL PLANNER (IFP) – 8 orang
  • MASTERS IN ISLAMIC FINANCE PRACTICE (MIFP) – 5 orang
  • GRADUATE DIPLOMA IN APPLIED FINANCE & INVESTMENT (GDAFI) – 2 orang

Dan 3 orang tokoh ini yang juga bekas graduan BDREF buat julung kalinya telah dipilih sebagai “BDREF Champions” dalam kategori Outstanding Career Progressions kerana komitmen mereka dalam mendidik masyarakat yang secara tidak langsung membantu meningkatkan pemilikan saham Bumiputera di Bursa Malaysia.

#1. DATUK SAMSUL HUSIN, Chartered Accountant & Certified Financial Planner (CFP)

Perjalanan Datuk Samsul di dalam perniagaan bermula sejak kecil lagi sewaktu membantu ayah beliau yang merupakan seorang peniaga kecil di kampung halamannya di Kampung Sungai Buah di Dengkil, Selangor.

Beliau kemudiannya menubuhkan Censof, yang dulu dikenali sebagai Century Software (M) Sdn Bhd, pada tahun 1996 bersama-sama sekumpulan sahabat beliau dengan modal yang kecil dan berjaya menyenaraikan syarikat tersebut menjadi syarikat tersenarai awam pada tahun 2011 melalui program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB).

#2. Tuan Haji Mohd Asri Ahmad, Remisier & Certified Technical Analyst (MSTA, CFTe), Bursa Malaysia Icon (2016) Social Influencer, BursaMKTPLC

Beliau berkelulusan dalam bidang Diploma Analisa Pelaburan dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari UiTM, Ijazah Sarjana dalam bidang (Kewangan) dari Univeristi Putra, Malaysia serta Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts (MSTA) dan Certified Financial Technician (CFTe).

Beliau telah melibatkan diri dalam bidang pelaburan saham di Bursa Malaysia lebih daripada 20 tahun dan merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal selama 15 tahun.

Pada tahun 2016 beliau telah diiktiraf sebagai ikon (Social Influencer) BursaMarketPlace (sebahagian daripada Bursa Malaysia) dan segala perkongsian beliau adalah berkenaan pelaburan saham yang sah di sisi undang-undang. Sepanjang 5 tahun ini beliau telah berkongsi ilmu pelaburan saham kepada lebih 30,000 peserta di seluruh Malaysia.

Facebook: Mohd Asri

#3. Tuan Nazarry Rosli, Dealer’s Representative, Certified Financial Planner (CFP) & Certified Technical Analyst (MSTA,CFTe)

 

Beliau banyak menjalankan bengkel Analisa pelaburan, seminar dan coaching untuk pelabur individu dan institusi di Malaysia.

Beliau merupakan seorang speaker yang sering dipanggil untuk berucap di program anjuran Member Society of Technical Analysts (MSTA), International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF), UiTM dan Maktab Koperasi Malaysia.

Beliau banyak menulis artikel, komentari dan laporan Analisa berkenaan strategi pelaburan dan perdagangan untuk Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan Harian Metro. Beliau juga sering muncul di TV1, TV3 dan Astro Awani bagi menyatakan pandangan dan komen beliau tentang pasaran saham, analisa teknikal dan pelbagai isu ekonomi.

Facebook: Nazarry Rosli

Terima Kasih

Saya pasti ramai di antara anda yang pernah berguru dengan mereka, dan mereka merupakan sumber inspirasi kepada yang telah berjaya di dalam pasaran saham. Ayuh, kita berdoa supaya usaha mereka diberkati dan agar lebih ramai lagi Bumiputera terbuka mata hati untuk memulakan perjalanan sebagai seorang pelabur di pasaran saham patuh syariah Bursa Malaysia.

Jadilah seorang pelabur yang berjaya agak dapat menyumbang lebih banyak zakat kepada golongan yang memerlukan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend