4 Petanda Anda Terlalu Kuat Sangat Bekerja

Zaman sekarang kita berada dalam dunia yang sangat kompetitif, di mana pekerja akan bekerja keras dan berdedikasi untuk memberikan kualiti yang terbaik dalam perniagaan. Harapan tinggi diletakkan di atas bahu pekerja, namun adalah penting untuk anda meletakkan sempadan di antara kerja dan kehidupan peribadi anda.

Berikut adalah 4 tanda-tanda yang menunjukkan bahawa anda terlalu banyak memberikan perhatian terhadap pekerjaan anda.

Petanda 1: Apabila masa lapang menjadi konsep asing

Walaupun anda begitu terlibat dengan kerja anda sehinga kan anda sanggup mengorbankan masa lapang yang tersedia, bermakna ada sesuatu yang perlu anda lakukan untuk tidak memberikan kesemua masa anda untuk kerja.

Sekiranya anda tidak dapat ingat kali terakhir anda bertemu dengan keluarga atau rakan-rakan, menonton wayang yang menarik, pergi membeli-belah atau melakukan apa-apa yang tidak berkaitan dengannya; ini adalah petunjuk penting bahawa anda membenarkan tugas anda mengambil alih kehidupan anda dan sudah tiba masanya untuk mendapatkan kehidupan anda semula. 

Petanda 2: Apabila semua aspirasi anda berkaitan dengan pekerjaan

Walaupun mempunyai matlamat kerjaya yang tinggi boleh menjadi pendorong kepada kehidupan anda, tetapi pekerjaan atau kerja bukan menjamin masa dan kehidupan yang seimbang. Masa depan harus mencerminkan lebih daripada sekadar mencapai kemuncak kerjaya anda.

Apabila orang bertanya tentang aspirasi masa depan dan satu-satunya jawapan yang anda hasilkan adalah berkaitan dengan pekerjaan, anda pastinya terlalu berfikir akan pekerjaan anda.

Petanda 3: Apabila fikiran anda sentiasa dalam mode kerja

Ya, kerja yang banyak tidak akan habis sekiranya anda lakukannya di pejabat. Maka anda perlu membawa “balik” kerja anda ke rumah anda. Tetapi, jika minda atau badan anda sentiasa bekerja meskipun berada di rumah, ia adalah petanda bahawa anda telah mencampurkan kehidupan anda dengan kerja anda.

Tak salah anda hendak membawa balik kerja anda ke rumah, tetapi janganlah sampai setiap hari pula.

Petanda 4: Apabila anda bercakap mengenai kerja sepanjang masa

Ia agak boleh diterima jika anda bercakap mengenai pekerjaan anda dari semasa ke semasa. Tetapi ia akan menjadi satu masalah apabila kerja adalah satu-satunya topik yang keluar daripada mulut anda.

Tidak kira, ketika bersama reunion keluarga atau teman-teman, kerja adalah satu-satunya perkara yang  anda bicarakan. Itulah petanda yang anda perlukan rehat!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend