4 Sebab Suami Berhak Jadi Akauntan Keluarga

Percayalah Dengan Suami Anda Untuk Urus Kewangan Keluarga

Biasa kita dengar gelaran “queen control” untuk isteri dalam menguruskan perihal kewangan keluarga, disebabkan ramai yang mengatakan suami lebih boros dalam membelanjakan wang. Bukan sahaja itu, malah hal pengurusan rumahtangga dan anak-anak banyak diletakkan di bahu isteri.

Sebenarnya, ada 4 sebab utama mengapa lelaki berhak untuk menjadi akauntan keluarga agar dapat mengurus kewangan keluarga dengan bijak.

#1. Kemahiran Tinggi Terhadap Nombor

Umumnya, kebanyakan orang lelaki lebih mahir dan berminat dengan angka jika dibandingkan dengan perempuan. Buktinya, ternyata ramai lelaki yang lebih cenderung ke arah pelaburan saham dan amanah saham berbanding perempuan.

Ini menunjukkan bahawa orang lelaki lebih layak untuk menguruskan kewangan keluarga kerana lelaki lebih berani berhadapan dengan risiko tinggi yang berbaloi dengan pulangan tinggi. Tetapi nak melabur dalam apa-apa bidang sekalipun, perlu bermula dengan mencari ilmu terlebih dahulu.

#2. Kurang Nafsu Shopping

Memang tidak dinafikan bahawa orang perempuan memang sangat suka untuk membeli-belah, dan lebih cenderung untuk berbelanja besar ke atas pakaian, beg tangan dan kelengkapan rumah. Setiap kali nak masuk musim perayaan, orang perempuan yang banyak berpusu-pusu untuk mendapatkan membeli-belah; walaupun kadang-kadang harga selepas diskaun tu tak jauh beza pun berbanding harga biasa sebelum sale.

Oleh itu, jangan mudah terpedaya kalau sesuatu itu menjanjikan potongan harga – kita sebagai pengguna kena bijak bab ini agar tidak tertipu.

#3. Bijak Mengawal Emosi

Orang lelaki semestinya lebih bijak mengawal emosi dan mampu bertindak waras, walaupun berada dalam tekanan atau pun tengah stress. Tidak seperti perempuan yang lebih mengikut emosi dan memilih jalan untuk bershopping dan makan semuanya disebabkan nak release tension.

Sama hal nya juga berkaitan kewangan, kita tidak boleh terlalu mengikut emosi atau termakan dengan pujuk rayu jurujual produk kewangan yang menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal.

#4. Keputusan Lebih Cepat

 

Kebiasaannya, perempuan lambat sedikit dalam membuat sebarang keputusan. Mereka lebih gemar meminta pandangan orang lain terlebih dahulu sebelum membuat keputusan dalam pengurusan kewangan mereka sendiri.

Amat berbeza dengan lelaki yang lebih cepat membuat keputusan. Memang orang lelaki perlu membuat research terlebih dahulu dan merujuk kepada mereka yang pakar, tetapi mereka juga dapat membuat pertimbangan yang baik dan membuat keputusan dengan lebih cepat.

Contohnya, sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah atau kereta, kebiasaanya lelaki telah mengkaji aspek-aspek penting dan membuat keputusan lebih awal sebelum mereka keluar untuk shopping.

Komen

komen