4 Turning Point Yang Mampu Mengubah Kehidupan Seseorang

Kejayaan seseorang individu itu bermula daripada sebuah perjalanan yang penuh berliku. Mengapa seseorang itu mampu berjaya menggapai kejayaan yang cemerlang?

Ini kerana, ia mempunyai semangat yang tinggi unuk terus memotivasikan diri mereka untuk mengejar impian.

Turning point ataupun disebut sebagai titik perubahan adalah lumrah dalam kehidupan terutama bagi mereka yang telah berjaya mencapai kejayaan. Semakin banyak pengalaman pahit yang dilalui, semakin cepat akan bertemu dengan turning point dalam kehidupan.

Berikut adalah merupakan 4 turning point yang mampu mengubah kehidupan seseorang individu sehingga membawa kepada kejayaan yang luar biasa.

1. Kesusahan Hidup

Dari permulaan inilah, ramai yang bangkit untuk mengubah nasib hidup mereka kerana mereka ingin kehidupan mereka menjadi lebih selesa. Ramai usahawan yang berjaya bermula tanpa ada apa-apa.

Apabila kita merasakan bahawa kita tidak mempunyai apa-apa, ia akan membakar semangat kita untuk memperolehi kehidupan yang lebih selesa. Bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk anak-anak dan keluarga.

2. Ibu Bapa

 

Faktor utama yang menjadikan seseorang itu ingin untuk berjaya adalah untuk membahagiakan ibu dan bapa mereka. Siapa yang sanggup melihat ibu bapa menjalani kehidupan yang susah?

Setiap kali bila terkenangkan betapa getirnya pengalaman mereka dalam membesarkan kita, sehingga sanggup membanting tulang tanpa kenal erti penat lelah; sanggup berlapar demi memastikan kita mendapat pendidikan yang terbaik adalah merupakan budi yang tak mampu untuk kita balas.

 

Kita pun nak bawa mereka pergi menunaikan haji, umrah, duduk rumah selesa dan sebagainya.

Dan kalau ibu minta kita beli telekung, nescaya kita akan cepat-cepat pergi membelinya tanpa sebarang soalan.

3. Pernah Ditipu

Percayalah, ramai di antara kita yang pernah ditipu sama ada secara sedar atau tidak. Ada yang pernah ditipu dengan skim cepat kaya, ada yang pernah ditipu supplier, ada juga yang pernah ditipu dengan rakan baik.

Apabila kita dah sedar yang kita ditipu, tiada gunanya kita bersedih. Anggaplah pengalaman ditipu tersebut sebagai satu pengajaran agar lebih berhati-hati selepas ini.

Dan ia juga sering menjadi turning point kepada mereka untuk menuntut ilmu dan tidak mudah untuk mempercayai seseorang.

4. Berkawan Dengan Orang Berjaya

Terakhir sekali, ambillah aura positif daripada individu yang berjaya dengan mendampingi mereka. Orang kata, kalau kita berkawan dengan saudagar minyak wangi, pasti kita akan jadi wangi juga.

Cuba lihat apa yang menyebabkan seseorang itu berjaya dan belajar daripada mereka. Apa kesilapan mereka, apa kekurangan mereka, apa kelebihan mereka. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Mungkin kita rasa susah untuk ‘melepaskan’ kawan-kawan lama yang tidak membantu, dan mula berkawan dengan kawan-kawan baru yang berjaya ini. Tapi itulah salah satu turning point dalam kehidupan yang perlu kita tempuhi.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend