5 Filem Inspirasi Untuk Usahawan

Daripada kita membuang masa menonton cerita yang bukan-bukan dan tidak mendatangkan manfaat, elok juga kita tengok 5 filem di bawah agar kita dapat semangat dan inspirasi untuk berniaga.

1. Chef

Kredit Gambar: Amazon

Kisah tentang seorang lelaki bernama Carl Casper yang merupakan seorang chef yang hebat dan berkerja di sebuah restoran yang terkenal.Beliau merupakan chef yang penuh inovasi dan idea baru tetapi boss beliau tak suka kan perubahan dan mahukan dia untuk kekal dengan resipi lama. Akibat dari itu Carl juga dikritik hebat oleh seorang pengkritik makanan bernama Ramsey. Tambah lagi Carl membalas kritikan Ramsey di twitter dan dia tidak sedar twitter nya di setting public dan telah di share kepada ramai orang. Sikap Carl yang terlalu mementingkan kerjanya juga menyebabkan hubungan dia dengan anaknya renggang.

Akibat ketegangan dan masalah dengan bossnya akhirnya Carl berhenti. Dia kemudiannya mengambil ilham dan membina semangat kembali.Dengan dibantu oleh bekas isterinya, dia mendapatkan sebuah trak makanan. Dia mula membuka perniagaan trak makanannya dan dengan bantuan anaknya yang turut mengikutnya sekali dalam pengembaraan trak makanan dan bijak menggunakan aplikasi twitter, dia berjaya mencipta pengikut tersendiri. Di setiap tempat yang dilawati oleh Carl, ‘tribe’ nya akan sentiasa ada dan beratur untuk merasa makanan yang dimasak oleh Carl.

Hubungan Carl dan anaknya semakin baik,dia kini memiliki bisnes yang hebat dan akhirnya pada satu hari Carl telah dilawati oleh Ramsey dan beliau menawarkan diri untuk melabur dalam perniagaan Restoran dan diuruskan oleh Carl.

2. Jiro Dreams of Sushi

 

Kredit Gambar: Amazon

Filem dokumentari yang diterbitkan pada tahun 2011 ini mengisahkan tentang Jiro Ono, warga Jepun yang berumur 90 tahun, sebagi chef sushi dan merupakan pemilik restoran yang diakui restoran yang terbaik di dunia.

Filem ini memaparkan Jiro Ono dan para pekerjannya yang sangat berdedikasi akan kualiti dan sangat obses terhadap kesempurnaan terhadap setiap hidangan yang disajikan. Ini menjelaskan mengapa ada orang sanggup bayar sebanyak $300 hanya untuk satu piring sushi yang dibuat oleh mereka.

3. Burt’s Buzz

Kredit Gambar: IMDB

 

Filem Burt’s Buzz juga merupakan sebuah dokumentari mengisahkan tentang Burt Shavitz dan syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1984, Burt’s Bees. Filem ini memaparkan perjalanan Burt Shavitv dalam usahanya menjadi usahawan yang berjaya.

Beliau telah menjadikan sebuah sekolah yang usang, terbiar begitu lama dan mengubahnya menjadi sebuah syarikat yang unggul pada tahun 2007 dengan memberi keuntungan sebanyak $900 juta.Walaupun syarikat Burt meraih keuntungan yang besar dan beliau hampir menjadi selebriti, Burt tkekal merendah diri.

4. Guru

Kredit Gambar: Pink Villa

Guru mengisahkan mengenai seorang anak muda bernama Guru Kant Desai yang berada di pedalaman India yang bertuah sejak kecil lagi. Guru berhijrah ke Turki untuk mencari pengalaman dan bekerja di sebagai budak pengangkat minyak petrol . Berkat ketekunannya dia memperolehi kenaikan pangkat yang begitu cepat sehingga ke pangkat penyelia tempatnya bekerja. Namun atas dasar ingin sangat berniaga, berbekalkan wang simpanannya, Gurubhai (Abang Guru) pulang ke India untuk memulakan perniagaannya. Namun ayahnya membantah keras kerana pernah gagal dalam perniagaan dahulu

Guru menjadi pedagang kain polyester di Bombay. Dengan wang simpanan dan mas kahwin yang diterima (di India mas kahwin menjadi hakmilik orang lelaki), Guru memulakan perniagaan dari peringkat bawah. Pendek kata berkat ketekunan dan kesungguhannya dia berjaya membina empayar perniagaannya sehingga membina empat (4) buah kilang kain yang besar. Kejayaannya disulami bermacam-macam mehnah (dugaan) sehinggakan didakwa atas 29 tuduhan (hanya 2 sahaja yang disabitkan bersalah) dan menghadapi lumpuh separuh badan.

Di samping Gurubhai ada seseorang yang begitu mengangkat darjatnya. Iaitu isterinya yang dibawakan oleh Aishwarya Rai. Setianya menemani suaminya di masa senang dan susah dan apabila suaminya berada dalam tekanan yang amat sangat watak si isteri tetap tenang. Suasana bahagia mereka memuncak apabila dikurniakan dua pasang kembar perempuan di saat kejatuhan sementara Gurubhai.

5. The Pursuit of Happyness

Filem biografi yang mengisahkan mengenai Christopher Gardner yang telah melaburkan semua wang simpanan keluarganya untuk membeli mesin pengimbas ketumpatan tulang mudah alih dalam jumlah yang banyak. Gardner beranggapan bahawa alat tersebut berpotensi tinggi untuk dijual kerana ia adalah lebih bagus daripada mesin yang sedia ada di hospital sekarang. Tetapi harga mesin tersebut yang 2 kali ganda lebih mahal dari mesin sedia ada menyebabkan para doktor lebih cenderung menggunakan mesin sedia ada berbanding membeli mesin baru dengan harga yang jauh lebih mahal.

Pada suatu hari, dia berjumpa dengan seorang broker saham berkereta mewah dan berjaya. Gardner sempat bertanyakan rahsia kejayaannya. Selepas pada saat itu, Gardner berazam untuk menjadi seperti broker saham tersebut kerana Gardner yakin walaupun dia memiliki kelayakan akademik yang rendah tetapi dia sedar bahawa dia juga mempunyai kelebihan iaitu bagus dalam nombor dan bagus dengan orang ramai sama seperti broker saham tersebut.

Isterinya tidak bersetuju dengan rancangan Gardner kerana sebelum dipilih menjadi broker, beliau perlu menjalani tempoh internship 6 bulan tanpa gaji. Gardner berkeras dengan pilihan beliau dan terpaksa menempuh pelbagai dugaan termasuklah menjadi gelandangan dan pada masa yang sama perlu membesarkan anaknya.

Kredit: Nurhan Shoppe

Rasa Best Lepas Menonton Filem Di Atas?

Masa untuk bertindak dan jangan membuang masa. Lengkapkan ilmu anda dengan meneruskan membaca:

Didoakan semoga anda kaya dan berjaya, agar dapat membantu lebih ramai orang lagi untuk berjaya seperti anda!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend