5 Penyesalan Terbesar Oleh Self-Made Billionaire

Nak menjadi seorang bilionaire memerlukan pengorbanan yang tinggi. Sifat putus asa dan tidak mudah mengalah tidak wujud dalam kamus hidup mereka.

Setiap bilionaire mempunyai kisah yang tersendiri dan ada sebahagian kisah hidup mereka, boleh kita jadikan sebagai iktibar dan pengajaran bagi membakar semangat.

Berikut adalah perkara yang dikesali oleh bilionaire terkenal dunia berkaitan perniagaan yang dijalankan oleh mereka.

1. Melepaskan Peluang Keemasan Di Depan Mata

Bilionaire juga merupakan seorang manusia biasa yang melakukan kesilapan dalam perniagaan mereka. Di antara kesilapan yang terbesar yang mereka lakukan adalah terlepas pandang peluang keemasan yang terhidang di depan mata. Hal ini berlaku kerana mereka tidak mengambil peluang yang ada di depan mata itu dengan tindakan yang pantas.

Tim Draper merupakan seorang pelabur lagenda dalam dunia saham. Beliau yang gemar untuk melabur di dalam syarikat yang belum lagi diapungkan ke pasaran saham. Di antara penyesalan adalah dengan terlepas dua peluang keemasan, apabila beliau tidak membeli saham Facebook ketika syarikat itu masih dalam pembangunan.

Facebook pada ketika itu bernilai $20 juta tetapi dia telah berperang dengan pembida yang lain sehingga harga saham syarikat itu naik kepada $115 juta. Ketika syarikat itu telah naik $115 juta, dia telah menarik diri daripada untuk membeli sebahagian besar daripada saham Facebook itu.

Kini Facebook merupakan syarikat terbesar di dunia.

Selain daripada itu, beliau juga menyesal kerana tidak melabur ke dalam Netflix yang mana pada masa kini merupakan syarikat yang menguasai penstriman rancangan televisyen berbayar di Amerika Syarikat.

Pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa ini kepada pelabur di luar adalah, jika kita ternampak sebuah peluang yang sangat bagus di depan mata kita, jangan ragu-ragu untuk merebut peluang tersebut.

2. Tak Boleh Nak ‘Move On’

Penyesalan yang kedua adalah tidak hidup di dalam waktu sekarang. Menurut Chip Wilson yang merupakan seorang bilionaire dalam industri pakaian sukan, kesilapan yang dihadapi dirinya adalah terlalu mengenangkan kehidupan yang lepas. Akibatnya, beliau tidak boleh bergerak ke hadapan kerana kenangan tersebut telah membantut perkembangan minda dirinya.

Selepas Chip Wilson berjaya merubah mindset dirinya, kehidupannya menjadi lebih baik. Beliau kini memiliki kekayaan sebanyak $2 bilion melalui syarikat pakaian sukan, terutamanya pakaian untuk yoga.

Untuk lebih berjaya dalam kehidupan kita mesti berfikiran positif untuk menghasilkan hasil kehidupan yang positif.

3. Tak Bermula Awal

Penyesalan yang ketiga adalah tidak bermula dari awal ketika usia masih muda. Menurut Peter Hargreaves bilionaire dari Britain yang mempunyai syarikat menyediakan servis kewangan yang terbesar di negara tersebut, di antara perkara yang menyebabkan beliau menyesal dalam hidup adalah tidak bermula awal.

Bermula awal  dalam karier yang dipilih adalah  penting kerana kita dapat menimba pengalaman dalam perniagaan ketika kita masih muda. Apabila telah berusia 40 tahun dan kita memulakan perniagaan pada usia 20 tahun, kita sudah mendapat 20 tahun pengalaman.

Di situ kita boleh lihat bahawa jika kita memulakan satu perniagaan dari usia yang muda, ianya dapat memberi kita lebih pengalaman dan pengajaran.

Hal ini turut dipersetujui oleh Ron Sim iaitu seorang bilionaire dari Singapura, yang memberitahu tiada masa yang sesuai untuk memulakan sesuatu perniagaan. Tetapi kita perlu melakukan perniagaan itu tanpa mengira masa.

4. Terlalu Takut Untuk Mengambil Risiko

Risiko adalah perkara asas di dalam perniagaan. Risiko adalah perkara yang tidak boleh dielakan tetapi dapat dikawal jika kita mengetahui dengan jelas apa yang kita buat. Untuk menjadi seorang bilionaire, seseorang perlu mengambil risiko untuk berjaya.

Jack Cowin yang merupakan seorang bilionaire dalam industri makanan di Australia mengatakan jika dia masih muda, dia akan mengambil sebanyak mana risiko dengan pertimbangan yang sewajarnya untuk berjaya. Terlalu takut mengambil risiko adalah penghalang utama untuk berjaya dalam perniagaan.

Bak kata Warren Buffet, risiko itu muncul apabila kita tidak tahu apa yang kita buat. Kita mesti tahu mengambil risiko dan perlu menghadapinya, bagi mencapai cita-cita yang ada dalam diri kita.

5. Tidak Berubah Mengikut Keadaan Semasa

Setiap perniagaan berubah mengikut peredaran zaman. Teknologi sentiasa berkembang dan syarikat perlu berubah mengikut perkembangan semasa.

Jutawan perusahaan dari Kanada iaitu Frank Hasenfratz, telah memberi nasihat supaya kita perlu berubah setiap hari kerana jika kita tidak berubah perniagaan kita akan musnah.

Beliau mengambil contoh dirinya yang mempunyai 100 buah kilang pada tahun 1960-an tetapi kerana perubahan yang sangat ketara dalam industri automotif, Frank terpaksa menutup banyak kilang-kilang tersebut walaupun dia mempunyai pengalaman hampir 60 tahun didalam industri automotif.

Kita perlu melihat contoh seperti Kodak yang tidak mahu berubah dengan keadaan persekitaran, dan akhirnya syarikat itu tersungkur walaupun sudah berusia lebih daripada 100 tahun.

Klik di sini untuk baca kisah syarikat Kodak.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LEM Buka Kilang Pembuatan RM78 Juta Di Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM, 19 Apr (Bernama) — Syarikat pengukuran elektrik dari Switzerland, LEM Holding SA, secara rasmi telah membuka kilang pembuatan bernilai 15 juta franc Swiss (kira-kira RM78 juta) di Pulau Pinang hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata kilang baharu itu yang terletak di Taman Sains Pulau Pinang dijangka akan mewujudkan 500 peluang pekerjaan dalam pembuatan sensor arus dan sensor arus semikonduktor tercanggih, yang dikenali sebagai penderia Arus Bersepadu.

“Fasiliti baharu LEM ini menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam trajektori pertumbuhan syarikat dan mewakili pelaburan yang besar di rantau ini. 

“Projek yang dibangunkan dari dasar ini ini dikhususkan bagi pengeluaran serta pengujian sensor semasa untuk menangani pasaran global seperti sektor automotif, tenaga boleh diperbaharui, robotik, perindustrian dan instrumentasi,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian kilang itu di sini.

Chow berkata, sejak penubuhannya pada 1972 di Geneva, Switzerland, LEM telah memperoleh reputasi sebagai peneraju global dalam menyediakan penyelesaian inovatif untuk mengukur parameter elektrik. 

Kerajaan negeri agak teruja dalam menerima pertukaran pengetahuan dan pembangunan kemahiran dalam teknologi sensor semasa termaju yang akan dibawa oleh LEM kepada tenaga kerja tempatan Pulau Pinang.

Chow melahirkan keyakinan bahawa LEM akan mendapat manfaat besar daripada operasinya di Pulau Pinang yang terkenal dengan ekosistem perindustrian yang maju dan sering dirujuk sebagai Lembah Silikon Timur.

“Memandang ke hadapan, saya yakin kehadiran LEM di Pulau Pinang bukan sahaja akan menyumbang secara signifikan kepada ekonomi kami tetapi juga merangsang inovasi, menggalakkan pemindahan pengetahuan serta meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan. 

“Perkongsian antara LEM dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menunjukkan komitmen bersama kami terhadap pembangunan mampan, kemajuan teknologi dan daya tahan ekonomi,” tambahnya.

— BERNAMA