5 Selebriti Hollywood Bertaraf Bilionaire Yang Mempunyai Empayar Perniagaan Sendiri

Selebiriti Hollywood merupakan selebriti yang paling kaya di dunia berbanding dengan selebriti lain. Ini kerana  produk yang mereka hasilkan boleh diterima oleh seluruh dunia samada filem, rancangan televisyen atau pun lagu.

Dan ramai selebriti Hollywood yang mencapai taraf bilionaire hasil daripada pelaburan yang mereka buat dan juga perniagaan yang mereka usahakan. Tidak hanya mengharapkan bayaran daripada aktiviti seni mereka sahaja.

Berikut adalah senarai selebiriti Hollywood yang berstatus bilionaire yang boleh kita jadikan sebagai inspirasi.

1. Kylie Jenner

Merupakan bllionaire termuda yang pernah wujud di dunia. Beliau menjadi bilionaire pada usia hanya 21 tahun. Beliau mempunyai pengaruh yang kuat dalam media sosial sebelum membuka perniagaan berlandaskan kosmetik.

Beliau juga berasal daripada keluarga yang sangat berpengaruh di Amerika Syarikat yang dijadikan sebagai batu loncatan untuknya dalam menjalankan perniagaannya.

Untuk membaca dengan lebih lanjut,anda boleh klik di sini

2. Jay-Z

Merupakan penyanyi rap yang pertama di dunia yang mendapat gelaran bilionaire pada tahun ini. Beliau yang mendapat pembayaran royaliti daripada keseluruhan albumnya yang hampir bernilai setengah biiion tidak termasuk cukai.

Beliau juga merupakan salah  seorang penyayi rap yang paling lama dalam industri dunia hiburan yang sebaris dengan Tupac Shakur dan Notorious Big.

Selain daripada bergantung kepada bidang muzik semata-mata, Jay-Z juga merupakan seorang pelabur dalam bidang hartanah dan juga saham. Beliau juga mengeluarkan pakaian di bawah jenamanya sendiri dan memiliki syarikat Tidal iaitu sebuah syarikat penstriman muzik secara online.

3. Oprah Winfey

Merupakan seoarang ratu rancangan bual bicara yang paling popular di Amerika Syarikat. Kisah hidup Oprah sangat tragis, beliau pernah dirogol oleh darah dagingnya sendiri pada usia 9 tahun iaitu sepupunya sendiri yang berusia 10 tahun lebih tua darinya.

Namun peristiwa itu tidak melemahkan semangatnya. Beliau yang dilahirkan di Mississippi dan dibesarkan dalam keluarga yang miskin. Ketika usianya 20-an, Oprah pernah dipecat oleh stesen televisyen tempatan kerana gagal untuk menjadi wartawan yang dikehendaki oleh syarikat terbabit.

Beliau mempunyai rancangan televisyen yang tersendiri pada pertengahan tahun 1980-an dan mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam industri bual bicara di Amerika Syarikat.

Beliau tersenarai sebagai seorang bilionaire pada tahun 2003 dan mempunyai empayar perniagaan dalam bidang penyiaran. Kini beliau merupakan wanita Afrika-Amerika yang paling berjaya di Amerika Syarikat.

4. Steven Spielberg

Seorang pengarah filem yang mampu mengarah dalam pelbagai jenis genre filem. Beliau memenangi tiga Anugerah Grammy Awards yang dimenangi sepanjang menceburi diri dalam dunia perfileman.

Beliau mula terkenal dengan filem pertama arahannya yang bertajuk Jaws pada tahun 1976. Beliau menjadi fenomena pada tahun 1980-an dengan filem ET dan juga Indiana Jones.

Steven Spielberg menjual syarikat animasinya yang bernama DreamWorks Animation kepada NBC Universal pada harga $3.6 bilion pada tahun 2016.

5. George Lucas

Siapa yang tak kenal dengan filem Star Wars yang merupakan filem sains fiksyen yang paling popular pada pertengahan tahun 1970-an. Filem ini boleh dikatakan filem paling maju pernah dihasilkan pada dekad tersebut.

Filem ini telah menjadi filem Box Office pada masa tersebut dan kini francais filem ini menjadi milik syarikat gergasi perfileman dunia, iaitu Walt Disney. George Lucas telah menjual hak milik filem Star Wars kepada pihak Disney dengan harga $4.0 bilion pada tahun 2012 .

Sumber Rujukan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend