5 Tips Nak Jimat Menjelang Hari Raya Aidilfitri

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, pasti ramai yang akan membuat bermacam-macam persiapan. Kebiasaannya, ia akan menelan kos yang banyak. Memandangkan Hari Raya ni setahun sekali katanya, maka kita boleh lihat orang ramai sanggup overspend kerana nak semuanya perfect.

Hutang pun takpe, janji kita dapat sambut Hari Raya dengan gembiranya.

5 Tips Nak Jimat Menjelang Hari Raya

Bagi mereka yang telah sedar akan kepentingan untuk berjimat-cermat, berikut adalah 4 tips yang kita semua boleh amalkan. Barulah kita dapat menyambutnya dengan riang ria tanpa sebarang pembaziran berlaku.

#1. Tak Perlu Beri Duit Raya

Duit raya itu sedekah. Sedekah itu sunat.
Bayar hutang itu WAJIB.

Dahulukan membayar hutang yang membuatkan kita semakin miskin berbanding memberi duit raya kepada kepada orang bukan miskin ataupun fakir. Contohnya bagi anda yang masih berhutang kad kredit peruntukkan duit raya untuk ibu bapa dan ibu bapa mertua sahaja.

Pesan juga dekat anak-anak supaya tidak merengek jika tak dapat duit raya. Nanti orang mesti kata “biarlah budak-budak, dulu kita pun macam tu juga”.

Gunakan kesempatan yang ada ini untuk berani melakukan perubahan! Berani tak?

#2. Guna Semula Langsir

Langsir memainkan peranan yang sangat penting kepada sesebuah rumah apabila tibanya Hari Raya. Sebelum masuk bulan Ramadhan lagi kedai-kedai kain terkemuka seperti Jakel dan Gulatis pastinya sesak dengan orang ramai terutama sekali golongan wanita yang rambang mata membeli kain langsir.

Daripada beli kain langsir yang baru, apa kata kita guna sahaja langsir sekarang. Sekiranya inginkan kelainan berbanding tahun sebelumnya, anda boleh jadi kreatif dengan ubah suai atau pun menambah manik-manik pada langsir.

Dengan adanya manik-manik dan tambahan renda dapat menjadikan langsir anda kelihatan baru. Gunakanlah kreativiti anda sebaiknya, di samping dapat berjimat.

#3. Pakaian Sedondon

Jika anda berkeluarga dan gemar memakai pakaian yang telah siap dijahit, boleh sahaja beli baju kurung dan baju Melayu yang sedondon. Kebiasaannya pada musim perayaan ini, penjual akan memberikan harga istimewa, lebih-lebih lagi jika anda membeli lebih dua pasang. Lebih jimat.

Kalau anda lebih selesa untuk menghantar ke kedai jahit pula, bolehlah sekiranya anda membeli satu corak dan satu warna yang sama untuk seisi keluarga. Ini juga dapat menjimatkan, berbanding membeli kain yang berbeza kuantiti pada harga yang berbeza.

#4. Buat Kuih Raya Sendiri

Apa kata anda luangkan masa sedikit untuk membuat kuih raya sendiri, daripada beli “kuih tunjuk-tunjuk” yang belum tentu sedap rasanya dan mahal harganya.

Harga standard di Lembah Klang pastinya RM25 – 30 sebalang, dapatlah 50 biji. Kalau kuih raya tu artis yang jual lagi premium harganya!

Kalau buat sendiri (contohnya tart nenas) kos RM20 boleh dapat 200 biji.

Bukan sahaja jimat daripada segi kos, anda juga tahu kuantiti sebenar kuih serta balang kuih yang diperlukan sebagai hidangan kepada tetamu yang bakal tiba Hari Raya nanti.

#5. DIY Hias Rumah

Terakhir sekali, daripada membazir wang membeli perabot baru, TV baru dan sebagainya – apa kata anda gunakan kreativiti sendiri untuk menghias semula rumah agar kelihatan lain daripada biasa. Boleh sekiranya anda ubahsuai kedudukan perabot itu sendiri bagi memenuhi ruang berbeza di setiap sudut rumah.

Perabot pula biasanya tahan agak lama, dan untuk berikan ia nafas baru; boleh lah sekadar tukar alas baru agar nampak cantik berseri-seri seakan yang baru.

Hentikanlah Pembaziran Pada Hari Raya

Kononnya kita dapat berjimat pada bulan Ramadhan, kerana kurang makan – tetapi hakikatnya ramai orang masih melakukan pembaziran menjelang Hari Raya. Hentikanlah sifat suka berhutang dan menunjuk-nunjuk, kelak anda akan merana menanggung hutang keliling pinggang sebaik sahaja berakhirnya musim perayaan nanti.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend