5 Usahawan Wanita Malaysia Yang Berjaya

Tahukah anda kita mempunyai ramai tokoh-tokoh usahawan wanita yang boleh dibanggakan? Sebut saja nama mereka, pasti ramai yang mengenalinya. Jom kita tengok 5 usahawan wanita Malaysia yang berjaya di bawah.

1. Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi terkenal tanah air iaitu Dato’ Siri Siti Nurhaliza Tarudin? Penyanyi nombor satu tanah air ini telah memenangi terlalu banyak award sehinggakan beliau terpaksa memilih untuk tidak bertanding, bagi membuka ruang kepada orang lain untuk memenangi.

Beliau kemudiannya mengorak langkah dalam bidang perniagaan setelah berkahwin dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa. Kini beliau terkenal dengan produk SimplySiti dan Creacion.

Pelancaran produk kosmetik dan penjagaan kulit SimplySiti sememangnya mendapat sambutan hangat daripada peminat beliau yang pastinya sangatlah ramai di seluruh negara termasuk di Singapura, Brunei dan Indonesia. Ini kerana, beliau telah menggunakan khidmat saintis Korea untuk mencari bahan yang semulajadi yang sesuai dengan kulit wanita Malaysia.

Diiktiraf sebagai “ The Best Halal Product” oleh Halal Journal Magazine, kini produk beliau boleh didapati di seluruh rangkaian Watsons di Malaysia.

2. Noor Neelofa Mohd Noor

Pengasas kepada Naelofar Hijab, Noor Neelofa Mohd Noor melancarkan koleksinya di media sosial dalam produk seperti hijab, kanta lekap, minyak wangi, pakaian muslimah dan aksesori di media sosial.

Pada tahun 2015, BBC News mendedahkan jualan Naelofar Hijab sebanyak RM50 juta dan jenama ini terjual di 38 negara dan berjaya memasuki pasaran Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda dan Amerika Syarikat. Beliau telah membawa gelombang fashion baru dan dikenali sebagai seorang yang berani menerima risiko dan cabaran.

Yang lagi best, ada stokis beliau yang bergelar jutawan hanya dengan menjual tudung Naelofar. Memang laku keras betul.

Beliau turut terkenal kerana merupakan salah seorang daripada 11 Rakyat Malaysia Yang Tersenarai Dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia.

3. Datin Vivy Sofinas Yusuf

Seterusnya kita ada ikon fesyen dan perniagaan yang mampu membuat setiap mata yang memandang terpukau dengan gayanya. Vivy Sofinas Yusof merupakan graduan undang-undang yang bermula sebagai seorang blogger, telah nekad membuka Fashion Valet bersama suaminya, Fadzarudin Anuar, pada tahun 2010 dengan hanya bermodalkan RM100 ribu.

Tidak mengenal erti mengalah, kini setelah hampir 7 tahun, Fashion Valet telah berkembang ke Singapura dan Indonesia dengan lebih 400 jenama berpayung di bawahnya.

Pengasan  Fashion Valet, Vivy cukup terkenal dengan tudung premium dUCk dan aksesori. Masih ingat lagi kontroversi tudung dUCk yang berharga RM800 dan sold out dalam masa 5 minit? Strategi pemasaran dan kelainan yang ditampilkannya cukup bijak sehingga koleksi terbaru tudung dUCks sentiasa dinantikan dan koleksi lama dicari.

Bagi penggemar solek pula, anda boleh mencari dan mendapatkan dUCk Kosmetik di Sephora yang dilancarkan baru-baru ini.

Vivi Yusof juga merupakan salah seorang daripada 11 Rakyat Malaysia Yang Tersenarai Dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia.

4. Faiza Bawumi Sayed Ahmad

Beras Faiza merupakan beras yang top di pasaran disebabkan kualiti berasnya. Diasaskan oleh Faiza Bawumi Sayed Ahmad yang mengikuti suaminya ke Malaysia pada tahun 1964, beliau kini mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak.

Beliau percaya bahawa dengan penglibatan dalam penghasilan produk, telah memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya.

Sebelum beliau menjual beras, beliau telah pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas atau pandangan sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya.

Di atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam.

5. Puan Hajah Pazdilah Enda Sulaiman

Mungkin ramai yang tak kenal puan empunya nama di atas, tetapi bila sebut Telekung Siti Khadijah – mesti ramai peminatnya.

Bagi pemilik dan pengasas Butik Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd, Puan Hajah Pazdilah Enda Sulaiman, beliau tidak pernah bermimpi untuk menjadi seorang usahawan apatah lagi untuk menghasilkan telekung eksklusif. Tetapi semuanya berubah apabila beliau merasakan sukar untuk mendapatkan telekung yang selesa dan memenuhi citarasanya.

Banyak duri dan ranjau yang terpaksa dilaluinya. Tetapi hasil penat lelah dan sikap tidak berputus asa yang ditunjukkan Puan Hajah Pazdilah, kini Telekung Siti Khadijah bukan sahaja dikenali di seluruh Malaysia; tetapi juga di rantau Asia!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend