7 Bilionaire Yang Jatuh Tersungkur Akibat Kelemahan Diri Sendiri

Ramai orang yang mempunyai impian untuk menjadi jutawan. Orang kata bila kita dah dapat sejuta yang pertama, maka semakin mudah untuk kita mencapai sejuta seterusnya. Tapi untuk menjadi seorang bilionaire (1000 juta) memang bukan calang-calang orang yang mampu.

Kehidupan sebagai seorang bilionaire adalah tidak seindah yang dikhabarkan jika tersilap dalam pengurusan harta. Harta yang diperolehi kemungkinan akan menjerut mereka jika disalahguna atau menjadi kaya dengan cara yang tidak betul dengan melanggar undang-undang. Begitulah nasib yang menimpa bilionaire apabila mereka diisytiharkan muflis atau dihadapkan ke muka pengadilan di atas kes jenayah yang mereka telah lakukan.

Pepatah ada menyebut nak jadi kaya adalah mudah, tetapi nak mengekalkan kekayaan yang dimiliki adalah lebih sukar. Senarai di bawah merupakan contoh mereka yang pernah hidup dalam kemewahan dengan harta yang melimpah-ruah suatu ketika dahulu, tetapi telah jatuh dan tidak lagi bergelar seorang bilionaire.

1. Ramesh Chandra

Beliau merupakan bilionaire yang berasal dari India dan merupakan taikun terbesar dalam perniagaan hartanah. Syarikatnya bertanggungjawab dalam membina rumah kos sederhana di India pada dekad 1980-an. Ketika kemucak kejayaanya, kekayaanya mencecah sebanyak $11billion pada tahun 2007.

Syarikat beliau mengalami zaman kejatuhan ketika kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 2008, apabila kebanyakan rumah yang dibina oleh syarikatnya tidak dapat dijual. Syarikatnya kemudian terpalit dengan skandal rasuah berhubung dengan kontrak telekomunikasi yang diberi oleh kerajaan dan menyebabkan anaknya, Sanjay Chandra ditangkap pada tahun 2011 dan dipenjara selama 7 bulan.

Ramesh Chandra kini tidak lagi bergelar billionaire dengan nilai kekayaan tidak sampai $1 bilion.

2. Adolf Merckle

Merupakan seorang bilionaire yang berasal dari Jerman dengan mempunyai syarikat farmaseutikal yang diwarisi daripada datuknya bernama Phoenix Pharmahandel. Beliau telah berjaya mengembangkan syarikat itu menjadi salah sebuah syarikat terbesar di Jerman. Dia juga mempunyai syarikat pelaburan yang bernama Vermögensverwaltung.

Pada tahun 2008 di mana krisis ekonomi dunia melanda, beliau telah kehilangan nilai kekayaan sebanyak $9.2 billion. Walaupun telah kehilangan wang sebanyak itu, beliau masih lagi seorang bilionaire dan orang kelima terkaya di Jerman. Dia yang bertindak balas dengan kehilangan wang dia itu dengan cuba melawan sentimen pasaran yang sedang tenat.

Adolf Merckle cuba untuk membuat short trading dengan memiliki saham Volkwagen yang pada analisis beliau, saham tersebut akan memberi keuntungan kepadanya tetapi sangkaanya sangat meleset kerana Syarikat Porsche telah menyelamatkan saham Syarikat Volkwagen. Beliau telah kehilangan hampir keseluruhan kekayaan yang dimilikinya.

Beliau yang tidak dapat menerima kenyataan itu, telah membunuh diri dengan terjun ke landasan kereta api berhampiran dengan rumahnya.

3. Seán Quinn

Beliau yang berasal dari Ireland, merupakan orang yang paling kaya di Ireland pada tahun 2008 sebelum krisis kewangan melanda dunia pada tahun tersebut. Seán Quinn mempunyai syarikat konglomerat yang terbesar di Ireland yang diberi nama Quinn Group. Syarikat beliau memiliki saham bank Anglo Irish sebanyak 25%.

Selepas pembelian saham tersebut, krisis ekonomi dunia berlaku dan syarikatnya bergelut dengan masalah kewangan akibat daripada kejatuhan saham bank tersebut. Akibat daripada itu, beliau telah distiharkan muflis dan syarikatnya berpindah milik dan ditukar nama kepada Aventas group.

4. Bernard Madoff

Merupakan seorang raja skim ponzi terhebat dalam sejarah moden. Bernard Madoff merupakan seorang bekas pengurus hedge fund yang telah menipu ramai orang kenamaan dan selebriti dunia termasuklah pengarah terkenal Hollywood iaitu Steven Spielberg. Kegiatan penipuannya terbongkar selepas krisis ekonomi dunia pada tahun 2008, kerana pada masa itu beliau telah berjanji dengan para pelaburnya bahawa dia akan memberi bonus tambahan kepada mereka.

Sedangkan pada masa itu, syarikat hedge fundnya telah mengalami kerugian yang besar akibat daripada krisis tersebut. Pembongkaran berlaku apabila anak kandungnya sendiri yang telah melaporkan kepada pihak berkuasa. Sepanjang hampir 50 tahun di Wall Street, beliau dipercayai telah menipu duit para pelabur sebanyak $60 billion.

Beliau kini sedang meringkuk di dalam penjara selama sepuluh tahun dan tinggal 140 tahun lagi sebelum beliau akan dibebaskan. Ikuti kisah beliau dengan lebih lanjut di artikel Bernie Madoff, Raja Skim Ponzi Terbesar Dalam Sejarah Dunia Pelaburan Wall Street.

5. Elizabeth Holmes

Merupakan seorang wanita yang bercita-cita untk menjadi seperti seorang yang berjaya seperti Steve Jobs. Elizabeth terlalu kagum dengan pencapaian Steve Jobs dan telah menjadikannya sebagai idola.

Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat bioteknologi di mana syarikatnya didakwa mampu mengesan penyakit dengan hanya menggunakan titisan darah daripada hujung jari sahaja. Teknik ini sangat berbeza dengan keadah konvensional yang memerlukan sejumlah darah yang banyak untuk mengesan penyakit yang kritikal.

Elizabeth telah berjaya memperolehi wang pelaburan yang begitu banyak kerana mereka percaya dengan teknologi syarikat beliau yang bernama Theranos, yang bakal menjadi sebuah syarikat berteknologi tinggi pada masa hadapan di Lembah Silikon.

Temberang beliau akhirnya telah dibongkar oleh seorang wartawan yang telah mendedahkan penipuan tersebut. Elizabeth kehilangan semua wang pelaburan dan sedang dibicarakan di atas kesalahan beliau yang menipu duit para pelabur.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penipuan ini, jemput baca Theranos Berjaya Menipu Pelabur, Termasuklah 2 Orang Dalam Top 10 Bilionair Dunia.

6. Allen Stanford

Merupakan seorang billionaire yang berasal dari Texas dan dikenali sebagai King Of Caribbean. Sebelum menjadi penyangak, beliau pernah menjalankan perniagaan gymnasium dan perniagaan itu berakhir dengan kegagalan. Dia yang kemudianya membuka sebuah bank di kepulauan Antigua pada tahun 1991, dan hanya dalam masa 3 tahun sahaja bank tersebut mempunyai simpanan sebanyak $350 juta.

Dia yang disabitkan dengan kesalahan kerana telah melakukan penipuan dengan menjalankan skim ponzi. Pada kemuncak kekayaanya, Allen Standord mempunyai nilai harta kekayaan yang bernilai $2.2 billion dan kegiatan tidak bermoral beliau ini telah terbongkar pada tahun 2009 selepas krisis ekonomi dunia.

Beliau telah menjalankan skim ponzi dengan menipu hampir 20,000 orang duit pelabur di bawah syarikatnya. Dia kini sedang menjalani hukuman penjara selama 110 tahun diatas kesalahan yang telah dilakukanya.

7. Eike Batista

Eike Batista merupakan seorang yang berasal dari Brazil. Ibunya berasal dari Jerman manakala bapanya merupakan seorang penduduk tetap di negara Brazil. Bapanya merupakan bekas Menteri Alam Sekitar pada tahun 1960-an. Batista memasuki universiti di Jerman dalam jurusan kejuruteraan.

Beliau menjadi jutawan ketika usianya tidak sampai 24 tahun dalam indistri perlombongan emas. Syarikat yang diasaskan beliau sering kali terpalit dengan skandal pencemaran alam sekitar akibat daripada aktiviti yang dijalankan oleh syariktnya, tetapi Batista hanya mendiamkan diri dari terus memperbetulkan keadaan.

Kemuncak kekayaanya adalah pada tahun 2012, di mana pada ketika itu beliau telah disenaraikan di antara 10 manusia terkaya di dunia oleh majalah Forbes dengan nilai kekayaan sebanyak $34.6 billion.

Kekayaan beliau telah merosot pada tahun berikutnya apabila harga minyak telah menjunam dengan begitu teruk sehingga beliau terpaksa membayar hutang yang dibuat oleh syarikatnya dengan kadar segera. Beliau kemudiannya telah ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan kerana dituduh diatas kesalahan rasuah oleh mahkamah Brazil.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend