7 Perkara Hebat Yang Dilakukan Li Ka-shing, Memang Superman Betul!

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah perjalanan hidup Li Ka-shing yang terkenal dengan gelaran The Superman of Hong Kong. Untuk artikel kali ini, kami akan paparkan tentang kisah bagaimana rahsia beliau bertukar status daripada seorang kanak-kanak mangsa peperangan kepada seorang bilionaire tersohor di Hong Kong.

Beliau mula menceburi bidang perniagaan sejak tahun 1945 sehinggalah sekarang, menjangkau lebih daripada 7 dekad. Hebat tak hebat, Li Ka-shing menyumbang kepada 10% GDP Hong Kong, memang hebat macam Superman.

Tanpa melengahkan masa, jom kita ikuti 7 perkara hebat yang dilakukan beliau:

1. Melakukan aktiviti seperti seorang genius

Beliau mula bekerja ketika berumur 13 tahun sehingga 22 tahun dan sentiasa bekerja lebih daripada 16 jam sehari. Beliau bekerja untuk menimba pengalaman dan pengetahuan sebanyak mungkin tentang dunia perniagaan, selain daripada untuk mengumpul wang bagi memulakan perniagaan kecil.

Beliau juga memupuk minat belajar walaupun hidup dalam suasana yang sangat tertekan. Walaupun beliau tidak mendapatkan pendidikan di sekolah seperti kanak-kanak lain, namun beliau cuba belajar dengan membeli buku-buku sekolah yang terpakai. Uniknya, beliau membeli buku-buku tanpa mengira tahap pendidikan yang diatur oleh sekolah mengikut umur.

Contohnya ketika beliau berumur 14 tahun (Tingkatan 2) beliau membeli buku terpakai sekolah yang di tahap umur 17 tahun (Tingkatan 5). Selain daripada buku-buku sekolah yang terpakai, Li Ka-shing juga membeli sebuah kamus lama sebagai rujukan. Bayangkan dalam keadaan tekanan kewangan dan waktu kerja melebihi 16 jam sehari, beliau masih mempunyai minat yang amat tinggi untuk menimba ilmu.

2. Nekad untuk mengubah nasib dan menjadikan pengorbanan serta kematian ayahnya sebagai titik permulaan untuk beliau berjaya

Walaupun ayahnya seorang professor, namun beliau terpaksa melepaskan pekerjaannya demi menyelamatkan nyawa keluarganya dengan menjadi mangsa peperangan sehingga terpaksa berpindah ke Hong Kong. Nasib mereka sekeluarga bertambah buruk apabila mereka selamat melarikan diri, ayahnya pula mengalami masalah pernafasan dan meninggal dunia.

Namun, itu tidak mematahkan semangat beliau dan beliau nekad untuk mengubah versi dirinya yang lebih baik daripada sebelumnya. Di antara petikan kata-kata beliau “Di saat ayah saya menghembuskan nafas terakhir, saya dengan yakin memberitahunya bahawa saya mesti berkerja keras untuk mengambil alih tugas ayah menyara keluarga. Semasa kanak-kanak lain belajar di sekolah, saya pula membaca buku selepas selesai bekerja. Saya sentiasa menimba semua ilmu pembelajaran di sekolah dan sehingga kini menjadi membaca menjadi satu rutin kepada saya.”

3. The King of Plastic Flower

Ketika mula menceburi perniagaan, beliau bermula dengan meminjam $6,500 daripada keluarganya untuk menampung perbelanjaan beliau untuk ke Itali bagi mengikuti kelas/bengkel membuat bunga plastik. Lebih menakjubkan dengan sifat beliau yang suka menimba ilmu, pelaburan beliau untuk mempelajari pembuatan bunga plastik pada masa itu telah mendatangkan hasil yang sangat membanggakan.

4. The Property King

Beliau membeli hartanah dengan kuantiti yang banyak ketika nilai hartanah berada pada paras yang masih rendah dan menggunakan kesempatan semasa berlakunya kejadian rusuhan di Hong Kong pada tahun 1967, untuk menjual hartanah beliau pada harga yang tinggi. Ketika rusuhan berlaku, kerajaan Hong Kong terpaksa memerintahkan 12 ribu polis dan 10 ribu askar untuk berkawal bagi mententeramkan rusuhan rakyat.

Rusuhan rakyat secara besar-besaran pada ketika itu juga telah menyebabkan peningkatan terhadap nilai hartanah.

5. Bersikap merendah diri

Falsafah dan pandangan beliau mengenai sesuatu perniagaan meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Beliau tidak mengamalkan sikap membanggakan diri dalam apa jua perkara kerana beliau percaya pengetahuan yang dimiliki hanyalah sebahagian kecil.

Bagi beliau, masih banyak perkara yang belum diketahui atau dipelopori. Oleh itu, beliau menjauhi sikap suka membanggakan diri, sombong atau angkuh dalam apa jua perkara.

6. Hong Kong stock market crash 1973-1974

Pada era kejatuhan ketika ini, hampir kesemua saham Hong Kong jatuh lebih daripada 90% disebabkan peperangan yang melibatkan minyak sedunia. Sememangnya beliau seorang pelabur yang bijaksana apabila beliau membeli saham ketika di paras rendah dan menikmati keuntungan yang besar semasa saham berada dalam bull market.

Li Ka-shing mengambil sikap sebagai seorang pelabur long-term ni.

7. The Port King

Beliau telah membeli pelabuhan Hutchinson Whongpoa pada tahun 1979. Ketika itu, beliau merisikokan wang lebih daripada $1billion USD untuk mengambil alih perniagaan pelabuhan tersebut ketika berumur 51 tahun. Pelaburan tersebut membuahkan hasil apabila beliau meraih keuntungan lebih 3 kali ganda lebih besar daripada keuntungan syarikat lama beliau iaitu Cheung Kong.

Pelaburan beliau dalam industri pelabuhan juga telah melonjakkan dirinya sebagai pelabur terkaya dalan industri pelabuhan dan membuka peluang untuk perniagaan tersebut di negara lain seperti Singapura, Belanda, China dan negara-negara timur tengah. Selain daripada itu, beliau juga mencuba bidang lain dalam industri produk dan kecantikan, yang mana beliau telah membeli pusat kecantikan Watsons di seluruh dunia.

Selepas beliau membeli syarikat tersebut, beliau telah membangunkannya dan kini mempunyai 128,000 gedung Watsons di seluruh dunia.

Fakta menunjukkan Li Ka-shing adalah lebih tepat dengan cara beliau membuat keputusan berbanding dengan Warren Buffett. Adakah ini satu kebetulan atau beliau memang dilahirkan sebagai seorang genius dalam dunia pelaburan?

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend