8 Nasihat Mark Cuban Untuk Capai Kejayaan Dalam Hidup

Sebelum ini kami ada kongsikan berkenaan Nasihat Dan Peringatan Daripada Billionaire Terkemuka Mark Cuban, dan di antara nasihat beliau yang paling power adalah “Semua orang berpeluang untuk menjadi jutawan jika mereka mempunyai pemikiran (mindset) yang betul”.

Bagi mereka yang tak biasa dengar nama Mark Cuban ni, beliau merupakan pemilik kelab bola keranjang terkenal NBA iaitu Dallas Mavericks. Beliau juga merupakan pelabur ‘shark’ tersohor dalam rancangan televisyen, Shark Tank.

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan

Tahukah anda perniagaan pertama beliau selepas melalui zaman kolej ialah menjalankan perniagaan syarikat komputer kecil? Pada tahun 1990, beliau telah menjual perniagaannya sebanyak $6 juta.

Kemudian, Mark Cuban mengambil jalan untuk bersara sementara waktu dan membelanjakan sedikit wang untuk mengembara ke serata dunia selama 5 tahun.

Jom kita dengarkan 8 nasihat beliau yang boleh merubah cara kita berfikir, berbelanja, melabur dan sebagainya.

1. Hidup Seperti Seorang Pelajar

Jika anda ada membaca artikel kami sebelum ini, anda sudah mengerti dengan apa yang dimaksudkan oleh beliau sebagai kehidupan seorang pelajar.

Ketika beliau mengharungi zaman kolej, hampir setiap hari beliau hanya makan makaroni dan cheese. Banyak juga dapat berjimat cermat dengan mengikat perut dan tidak berbelanja mewah.

Kalau kita di Malaysia, mungkin boleh cuba amalkan Jimat Dengan 5 Makanan Bujang Ini.

2. Anda Tidak Sepatutnya Guna Kad Kredit

Saya masih ingat bagaimana bill collector menghubungi saya dan memujuk saya untuk menerima pelawaan menggunakan perkhidmatan kad kredit. Namun saya hanya memilih untuk mengunakan wang tunai untuk mengelakkan sifat membazir.

Kalau masih nak gunakan kad kredit, Jangan Guna Kad Kredit Untuk 5 Perkara Ini! Sebaliknya boleh rujuk 7 Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Menguntungkan.

3. Menyimpan Sekurang-kurangnya 6 Bulan Pendapatan

Jika terjadi sesuatu pada diri ketika kita sedang berkerja, contohnya diberhentikan kerja disebabkan pengurangan kos oleh syarikat, maka kita mempunyai wang simpanan sebagai perlindungan ketika mencari sumber pendapatan lain.

Kita kena ambil tahu 5 Jenis Tabung Simpanan Anak Muda Perlu Ada.

4. Beli Kuantiti Yang Banyak Ketika Diskaun

Contohnya, jika kita menggunakan 6 berus gigi dalam masa setahun, jika terdapat tawaran harga promosi; terus beli 12 berus gigi yang kita akan gunakan untuk tempoh 2 tahun. Secara tidak langsung, kita telah menjimatkan duit.

Itu baru satu benda, kalau banyak benda kita amalkan cara penjimatan sebegini, memang nampak hasilnya.

5. Baca Buku

Mark Cuban sangat suka membaca buku. Jika ada satu benda positif yang beliau boleh berikan hasil daripada gemar membaca buku adalah mendapatkan sebuah idea.

Bayangkan dengan hanya membayar $30 bagi sebuah buku, beliau telah mendapat idea untuk menambah baik perniagaannya.

6. Kerja Dan Usaha Dengan Sebaiknya

Ketika melakukan sesuatu kerja, buatlah bersungguh-sungguh. Jangan buat kerja separuh jalan, pastikan ianya siap dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Berapa ramai daripada kita yang berputus asa, sedangkan sikit lagi dah nak siap benda yang kita usahakan sekian lama?

Nasihat seterusnya bukannya ‘Buy Call atau Sell Put’ tapi hanya berlandaskan nasihat beliau. Anda dinasihatkan untuk melakukan kajian dan penelitian yang lebih mendalam sebelum membuat keputusan.

7. Simpan Sedikit Wang Ke Dalam Amanah Saham

Simpanlah sedikit wang simpanan setiap bulan ke dalam unit amanah. Sepertimana kita tahu, simpanan tetap dan bon adalah merupakan instrumen pelaburan berisiko rendah, tetapi juga pulangan yang rendah. Manakala pelaburan saham pula mempunyai risiko yang tinggi, tetapi potensi pulangan juga adalah tinggi.

Apabila kita konsisten menyimpan/melabur setiap bulan selama bertahun-tahun lamanya, kita akan menikmati faedah berganda (compounding interest) pula. Nak tahu lebih lanjut, jemput baca Fakta Menarik Mengenai Compounding (Berganda) Dalam Pelaburan.

8. Labur 10% Dalam Mata Wang Kripto (Cryptocurrency)

Labur 10% wang ke dalam Bitcoin atau Ethereum. Sekiranya berbuat sebegini, kita perlu menetapkan pemikiran kita terlebih dahulu. Berfikirlah seperti anda sudah kehilangan wang pelaburan tersebut.

Melabur ke mata wang kripto seperto Bitcoin dan Ethereum, adalah seperti menyimpan koleksi seni, koleksi kad baseball, koleksi kasut dan sebagainya. Kemungkinan suatu hari nanti ia akan jadi berharga atau mengalami kerugian, siapa tahu. Namun jangan labur lebih daripada 10% pendapatan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend