8 Tips Untuk Kekal Bermotivasi Bayar Hutang Kad Kredit

Ramai antara kita bermasalah dalam membuat perancangan berkenaan isu kewangan untuk jangka masa panjang. Ketahui bahawa dengan mempunyai kad kredit, institusi kewangan banyak yang menawarkan mata ganjaran, cashback serta tawaran hadiah eksklusif. TETAPI dengan kad kredit ini juga, anda bakal berdepan dengan masalah kewangan jika tidak berhati-hati.

Seramai 845 orang Bumiputera berumur 30 tahun dan ke atas telah diisytiharkan muflis disebabkan bil kad kredit yang tidak terbayar. Itu hanyalah rekod pada awal tahun 2017, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong dalam akhbar New Strait Times. [1] Bukan itu sahaja, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata ramai dewasa yang berumur 30 tahun ke bawah diisytiharkan muflis.[2] Dari tahun 2014 sehingga 2016, generasi muda yang menghadapi muflis hanyalah sebanyak 1.1 peratus

Dalam masa yang sama, bagi skala yang lagi besar, seramai 294,000 Bumiputera Malaysia [3] yang kebanyakannya berumur sekitar 35 hingga 45 tahun sedang menghadapi kes muflis; juga disebabkan kegagalan dalam pembayaran bil kad kredit berserta hutang, menurut Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Abdul Rahman Putra Taha.

Untuk memastikan keadaan kewangan anda kekal sihat sepanjang usia anda, jom tengok 8 tips berikut untuk kekal bermotivasi dalam pembayaran hutang kad kredit.

1. Cari pasangan ataupun rakan kongsi yang anda yakin ada rasa tanggungjawab.

Pasangan ataupun rakan kongsi ini hendaklah juga orang yang anda perlu ambil tanggungjawab, ini membolehkan anda sentiasa berada on track.

Pasangan mahupun rakan kongsi ini hendaklah orang yang boleh anda percayai dan juga sebaliknya. Selain daripada itu, orang tersebut juga hendaklah tidak bermasalah dan tidak berkira dalam isu kewangan. Jika anda bermula memberitahu yang lain mengenai perancangan kewangan anda, anda berpotensi untuk berjaya disebabkan anda tidak mahu mengecewakan pasangan atau rakan kongsi anda.

2. Membuat countdown visual.

Ia merupakan perasaan yang menyeronokkan apabila anda membuat countdown sempena peristiwa yang dinanti-nantikan. Buat begitu juga dalam pembayaran hutang. Bayangkan perasaan anda apabila melihat hutang anda semakin berkurang.

3. Kaedah hutang snowball.

Jika anda mempunyai kad kredit lebih daripada satu, fokuskan dalam membayar hutang kad kredit yang mempunyai sedikit sahaja baki dan setelkannya terlebih dahulu. Anda akan merasa yang anda sudah membuat satu pencapaian, dan memberi motivasi untuk melangsaikan hutang lain yang masih tertunggak.

4. Mempunyai visi.

Yakinkan dan ingatkan diri anda bahawa di sebalik pengorbanan yang singkat ini, ianya bakal memberikan keuntungan yang berpanjangan. Bayarlah hutang mana yang patut, supaya anda bebas hutang di kemudian hari.

5. Menjual barang terpakai untuk menambah pendapatan.

Apabila anda membayar hutang, sebahagian daripada pendapatan anda akan berkurangan. Oleh itu, bagi menambah pendapatan anda boleh menjual barangan terpakai yang tidak lagi digunakan. Anda bukan sahaja membantu orang yang memerlukan, bahkan anda juga mendapat keuntungan. Antara laman web yang membuat jual beli barang terpakai adalah Carousell, Mudah.my dan sebagainya.

6. Mengurangkan perbelanjaan kehidupan seharian.

Jika anda masih meneruskan kehidupan seharian yang sama, begitu jugalah nilai hutang anda yang bakal bertambah hari demi hari. Cuba kenalpasti sekali lagi apa itu kehendak dan apa itu keperluan. Kurangkan perbelanjaan dalam senarai kehendak anda. Sedikit sebanyak ini akan mengurangkan perbelanjaan sekaligus anda mempunyai wang yang lebih untuk membayar hutang.

7. Terus belajar dan belajar.

Belajar daripada kesilapan dan jangan menghukum diri anda terlalu teruk. Amalan hutang ini bukan anda seorang sahaja yang sedang menghadapinya. Kesilapan dalam isu kewangan boleh diperbaiki dengan menganalisa corak perbelanjaan dan pendapatan serta mengurus kewangan.

8. Amalkan perasaan bersyukur.

Luangkanlah masa anda dalam aktiviti sukarela dan membantu mereka yang perlukan. Hadirkan rasa bersyukur dalam diri anda, dan anda akan lebih banyak berterima kasih kepada Tuhan dan orang sekeliling.

Kewajipan anda dalam membayar hutang tidak akan hilang dalam sekelip mata, jika anda tidak mula mendisiplinkan diri dan berusaha untuk memperbaiki kehidupan anda. Kuncinya adalah jangan berputus asa. Walaupun ia mengambil masa yang lama dalam membayar hutang, suatu hari nanti pasti akan selesai juga semuanya. Masih belum terlambat untuk bertindak!

Rujukan:

[1] https://www.nst.com.my/news/nation/2017/08/270620/36-million-credit-card-holders-have-rm369-billion-outstanding-balance

[2] https://www.nst.com.my/news/nation/2017/11/302739/bankruptcy-due-excessive-credit-card-usage-among-youth-still-low-finance

[3] http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/09/18/294000-malaysians-bankrupt-says-insolvency-dept-chief/

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend