Anak Jati Penang Menerima Gaji CEO Tertinggi di Amerika Syarikat

Kredit Gambar: CNBC

Menurut analisa yang dilakukan oleh Wall Street Journal, secara puratanya CEO syarikat terbesar di Amerika Syarikat berpendapatan purata sebanyak $12.1 juta pada tahun 2017. Penerima pendapatan tertinggi pula dibayar sehingga $103.2 juta iaitu CEO Broadcom Ltd.

Lebih membanggakan CEO terbabit merupakan Tan Hock Eng 66 tahun yang berasal dari Malaysia. Broadcom tersenarai di pasaran NASDAQ merupakan syarikat dalam industri semikonduktor. Sepanjang tahun 2016-2017 sektor ini berkembang pesat dan saham-saham yang berkaitan turut menerima tempias. Harga saham syarikat pun meningkat naik saban tahun.

Sumber: Google

Gaji asas Tan sebenarnya hanyalah $1.1 juta pada tahun lepas. Sejumlah besar yang menyumbang kepada kenaikan gaji beliau kerana Tan turut mempunyai pegangan saham dalam syarikat sendiri yang mempunyai nilai keseluruhan sebanyak $98.3 juta. Selain itu beliau turut menerima faedah lain seperti bayaran bonus sebanyak $3.7 juta, manfaat pelancongan sebanyak $23234, $16200 untuk faedah persaraan dan $36386 untuk faedah berkaitan kenderaan.

Merupakan Graduan Massachusetts Institute of Technology (MIT)

Tan dibesarkan di Pulau Pinang dan bukan berasal dari keluarga yang senang. Tetapi beliau bernasib baik kerana menerima tawaran biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan kemudian mengambil MBA dari Universiti Harvard.

Setelah itu beliau kembali ke Malaysia dan mula memasuki dunia korporat dengan bekerja di bawah Tan Sri Quek Leng Chan sebagai pengarah urusan di Hume Industries daripada tahun 1983 to 1988 kemudian ke Singapura daripada tahun 1988 ke 1992 untuk bekerja dalam industri dana modal.

Beliau turut dilaporkan pernah memegang jawatan tertinggi kewangan di General Motors dan PepsiCo. Kerjaya beliau dalam sektor teknologi bermula bersama Commodore International Ltd kemudian dilantik sebagai COO bagi Integrated Circuit Sytems Inc. Kemuncak kerjayanya apabila beliau dilantik sebagai CEO bagi Broadcom Ltd.

Seorang Dermawan

Dari sudut keperibadian, Tan dilaporkan seorang jutawan yang cermat dalam berbelanja. Beliau berkahwin dengan Lisa Yang seorang investment banker dan dikurniakan 3 orang anak. Namun dua daripada mereka mempunyai autism. Beliau telah menyumbang lebih $30 juta kepada beberapa badan tertentu bagi membuat kajian saintifik bagi mencari punca dan kaedah rawatan autism.

Pada September 2017, Broadcom mengumumkan untuk memperbesarkan gudang penghantaran barangan antarabangsa mereka yang terletak di Batu Kawan Industrial Park di Pulau Pinang. Projek ini dijangka memberi pulangan RM4 bilion kepada negara dan meyediakan lebih 800 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia di negeri ini.

Sumber Rujukan:

Malaysia pun ramai CEO yang bergaji besar, tengok saja senarai Gaji Pengarah Syarikat Top 30 FBMKLCI.

Gaji Lebih RM1 Juta Sebulan

  1. Pengarah Genting: Tan Sri Lim Kok Thay – RM168,000,000 atau RM14,000,000 sebulan
  2. Pengarah IHH Healthcare: Dr Tan See Leng: RM33,893,000 setahun atau RM2,824,416 sebulan
  3. Pengarah Public Bank: Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow – RM32,048,000 setahun atau RM2,670,666 sebulan
  4. Pengarah IOI: Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng – RM23,149,000 setahun atau RM1,929,083 sebulan
  5. Pengarah YTL (Tidak Dinamakan): RM22,700,000 setahun atau RM1,891,666 sebulan

 

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend