Anda Tidak Perlu Memulakan Perniagaan Sendiri Untuk Bergelar Bilionaire – Steve Ballmer

Mesti ramai daripada kita yang beranggapan bahawa jika seseorang yang ingin menjadi bilionaire atau jutawan, maka kita ‘perlu memulakan perniagaan untuk mencapai matlamat tersebut’. Mitos tersebut telah disangkal oleh seorang bilionaire yang cukup mengagumkan bernama Steve Ballmer.

Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai hidup beliau, jom layan video di bawah yang menggambarkan sedikit sebanyak tentang diri beliau.

Sememangnya apa yang anda tonton adalah benar, beliau merupakan bilionaire yang sangat bersemangat dan berkeyakinan tinggi hingga memberikan aura yang kuat di sekelilingnya bagi merasa keyakinan diri yang sama.

Zaman Remaja

Beliau lahir pada 24 March 1956 di Detroit, Michigan, Amerika Syarikat. Seorang pelajar yang boleh dianggap sebagai Valedictorian (pintar dan bijaksana) semasa berada di alam persekolahan dengan mendapat pencapaian SAT mathematic lebih daripada 800.

Beliau kemudiannya ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke Universiti Harvard. Pada mulanya beliau sangat pemalu dan sangat kurang keyakinan diri, namun semua itu berubah.

Alam Pekerjaan

Pekerjaan pertama beliau ketika menamatkan pembelajaran di Harvard ialah sebagai seorang proctor (pengawal dan pemantau peperiksaan). Namun Bill Gates telah menawarkan beliau untuk menyertai syarikat Microsoft.

Beliau merupakan pekerja yang ke-30 semasa syarikat itu baru ditubuhkan oleh Bill Gates, walaupun tanpa sebarang pengetahuan tentang perisian (software) namun beliau menerima gaji pertama sebanyak $50,000. Beliau berkembang dengan pantas dan pada ketika itu, beliau mendakwa bahawa beliau adalah satu-satunya pekerja Microsoft yang menggunakan tali leher untuk menyaingi syarikat yang lebih besar seperti IBM.

Pada tahun 2000, Bill Gates telah menghadapi dakwaan di mahkamah, maka secara tidak langsung Steve Ballmer telah dilantik untuk menjadi CEO baru Microsoft. Tahukah anda ketika era beliau bergelar sebagai CEO, ada 3 ciptaan Microsoft yang paling penting yang mampu bersaing dengan syarikat gergasi lain?

Ianya adalah Xbox untuk menyaingi Sony dalam permainan video, Bing untuk menyaingi Google dalam pelayar internet, dan Microsoft Surface untuk menyaingi Samsung dan Apple dalam arena tablet.

Pada tahun 2014, beliau telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai CEO Microsoft.

Selepas Microsoft

Selepas menamatkan perkhidmatan sebagai CEO Microsoft, beliau telah melabur duit sebanyak $2 bilion dengan membeli kelab bola keranjang LA Clippers. Kemudiannya pada tahun 2017, beliau telah menubuhkan non-profit organization (NGO) yang beliau gelar sebagai US FACT bagi menderma kekayaan beliau kepada generasi anak muda akan datang.

Dan tahukah anda, Steve Ballmer juga memegang 3 rekod semasa bergelar sebagai seorang bilionaire:

  1. Beliau adalah bilionaire terkaya di dalam ketegori non-founder CEO dengan nilai aset bernilai $41 bilion pada tahun 2018
  2. Beliau adalah pemegang rekod keuntungan tertinggi semasa bergelar CEO di Microsoft, iaitu sebanyak $100 bilion dalam tempoh masa 14 tahun
  3. Beliau merupakan non-founder CEO yang paling lama memegang jawatan CEO di kalangan syarikat-syarikat terbesar di dunia

Oleh kerana Steve Ballmer merupakan seorang yang susah senang bersama dengan Bill Gates, ternyata beliau telah meraih keuntungan yang berlipat kali ganda.

Ada tak kawan-kawan anda yang berniaga dan sedang mengalami fasa kejatuhan? Apa kata anda bantu beliau untuk berjaya, manalah tahu boleh join pula syarikat tersebut dan dapat memajukan lagi bisnes bersama-sama.

Dahagakan lagi cerita-cerita inspirasi? Jemput baca Senarai 9 Orang Terkaya Di Muka Bumi Dalam Industri Teknologi. Memang power orang IT ni sebenarnya.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend