Sebelum Ambil Keputusan Beli iPhone Baru, Cuba Baca Ini

Apa yang boleh dibeli dengan harga iPhone 7 di Malaysia?

Dengarnya iPhone 8 akan sampai Malaysia dalam bulan Oktober atau November 2017.

Obses untuk memiliki jenama terkenal di dunia, di kalangan generasi muda dah macam jadi satu penyakit. Jika anda adalah salah seorang yang gilakan teknologi dan akan sambar apa saja produk terbaru yang dilancarkan oleh Apple, cuba baca artikel ini sampai habis.

Kami tak dengki. Sumpah!

Cuma kami nak anda tahu benda-benda lain yang boleh dibeli dengan harga seperti itu di Malaysia. Kita ambil harga iPhone 7 paling mahal iaitu dalam lingkungan RM4,199. Mengikut pemerhatian kami, berikut merupakan barang-barang yang boleh dibeli dengan jumlah sebesar itu.

Sebagai rujukan:

  • Harga Milo 1kg: RM 19.90
  • Maggi Kari: RM 4.50
  • Air Kacip Fatimah Power Root: RM 2.70
  • Ajinomoto 1kg: RM 11.50
  • Susu Pekat F&N: RM 2.95
  • Air Kotak Dutch Lady 1L: RM 7.35
  • Minyak Masak Saji 5kg: RM 22.79
  • Gula Prai 1kg: RM 2.95

Wow, banyak benda boleh kita beli kan? Boleh beli sehingga 184 botol minyak masak! Stok untuk berapa bulan agaknya tu?

Jangan sia-siakan duit dengan perkara yang tak penting.

Ada beza antara pembaziran dan kemampuan. Pembaziran bermula bila orang yang bergaji bawah dari harga iPhone juga nak beli iPhone. Jika duit nak mencarum Takaful bulan-bulan pun tak lepas, kenapa sibuk nak beli iPhone?

Jangan berbelanja melebihi kemampuan. Ada yang sampai sanggup berhutang disebabkan nak bergaya. Lainlah bagi orang yang incomenya belas ribu sebulan, rumah pun dah beli, simpanan Tabung Haji pun dah berpuluh ribu.

Kalau duit korang memang banyak sampai bank tak sanggup nak simpan silalah beli.

Dari beli iPhone baru, lebih baik pergi kelas atau seminar belajar tingkatkan ekonomi keluarga. Belajar cari sumber pendapatan kedua. Belajar gandakan duit dalam pelaburan yang sah & patuh syariah supaya tak kena tipu dengan skim cepat kaya. Teringat pesan bonda Pak Teh, “Iphone tak dapat beli ilmu. Tapi dengan ilmu, kita dapat beli berpuluh iphone, rumah dan kereta”

Komen

komen