Asalnya Coca-Cola Adalah Ubat Sakit Kepala

Mesti rasa pelik bila baca tajuk di atas ni kan? Inilah fakta yang tak ramai orang tahu sebenarnya. Ada ke yang tak pernah minum air Coca-Cola atau juga dikenali sebagai Coke?

Minuman yang kini terkenal di seluruh dunia ini dahulunya pernah mengalami zaman-zaman suram di awal kemunculannya. Bayangkanlah, dalam tempoh setahun ia hanya terjual lebih kurang 25 botol sahaja.

Minuman ini pada awalnya dicipta oleh seorang ahli farmasi yang bernama John Pemberton atau lebih dikenali sebagai Doc pada tahun 1886. Beliau sebelum ini pernah terlibat dalam Perang Sivil. Setelah perang tamat, beliau ingin mencipta sesuatu yang akan dapat memberikan kejayaan kepadanya dalam bidang komersial.

Sebagai seoarang ahli farmasi, benda pertama yang diciptanya sudah tentulah produk farmaseutikal. Tetapi tiada satu pun hasil ciptaannya ini yang memberikan pulangan yang menguntungkan. Jadi beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke Atlanta. Beliau ingin mencuba nasib dalam bidang pembuatan minuman di sana.

Beliau bekerjasama dengan Frank Robinson. Robinson bertanggungjawab untuk mendaftar paten bagi resipi Coca-Cola, mencipta logo serta slogan untuk minuman ini. Tahun pertama ianya dipasarkan, minuman ini tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Pada tahun 1888, Doc Pemberton pula meninggal. Jadi impiannya ingin melihat kejayaan Coca-Cola tidak tercapai..

Setelah itu, muncul seorang lelaki yang bernama Asa Griggs Candler. Pada tahun 1891, beliau telah menjadi pemilik tunggal kepada jenama ini. Beliaulah yang bertanggungjawab mencipta teknik pemasaran baru bagi Coca-Cola sehingga minuman ini menjadi kegilaan ramai.

Tahu apa yang dilakukan oleh beliau? Beliau telah mengupah jurujual untuk mengedarkan kupon Coca-Cola percuma kepada orang ramai. Matlamatnya ialah supaya lebih ramai orang mencuba minuman ini, menyukainya akhir sekali membeli minuman tersebut. Yang terbaiknya, idea ini berjaya!

Beliau turut melakukan pengiklanan berkesan dengan memastikan logonya terdapat pada kalendar, buku nota, poster, penanda buku dan sebagainya. Beliau mahu jenama ini terkenal bukan sahaja di Atlanta, tetapi juga di seluruh Amerika Syarikat!

Ada satu lagi fakta menarik mengenai minuman ini. Tahukan anda? Di awal kemunculannya, Coca-Cola telah didaftarkan sebagai ubat? Ia didakwa mampu mengubati sakit kepala.

Tetapi semuanya berubah pada tahun 1898 apabila, kerajaan Amerika ingin mengenakan cukai ke atas semua jenis ubat-ubatan. Jadi pihak Coca-Cola ingin menjualnya sebagai minuman sahaja. Tetapi semua ini tidak mudah. Terdapat juga beberapa proses turun naik mahkamah yang panjang.

Jenama terkenal juga pernah alami masa-masa suram mereka. Tetapi sekiranya ada kemahuan serta usaha, semuanya dapat diatasi. Bayangkan, kalau dulu ianya terjual beberapa botol saja sehari, sekarang berapa juta minuman ikonik ini terjual di seluruh dunia?

Sumber Rujukan:

  1. https://www.worldofcoca-cola.com/about-us/coca-cola-history/
  2. http://iml.jou.ufl.edu/projects/spring08/Cantwell/invention.html

Tahukah anda syarikat Coca-Cola ini merupakan syarikat yang tersenarai di pasaran saham Amerika Syarikat? Dan saham Coca-Cola ini patuh Syariah? Kini ada Cara Mudah Dan Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global Guna Aplikasi Telefon Pintar.

Cuba teka, Beli Saham Coca-Cola atau Pepsi 10 Tahun Lepas, Mana Lebih Untung?

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend