Bagaimana Cara Untuk Tukar $100 Kepada $1 Juta Menurut 9 Usahawan Terkenal Dunia

Untuk menjadi seorang jutawan bukanlah perkara mudah, apatah lagi dengan berbekalkan $100 untuk dibuat modal perniagaan. Dengan kewangan sebanyak itu, tidak mustahil untuk seseorang menjadi jutawan jika strategi dan tindakan yang betul digunapakai.

Hari ini kita akan belajar bagaimana untuk mengubah duit sebanyak $100 akan menjadi $1 juta dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada 9 orang jutawan yang berjaya dan bermula dari bawah.

Jutawan ini merupakan jutawan yang membuat kekayaan melalui hasil titik peluh mereka sendiri dengan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan sebelum mereka berjaya, dan menjadi inspirasi kepada seluruh usahawan di dunia.

Jom kita sama-sama dengarkan cadangan dan idea yang dikemukakan mereka jika mereka mempunyai $100  dan bagaimana mereka boleh kembangkannya menjadi $1 juta.

1. Bethenny Frankel

Bethenny merupakan salah seorang selebriti dan juga juga seorang ahli perniagaan wanita yang sangat berjaya. Beliau dipercayai mempunyai kekayaan sebanyak $100 juta.

Dia yang mempunyai rangkaian perniagaan makanan bagi mereka yang ingin berdiet dengan betul. Dia yang pernah memasuki rancangan The Apprentice dan juga rancangan masakan bersama Martha Stewart.

Jika dia diberi $100, Bethenny akan melabur dalam pendidikan. Dia akan mencari rakan yang lain untuk membuat pelaburan bersama sehingga berjaya mendapat sejumlah wang yang besar. Kemudian, dia akan menggunakan wang tersebut untuk melabur dalam bidang yang dia tahu dan mempunyai visi jangka panjang dalam pelaburan tersebut.

Kita perlu melabur apa yang kita tahu dan suka, kerana benda yang kita minat itu boleh mendatangkan hasil yang lumayan kepada kita. Sekiranya benda itu tidak mendatangkan hasil, kita tidak akan kecewa kerana kita melabur kepada sesuatu yang kita minat.

2. Gary Vaynerchuk

Imigran yang berasal dari Belarus ini datang ke New York City pada tahun 1970-an. Dia yang merupakan anak yang mempunyai 8 orang adik beradik dan dari keluarga yang miskin. Dia yang berjaya mengembangkan perniagaan milik keluarganya iaitu menjual wine dari nilai $3 juta kepada $60 juta dalam masa beberapa tahun dengan strategi yang betul.

Jika Gary diberi $100, dia akan membuat atau menjual barang yang berada di dalam garaj rumahnya dan diletakan di dalam eBay. Cari barang yang mana mendapat sambutan orang ramai seperti action figure dan dijual melalui eBay tanpa menggunakan sebarang modal.

Mungkin jualan di eBay tidak akan menjadikan seseorang itu jutawan tetapi paling kurang jika dibuat dengan betul kita akan mendapat pulangan sebanyak $100 ribu dalam masa beberapa tahun.

Dengan $100 ribu ini, ia akan memudahkan kita menggandakan kewangan kita kepada $1 juta.

3. Grant Cardone

Grant Cardone merupakan seorang jurulatih jualan yang mengajar orang ramai tentang jualan. Dia mempunyai perniagaan Real Estate yang bernilai hampir $800 juta dolar. Dia juga merupakan seorang best-seller untuk jualan beberapa jenis buku terutamanya dalam bidang sales.

Teknik yang digunakan untuk jualan yang paling popular digunakan oleh Grant Cardone  adalah melalui cold calling, yang mana menelefon prospek dan menjadikan mereka sebagai pelanggan.

Jika dia diberi $100, dia akan melaburkan duit $100 itu dengan membeli audio book  untuk memperkayakan diri dengan ilmu. Menurutnya lagi, jika seseorang itu mahu berjaya, beliau perlu melabur kepada dirinya sendiri dahulu sebelum melabur dalam mana-mana institusi pelaburan.

Bagi Grant, melabur dalam diri sendiri adalah sesuatu yang tidak rugi kerana ia akan meningkatkan keupayaan kita untuk bersaing dalam mana-mana bidang yang kita ceburi.

4. Dan Lok

Dan Lok merupakan seorang usahawan yang berasal dari Hong Kong dan menetap di Kanada. Dia merupakan seorang penulis buku dan penceramah tentang keusahawanan yang berjaya. Semasa kecil keluarganya telah berpindah dari Hong Kong ke Kanada untuk mencari kehidupan baru.

Pada zaman remajanya, Dan selalu menjadi mangsa buli di sekolah kerana dia merupakan salah seorang keturunan Cina yang berada di sekolah tersebut. Ketika berusia 16 tahun, ibu bapanya telah bercerai dan bapanya telah diisytiharkan muflis.

Pada ketika itulah, dia menyedari yang dia perlu membuat sesuatu dalam hidupnya untuk membantu kewangan kedua ibu bapanya. Dia yang mengalami jatuh bangun dalam perniagaan sehingga kini dia telah berjaya menjadi seorang pakar dalam bidang keusahawanan dan terkenal di media sosial.

Menurut Dan Lok, jika diberi $100 dia akan menggunakan wang tersebut untuk belajar kemahiran yang  tinggi nilainya seperti belajar membuat iklan, membuat marketing atau membuat copywriting yang mana kemahiran ini membolehkan kita menggandakan kewangan kita sehingga $10 ribu atau lebih jika dibuat dengan betul.

Dengan membuat benda ini kita telah melatih diri kita untuk belajar kemahiran yang tinggi dan kita dapat menjana kewangan yang kukuh melalui kemahiran yang kita buat ini. Jika kita buat benda ini setiap hari, maka kemahiran itu akan menguasai diri kita dan kita akan berjaya menjadi seorang jutawan dengan berbekalkan kemahiran yang tinggi ini.

5. Bryce Welker

Dia merupakan seorang akauntan yang bertauliah dia yang mana telah berhenti bekerja sebagai akauntan untuk menulis e-book CPA bagi meudahkan mereka yang ingin mengambil peperiksaan untuk menjadi seorang akauntan yang bertauliah. Dia mendapat idea ini ketika berada di Thailand yang mana pada masa dia telah berhenti bekerja sebagai seorang akauntan.

Dia yang berhenti bekerja kerana menyedari menjadi akauntan adalah tidak selari dengan kemahuan yang berada dalam dirinya sendiri. Dia telah membuat e-book ini dan menjualnya secara dalam talian. E-book ini boleh membantu mana-mana calon yang hendak mengambil kursus dalam bidang akauntan, sebelum mereka memasuki peperiksaan yang sebenar.

Dia yang dapat merubah kehidupannya melalui penulisan e-book sehingga berjaya menjual e-booknya itu dengan mencecah jualan sebanyak $2 juta dan menjadi jutawan disebabkan penjualan e-book.

Jika diberi $100, Bryce akan mengupah pereka grafik untuk merekabentuk muka buku bagi menarik perhatian para pembaca. Dengan reka bentuk yang menarik, buku-buku yang cantik dapat mempengaruhi para pembaca untuk memiliki dan mengetahui isi kandungan sesebuah buku itu.

Pendapatan melalui penjualan e-book boleh dikira sebagai pendapatan yang pasif yang mana kita hanya perlu buat benda itu sekali sahaja dan duit akan bekerja untuk kita.

6. Moran Pober

Dia merupakan salah seorang bekas tentera yang berkhidmat untuk Negara Israel. Dia banyak menjadi mengalami jatuh bangun dalam pelbagai perniagaan termasuk membina aplikasi untuk Syarikat Apple dan Google.

Dia mendapat duit dari membina aplikasi daripada kedua syarikat tersebut tetapi tidak bertahan lama, kerana kedua syarikat tersebut telah menaik taraf sistem mereka yang menyebabkan aplikasi yang dibangunkan oleh Moran tidak dapat berfungsi dengan baik.

Jika diberi peluang untuk menggunakan wang sebanyak $100 untuk digandakan menjadi $1 juta, dia akan mencari usahawan yang sanggup melepaskan perniagaan mereka untuk diuruskannya. Dia yang akan mengambil periagaan tersebut dan mengembangkan lagi perniagaan yang diasakan oleh usahawan tersebut.

Untuk mendapat peluang seperti ini, kita perlu membina kepercayaan yang tinggi terhadap usahawan tersebut. Ramai usahawan yang lahir di antara tahun 1960-an dan 1970-an ingin mencari sesiapa yang sanggup untuk meneruskan legasi perniagaan mereka.

Kita tidak memerlukan modal yang besar untuk mendapat peluang seperti ini, tetapi kita perlulah jujur dan dengan diri kita sendiri supaya orang lain akan mempercayai kemapuan diri kita.

7. Torben Platzer

Torben merupakan salah seorang usahawan yang berasal dari Jerman yang berusia 32 tahun. Semasa kecil tidak suka belajar dan asyik bermain dengan permainan komputer sahaja. Dia yang menyedari dia tidak boleh berkeadaan demikian kerana tidak memberi manafaat kepada dirinya dan masyarakat.

Dia yang mula berubah ketika usia remaja dengan menjual pil suplemen bagi memudahkan orang ramai berdiet. Dia yang menjual pil suplemen tersebut tanpa dibimbing oleh seorang Mentor.

Beliau hanya try and error sahaja dalam perniagaan tersebut. Perniagaan tersebut telah memberinya inspirasi untuk terus berjaya dalam dunia perniagaan.

Jika diberi $100, beliau akan membuat Facebook Ads untuk personal branding kerana personal branding dapat memberi kelebihan kepada perniagaan yang dilakukan oleh kita. Personal branding membuat perniagaan kita nampak unik berbanding dengan pesaing kita.

Kita boleh menjual pelbagai jenis barangan dengan menguasai personal branding. Pada zaman sekarang media sosial memainkan peranan penting untuk kita membuat personal branding dan benda itu dapat dilakukan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.

8. Matt Clark

Dia merupakan salah seorang jurulatih keusahawanan yang sangat popular di Amerika Syarikat. Dia yang mendapat anugerah pada tahun 2015 kerana berjaya mengendalikan tiga buah syarikat yang bertaraf tujuh angka. Dia yang mengemudi syarikat yang bernama Amazing.com, yang menggunakan platform Amazon untuk menjana duit.

Jika diberi $100, Matt akan mengunakan duit itu dengan membeli buku Ilmiah berkaitan dengan penjualan dalam talian. Seterusnya dia akan mencari produk yang terdapat dalam platform Alibaba untuk dijual kepada produk menggunakan platform Amazon dengan mengambil keuntungan sebanyak 10% hingga 30%.

Melalui platform Amazon, kita boleh belajar barangan yang disukai orang ramai dan barangan manakah yang tak disukai dengan menggunakan undian yang terdapat di dalam platform Amazon. Kita hanya perlu menjual barangan orang yang suka kerana itu akan memberi pulangan yang lebih lumayan kepada diri kita sendiri.

Menjual dalam talian juga memberi keuntungan kepada kita kerana ia mudah dan murah.

9. Rudy Mawer

Dia merupakan warganegara Britain yang menetap di Amerika Syarikat. Kedua ibu bapanya merupakan atlet yang bertanding dalam sukan Olimpik. Dia yang mempunyai kepakaran dalam bidang marketing funnel dan juga copywriting berdasarkan Facebook Ads.

Sejak kecil lagi dia telah didedahkan dengan kejayaan kedua ibu bapanya kerana untuk menjadi seorang atlet yang berjaya dalam Olimpik perlu disiplin yang tinggi untuk mengejar cita-cita tersebut.

Jika diberi $100, Rudy akan belajar cara untuk berkomunikasi dengan baik dan cuba untuk membuat bidang tersebut menjadi satu kemahiran baginya dan mengadakan kelas untuk kejurulatihan. Untuk berjaya dalam bidang kejurulatihan ia tidak memerlukan kos yang tinggi tetapi perlukan lebihan masa untuk berlatih supaya dapat memahirkan diri dan lebih nampak profesional di kalayak ramai.

Motivasi sebenarnya adalah kelas yang amat popular kerana kebanyakan daripada kita memerlukan motivasi untuk berjaya dalam hidup

Sumber Rujukan:

  1. https://www.cnbc.com/2019/08/30/how-to-turn-100-into-1-million-according-to-self-made-millionaires.html
  2. https://www.businessinsider.my/bethenny-frankel-net-worth-career-2018-8/?r=US&IR=T
  3. https://www.goalcast.com/2018/11/26/entrepreneur-dan-lok/
  4. https://growtheverywhere.com/wp-content/uploads/2016/12/How-Bryce-Welker-Brings-In-2M-Annual-Revenues-Over-200k-Visits_Mo-Through-SEO.pdf
  5. https://www.entrepreneur.com/article/337240
  6. https://www.entrepreneur.com/article/334813

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend