Bergelar Fresh Graduate Bukan Penghalang Buat Duit Lebat

Tahniah buat fresh grad yang telah selesai konvokesyen.
Selamat melangkah ke “dunia sebenar” yang penuh pancaroba.

Cukuplah 20 tahun lebih anda susahkan ibu bapa, dah sampai masanya untuk berdikari.

Realiti sekarang kebanyakan fresh grad susah nak dapat kerja disebabkan tawaran pekerjaan yang berkurangan serta permintaan gaji yang tidak munasabah.

Jika anda tergolong di dalam fresh grad yang belum mempunyai rezeki untuk bekerja makan gaji, jangan risau. Banyak lagi benda yang boleh dibuat untuk menghasilkan pendapatan.

3 Pekerjaan Sesuai Untuk Fresh Grad Bagi Memperoleh Pendapatan Lumayan

#1. Pemandu Uber / Grab

Rasa-rasa masih ada lagi tak orang yang tidak kenal dengan perkhidmatan Uber atau Grab ini? Maklumlah liputan serta promosi perkhidmatan ini tersangatlah luas.

Apa kata anda memohon untuk menjadi pemandu Uber atau Grab ini?

Kalau dulu orang ramai memandang rendah kepada pemandu teksi, tetapi dengan adanya perkhidmatan Uber atau Grab persepsi itu telah berubah sama sekali. Ramai juga bangga dengan pendapatan lumayan yang diperolehi, walaupun sekadar bekerja part-time setiap hari. Ada yang dapat sehingga RM3,000 sebulan, jadi bayangkan kalau anda buat secara sepenuh masa, pasti lebih banyak lagi yang anda boleh perolehi.

Semakin ramai orang memilih untuk tidak membawa kereta ke tempat kerja, jadi dijangkakan permintaan untuk perkhidmatan ini akan semakin bertambah. Kiranya, potensi besar juga jika pilih untuk menjadi pemandu Uber atau Grab.

#2. Perunding Kewangan

Bila sebut saja Perunding Kewangan atau pun Financial Consultant, pasti ramai yang menjauhkan diri. Tapi ramai yang tidak tahu, bahawa pekerjaan sebagai Perunding Kewangan ini boleh menghasilkan komisyen yang tinggi.

Masa dan waktu bekerja juga adalah fleksibel. Tidak terikat dengan waktu pejabat, tidak terikat dengan punch-in dan punch-out sebab akan habis banyak masa di luar.

Anda boleh jadi seorang ejen takaful atau unit trust. Mulalah dengan mendekati rakan-rakan sebaya atau ahli keluarga terlebih dahulu. Bila dah nampak duit komisyen masuk depan mata, barulah cuba approach orang yang tidak dikenali pula. Baca juga 2 artikel di bawah ini.

Mana Lagi Best, Jadi Ejen Takaful Atau Unit Trust?

Ikuti Kisah Ieza Yusof, Dari Gaji RM1,200 Sebulan ke Multi-Millionaire

#3. Bisnes Atas Talian (Online Business)

Memang tidak dinafikan, kini ramai yang memilih untuk berniaga secara online. Ini kerana trend orang kita yang lebih suka untuk membeli secara online.

Kalau tak ada modal dan tak mahu ambil risiko yang tinggi dengan menyimpan stok, boleh cuba-cuba dulu dengan menjadi dropship kepada produk yang sedang top. Dengan cara ini, anda hanya perlu membuat promosi produk syarikat tersebut. Hasilnya, anda akan memperolehi komisyen bagi setiap jualan dan pastinya lebih banyak lagi sekiranya mendapat sambutan yang hangat daripada pembeli.

Mengikut pengamatan kami 4 produk yang laku keras di laman sosial adalah :

  1. Pakaian / Aksesori wanita
  2. Makanan tambahan kesihatan
  3. Produk kecantikan wanita
  4. Buku atau ebook berinformasi

Dah ada modal sedikit, boleh cuba borong barang daripada China pula.

“Hmmm… Kena menjual ya? Ada tak yang tak payah jual-jual barang ni?”

“Ada…”

Jika berbakat menulis (copywriting) atau graphic design boleh cuba menjual kemahiran ini di internet. Jika menguasai Bahasa Inggeris dengan baik adalah satu kelebihan. Banyak syarikat luar negara atau dalam negara yang memerlukan khidmat ini. Jika rasa nak terima upah yang lebih lumayan dalam USD boleh iklankan khidmat anda di www.fiver.com atau www.freelancer.com

Rezeki Tidak Datang Bergolek

Tanpa usaha, pasti rezeki tidak akan datang dengan mudah. Dah usaha bersungguh-sungguh, kemudian barulah kita tawakal dengan Allah agar dikurniakan rezeki setimpal dengan usaha.

Tiada alasan sekiranya anda masih belum dapat kerja, tetapi tidak pula berusaha untuk memperoleh pendapatan dengan cara lain. Rezeki Allah di muka bumi ini amatlah luas, cuma perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend