Berkenalan Dengan Putera Yang Digelar Warren Buffett Arab Saudi

Baru-baru ini nama Putera Talal Al-Waleed kembali hangat diperkatakan berikutan dengan siasatan oleh kerajaan Arab Saudi tentang kes rasuah membabitkan kerabat diraja dan juga mereka yang berpangkat dalam kerajaan. Di antara tuduhan yang diterima adalah penggubahan wang haram, rasuah dan juga memeras ugut pegawai kerajaan. Sekarang kita abaikan dahulu tentang siasatan tersebut.

Tahukah anda? Beliau merupakan antara orang terkaya di dunia dengan jumlah kekayaan sekitar $27 billion US Dolar! Dan kekayaan ini bukanlah daripada statusnya sebagai kerabat kerajaan yang kaya dengan minyak, tetapi daripada pelaburan yang dilakukan selama ini.

Dilahirkan pada 7 March 1955 di Jeddah, beliau tidak bergantung sepenuhnya pada kekayaan keluarga. Selepas menamatkan pengajian dari Kolej Menlo, California, beliau terus menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Beliau telah menubuhkan syarikat pembinaan dan juga hartanah di Arab Saudi.

Namun kejayaan terbesarnya adalah dalam bidang pelaburan apabila beliau mengambil risiko dengan melabur ke atas syarikat-syarikat dari Amerika yang sedang bergelut dengan masalah contohnya seperti Citicorp. Dan pelaburan ini memberikan pulangan yang berlipat kali ganda kepada beliau.

Beliau juga merupakan pemegang saham kedua terbesar dalam syarikat 21st Century Fox. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pemilik hotel lima bintang Four Season di Paris. Beliau juga turut melabur dalam syaikat-syarikat besar lain seperti Apple, Motorola dan sebagainya. Itu baru sebahagian sahaja. Jadi rangkaian pelaburannya tidak terhad di dalam satu cabang sahaja.

Kehandalannya dalam bidang pelaburan telah membuatkan beliau mendapat gelaran Warren Buffett Arab Saudi. Dalam satu wawancara, beliau pernah mengatakan bahawa beliau tidak pandai berniaga. Jadi beliau mengambil keputusan untuk melabur dalam syarikat sedia ada.

Pemilik kepada Syarikat Kingdom Holding ini tidak pernah jemu untuk melabur. Dan kebanyakan pelaburannya ini memberi pulangan yang lumayan. Ini membuktikan bukan sahaja orang barat sahaja yang bijak melabur. Orang Islam juga pandai melabur.

Semoga kisah kejayaan Putera Talal ini dapat dijadikan inspirasi kepada para pelabur diluar sana untuk menjadi lebih berjaya. Mungkin kejayaannya ini dibantu dengan statusnya sebagai putera raja yang mempunyai duit, tetapi ini tak bermakna kita juga tak mampu berjaya seperti beliau!

Sumber Rujukan: Wikipedia

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend