Bermodalkan RM20 Ribu Sehingga Jadi RM1 Bilion

Kejap, boleh ke RM20,000 dikembangkan menjadi RM1,000,000,000 (1 Bilion)? Macam tak percaya je? Ini mesti scam ni!

Bawa bertenang, izinkan kami berkongsi cerita bagaimana seorang usahawan berjaya membawa syarikat beliau yang dahulunya dibangunkan oleh 3 orang sahaja, sehingga menempa nama yang besar di persada tanah air.

Ayuh Kita Berkenalan Dengan Datuk Samsul Husin

Sumber: Laman Web DNeX

Kisah perjalanan Datuk Samsul di dalam perniagaan sebenarnya bermula sejak beliau masih kecil lagi. Pada usia muda, beliau telah pun membantu ayah beliau yang merupakan seorang peniaga kecil di kampung halamannya di Kampung Sungai Buah di Dengkil, Selangor.

Beliau yang dahulunya merupakan seorang pensyarah di UiTM, kemudiannya memasuki dunia pelaburan saham dengan menjadi seorang remisier pada tahun 1998. Kemudian beliau telah ‘upgrade’ kepada seorang Certified Financial Planner pada tahun 2005.

Pada tahun 2007, beliau telah menyertai Century Software dan mengetuai pembangunan dan transformasi syarikat sehingga disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2011.

Tidak cukup dengan itu, Datuk Samsul kemudiannya membeli pegangan DNex daripada Khazanah Nasional pada tahun 2013. Dalam masa tiga tahun saja, beliau telah membawa arus perubahan di dalam DNex – daripada syarikat yang rugi kepada syarikat kaya dengan wang ringgit.

Datuk Samsul kini merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif syarikat Dagang NeXchange Berhad (DNeX) yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Beliau adalah seorang Chartered Accountant dan Certified Financial Planner.

Merupakan Tokoh Bumiputera Yang Terima Anugerah BDREF Champions

Pada tahun lepas, The Bumiputera Dealer Representatives Education Fund (BDREF) telah mengadakan majlis pelancaran ‘BDREF Handbook 2017′ sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-22 Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) di Royale Chulan Hotel. Turut hadir adalah Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Wira Othman Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajudin Atan dan Presiden Pribumi, Md. Hasrin Md. Hassim.

Semasa majlis tersebut, Datuk Samsul merupakan salah seorang daripada 3 tokoh bumiputera yang menerima anugerah BDREF Champions. Turut menerima anugerah tersebut adalah Tuan Haji Mohd Asri dan Tuan Nazarry Rosli.

Boleh baca selanjutnya di 3 Tokoh Bumiputera Terima Anugerah BDREF Champions.

Tips Bagaimana Nak Bawa Syarikat Berpotensi Ke Bursa Malaysia

Pada Simposium Saham Syariah (SSS) 2018 yang berlangsung pada awal November lalu, beliau turut berkongsi tips bagi mereka yang kini mempunyai syarikat Sendirian Berhad, dan ingin menjadikan syarikat tersebut tersenarai di Bursa Malaysia pula:

1. Menggilap Nilai / Enhancing Value

2. Menambah Nilai / Growing Value

3. Keusahawanan

Di antara ilmu yang perlu ada:

  • Pengalaman untuk menjadi usahawan
  • Beliau mula berniaga sejak kecil dengan meningkatkan skill negotiation
  • Menjual sewaktu high demand dalam pasaran
  • Dalam setiap jualan yang dilakukan, beliau akan pastikan dapat kembali ROI
  • Melalui perniagaan juga dapat belajar cara membuat akaun. Dari situ beliau tahu untung dan rugi dan cara pengiraan.

4. Keazaman dan Kecekalan

  • Untuk pastikan kita dapat capai apa yang kita nak
  • Pastikan ada cerita yang baik dan menarik untuk syarikat disenarikan di Bursa Malaysia
  • Pergi ke roadshow dan bagi talk tentang syarikat. Ini kerana pelabur lebih berminat dan yakin jika berjumpa dengan pengasas syarikat.

5. Together Beyond Excellence

  • Teamwork sangat penting
  • Leader juga perlu work as a team
  • Setiap orang memainkan peranan penting masing-masing

6. Belief System

  • Sentiasa sabar dan syukur
  • Akan menjadikan seseorang lebih reda

7. Believe

  • Yakin dengan diri sendiri

Kena Kaya Supaya Boleh Bantu Ramai Orang Susah

Sudah menjadi lumrah kehidupan, akan ada orang susah dan akan ada orang senang. Dan menjadi tanggungjawab kita untuk menjadi kaya, supaya kita dapat membantu mereka yang sedang susah ni.

Contohi syarikat DNeX ini, apabila mampu Derma RM700,000 Untuk Mangsa Palu. Kalau kita takde duit, bagaimana mungkin kita dapat menyumbangkan duit sebanyak itu? Bukankah tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima?

Kami di MajalahLabur.com amat bertuah kerana dapat menemubual Datuk Samsul Husin pada SSS 2018 yang lalu.

Kami doakan agar beliau dikurniakan kesihatan dan terus-menerus berjuang demi memartabatkan dunia pelaburan saham di Malaysia.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend