Bermula Dengan Pinjaman $1500, Kini Empayar Perniagaan Bernilai 5 Bilion Dolar

Siapa yang tidak kenal dengan jenama fesyen Dolce&Gabbana? Jenama besar dalam dunia fesyen ini telah mengeluarkan pelbagai produk yang digilai golongan muda terutamanya, seperti aksesori, pakaian, minyak wangi dan sebagainya. Duo-fasyen ini mempunyai kisah mereka yang tersendiri tentang bagaimana jenama ini bermula.

Daripada Latar Belakang Yang Berbeza

Dua orang pengasas ini mempunyai latar belakang yang berbeza. Domenico Dolce berasal dari Sicily dan dilahirkan dalam keluarga yang berada dalam bidang fesyen. Bapanya seorang tukang jahit, manakala ibunya pula menjual fabrik dan pakaian. Jadi tidak hairanlah jika beliau mempunyai minat yang mendalam tentang dunia fesyen.

Berbeza pula bagi Stefano Gabbana yang dilahirkan di Milan. Ibunya merupakan pekerja kedai dobi dan bapanya bekerja dikilang percetakan. Beliau mula berminat dalam dunia fesyen ketika berusia 15 tahun.

Tetapi Banyak Persamaan

Mereka pertama kali bertemu di sebuah kelab malam. Dari situ mereka mendapati bahawa mereka mempunyai minat serta idola yang sama dalam dunia fesyen. Lebih menarik lagi apabila mereka menyedari yang mereka berdua bekerja dengan pereka yang sama di Milan.

Pada tahun 1982, mereka berdua mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menubuhkan studio rekaan mereka sendiri. Walaupun dapat banyak tawaran lain yang menarik, tetapi mereka memilih untuk bekerja sendiri dan melakukan rekaan freelance bagi pihak lain. 3 tahun selepas itu, jenama mereka Dolce & Gabbana mula diperkenalkan.

Mula Dengan Modal $1,500 Yang Dipinjam

Semua ini dilakukan dengan pinjaman sebanyak $1,500 USD dari rakan-rakan mereka. Lebih menarik lagi, model mereka terdiri daripada kalangan rakan-rakan perempuan mereka sendiri. Keunikan rekaan Dolce & Gabbana ini telah menarik minat syarikat Browns dan Harvey Nicholls untuk memasarkan pakaian mereka.

Sejak daripada itu, mereka tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Keberanian mereka dalam bereksperimen demi menghasilkan rekaan yang menarik, telah membuatkan nama mereka meniti di bibir peminat fesyen. Pada tahun 1989, mereka telah membuka butik Dolce & Gabbana yang pertama.

Tahukah anda di mana terletaknya butik tersebut? Ianya berada di Tokyo!

Dolce dan Gabbana tidak hanya fokus dalam rekaan produk semata-mata, tetapi turut terlibat secara aktif dalam memantau aktiviti pemasaran, jualan, pengiklanan dan sebagainya. Ini bermakna mereka tidak melepaskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut kepada orang lain.

Setelah lebih daripada 30 tahun, jenama mereka ini semakin gah di pasaran antarabangsa. Mereka juga memiliki peminat tersendiri di kalangan artis mahu pun orang biasa.

Kini Menjadi Bilionair

Dianggarkan jumlah kekayaan mereka berdua melebihi $5 billion USD. Ini sekaligus menjadikan mereka menjadi di antara lelaki terkaya di Itali!

Inilah yang dikatakan ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Kepuasan yang mereka rasakan bukan sahaja dari segi kekayaan, tetapi apabila melihat jenama yang mereka bangunkan dengan kepayahan, kini berdiri kukuh di pasaran.

Sumber Rujukan:

  1. https://fragrances.bg/blog/en/noses/the-story-of-dolce-gabbana/
  2. Dolce and Gabbana Success Story
  3. Dolce & Gabbana: Daripada Modal Pinjaman Sebanyak 1,500 Dolar Jadi Syarikat Bernilai ‘Billion’

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend