Bernard Arnault, Manusia Ketiga Yang Mempunyai Kekayaan Lebih $100 Bilion

Bernard Arnault merupakan orang ketiga di dunia yang telah menyertai Jeff Bezos dan Bill Gates dengan nilai harta kekayaan melebihi tanda aras $100 bilion. Harta kekayaanya telah mencecah $100 bilion pada bulan lepas.

Sebagai perbandingan,Jeff Bezos yang menduduki takhta sebagai manusia pertama yang mencapai nilai kekayaan $100 bilion pada November 2017 dan dikuti dengan Bill Gates pada tahun 2018.

Nasib malang bagi Jeff Bezos pada tahun ini apabila penceraian dengan isterinya telah  mengurangkan nilai kekayanya sebanyak $40 bilion.

Sebelum menjadi usahawan dalam bidang pengeluaran barangan mewah, Bernard merupakan seorang usahawan di dalam bidang hartanah.

Kini, Bernard merupakan seorang taikun terbesar di dalam perniagaan barangan mewah dunia. Beliau membina empayar kekayaan daripada perniagaan syarikat mewah yang terkenal di dunia iaitu Louis Vuitton.

Asal-Usul Bernard Arnault

Bernard merupakan graduan Universiti École Polytechnique di dalam bidang kejuruteraan. Universiti tersebut merupakan di antara universiti terbaik di Perancis, dengan beberapa bekas pelajar yang pernah memenangi Hadiah Nobel seramai tiga orang, dan juga pernah menjadi Presiden Perancis juga seramai tiga orang.

Pada pertengahan dekad 1980-an, Bernard telah membeli sebuah syarikat tekstil yang bernama Boussac Saint-Frères yang telah bangkrap. Melalui pembelian syarikat ini, beliau secara tidak langsung telah memiliki syarikat Christian Dior kerana syarikat ini merupakan anak syarikat Boussac Saint-Frères. Beliau telah membeli syarikat ini dengan harga $15 juta menggunakan duitnya sendiri.

Statistik kekayaan yang dimiliki oleh Bernard dari tahun ke tahun yang dikeluarkan oleh majalah Forbes.

Pada tahun 1987, beliau mula membeli saham Syarikat Louis Vuitton. Bernard yang mempunyai pegangan saham Louis Vutton sebanyak 40% melalui Syarikat Christian Dior, yang juga merupakan syarikat yang dimiliki Louis Vutton.

Bernard yang memiliki hampir keseluruhan Syarikat Christian Dior dengan pegangan sebanyak 96.5% saham di dalam syarikat tersebut.

Saham Louis Vuitton yang naik secara drastik tahun ini disebabkan dasar cukai yang diperkenalkan oleh Negara China

Louis Vuitton merupakan syarikat terbesar di dunia dalam mengeluarkan barangan mewah seperti beg tangan, kasut dan bermacam-macma lagi untuk golongan berada. Bernard yang mempunyai hampir 70 buah syarikat di bawah pengurusan syarikatnya seperti Berluti, Céline, Charles & Keith, Dior, Emilio Pucci, Fendi, Fenty, Givenchy, Kenzo, Loewe, Loro Piana, Marc Jacobs, Moynat, Nicholas, Kirkwood, Rimowa,Thomas, Pink, Bvlgari, Chaumet, Fred, Hublot, TAG Heuer dan Zenith.

Pada tahun lepas sahaja, syarikat telah menjana keuntungan sebanyak $53 bilion USD.

Tidak seperti syarikat teknologi tinggi seperti Amazon, Microsoft, Apple, Facebook dan yang lain-lain, di mana harga saham syarikat tersebut boleh naik dan turun dengan begitu pantas sekali berdasarkan rumours. Kebangkitan ouis Vuitton dalam industri fesyen ini adalah disebabkan oleh permintaan yang sangat tinggi dari rakyat Negara China yang menyumbang kepada kenaikan harga saham syarikat Louis Vuitton secara mendadak.

Seperti yang kita sedia maklum, perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat masih lagi tidak berkesudahan. Untuk menambah kuasa beli rakyat China terhadap barangan luar, kerajaan China telah menghapuskan cukai barangan mewah untuk Negara Eropah.

Dengan penghapusan kadar cukai ini, rakyat Negara China dapat membeli barangan mewah dengan harga yang murah. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi Negara China yang semakin hari semakin berkembang dengan pesat, menyebabkan rakyat negara tersebut mampu berbelanja dengan dengan jumlah kuantiti yang besar.

Juga Seorang Dermawan

Dengan kekayaan yang dimiliki, Bernard juga merupakan seorang bilionaire yang dermawan. Beliau telah menderma sebanyak $226  juta untuk memulihkan Notre Dame Cathedral yang merupakan gereja bersejarah Negara Perancis yang rentung dijilat api pada tahun ini.

Dengan kekayaan melebihi $100 bilion, Bernard Arnault telah mewakili GDP Negara Perancis sebanyak 3%. Tahun ini sahaja saham Syarikat Louis Vuitton telah naik sebanyak 43%, dan jika ianya berterusan – nilai kekayaan Bernard juga akan turut naik.

Sumber Rujukan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend