Tahu Tak Beza Orang Kaya Dengan Orang Miskin Bukannya Duit?

Masyarakat telah mengelaskan kita semua kepada golongan kaya dan miskin. Jika dilihat di antara kedua-dua kumpulan ini, perbezaan yang paling ketara adalah berapa jumlah wang yang mereka ada.

Sebenarnya, perbezaan sebenar di antara orang kaya dan orang miskin BUKAN terletak kepada pendapatan bulanan mereka.

Membandingkan duit dalam akaun bank seseorang adalah persepsi yang salah tetapi sering dijaja sana sini.

Kerana realitinya jumlah wang yang dimiliki seseorang adalah hasil daripada mindset dan tindakan seseorang. Disitulah terletaknya perbezaan sebenar!

Selain daripada golongan miskin dan kaya, juga terdapat golongan pertengahan. Bahasa jawanya middle class. Apakah pula bezanya? Kenapa pula sesetengah orang berjaya keluar daripada kemiskinan tetapi sangkut pula di tengah-tengah? Kenapa mereka tak teruskan perjalanan untuk menjadi kaya?

9 Perbezaan Orang Kaya, Pertengahan dan Miskin

1. Matlamat dan Gaya Hidup

  • Miskin: Nak teruskan hidup (survive), berfikir dari sehari ke sehari, kais pagi makan pagi.
  • Pertengahan: Nak selesa, berfikir dari gaji bulanan ke gaji bulanan seterusnya.
  • Kaya: Nak bebas kewangan, berfikir dari setahun ke setahun dan lebih jauh lagi.

2. Perbelanjaan dan Hutang

  • Miskin: Bayar guna wang tunai atau berhutang.
  • Pertengahan: Bayar guna kad kredit dan buat hutang baru sebaik sahaja satu hutang selesai.
  • Kaya : Bayar guna kad kredit tetapi buat bayaran penuh, tahu bagaimana manfaatkan hutang.

3. Pemikiran dan Perbualan

  • Miskin: Sibuk berborak tentang orang lain, orang lain dan orang lain.
  • Pertengahan: Sibuk berborak tentang perkara materialistik.
  • Kaya: Sibuk berborak tentang idea-idea baru.

4. Sikap Terhadap Pekerjaan dan Mindset

  • Miskin & Pertengahan: Bekerja ala kadar, kurang mengambil risiko.
  • Kaya: Ambil risiko yang terkawal, mencabar diri sendiri untuk menjadi yang terbaik.

5. Duit dan Peluang

  • Miskin & Pertengahan: Kurang, peluang sedikit dan duit susah untuk diperolehi
  • Kaya: Melimpah-ruah, banyak peluang untuk menjana duit

6. Sikap dan Motivasi

  • Miskin & Pertengahan: Tak sabar, kalau boleh nak hidup yang selesa hari ini juga.
  • Kaya: Berkorban hari ini untuk keselesaan pada masa akan datang.

7. Kekayaan dan Halangan

  • Miskin & Pertengahan: Saya tak mampu dan saya tak boleh.
  • Kaya: Bagaimana saya mampu untuk memilikinya? Bagaimana saya boleh belajar untuk lakukannya?

8. Masa Lapang dan Perlaksanaan

  • Miskin & Pertengahan: Tengok Sosmed, gosip serta dikelilingi oleh perkara kebendaan.
  • Kaya: Kayakan diri sendiri dengan ilmu, bantu orang lain dan menambah nilai kepada orang lain.

Ubah Mindset Biasa-Biasa

Bani Melayu masih percaya dengan ideologi rezeki dari Allah dan redha bila tiada duit tanpa sebarang usaha.

Rezeki itu atas izin Allah, itu betul tetapi bukan untuk manusia yang tanpa usaha.

Bani Melayu benci susah tapi rela hidup susah. Susahkah jika handphone masih punya kredit dan rumah masih beraircond?

Once in Our Life,
Try Something.

Work Hard at
Something.
Try to Change.
Nothing Bad Can Happen.

– Jack Ma

Jom Muhasabah Diri

Bukan semua orang dilahirkan kaya. Berhentilah dari menyalahkan keturunan. Jika tidak berusaha – sampai bila-bila pun kita ditakuk yang sama.

Cuba jujur dengan diri sendiri, berdasarkan 8 perkara di atas, kita dalam kategori yang mana?

Penulis percaya, ramai daripada kita yang masih berada di golongan pertengahan.

Kalau nak merasa hidup lebih selesa, banyak ilmu nak kena belajar, banyak mindset nak kena tukar, banyak pengorbanan yang perlu dibuat – lambat-laun dengan izin Allah, satu hari akan jadi kaya….atau terpaksa kaya.

Jangan pula dah kaya nanti, tak nak tolong orang lain untuk jadi kaya bersama-sama. Orang Melayu kata dah kaya baru bantu orang miskin, tapi Islam kata kalau nak kaya bantulah orang miskin.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenali Bisnes Lain Berkaitan Lee Thiam Wah, Pengasas 99 Speedmart

Lee Thiam Wah dikenali sebagai ‘Raja Mini Mart’ dan dilahirkan pada tahun 1964 di Klang. Beliau mengalami polio semasa bayi, sehingga menyebabkan kehilangan fungsi kedua-dua belah kaki dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Lee hanya mendapat pendidikan sekolah rendah. Namun, perkara tersebut tidak menghalang beliau untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Lee mula berjinak-jinak dalam perniagaan dengan menjual snek di tepi jalan sebelum akhirnya berjaya mengumpulkan wang yang mencukupi untuk membuka sebuah kedai runcit pada usia 23 tahun. Perkara ini kemudiannya membuka jalan kepada kerjayanya dalam industri runcit sehingga lahirnya 99 Speemart yang kita kenali hari ini. Pada 25 November 2021, 99 Speedmart telah melancarkan cawangannya yang ke-2,000, menurut laman webnya.

Kini, Lee Thiam Wah meerupakan seorang usahawan yang berpengaruh dalam industri peruncitan Malaysia serta memiliki pelbagai kepentingan perniagaan di pelbagai sektor di dalam dan luar negara. Berikut adalah beberapa contoh pegangan bisnes Lee Thiam Wah:

99 Speedmart

Penglibatan: Pengasas dan pemegang saham

99 Speedmart pertama kali dibuka pada tahun 1987 di Taman Sentosa, Klang, Selangor. Ia adalah hasil usaha Lee Thiam Wah yang memulakan perniagaan ini dengan kedai runcit kecil sebelum berkembang dan membuka banyak cawangan di seluruh Malaysia, menjadikannya salah satu rangkaian pasar mini yang paling popular di negara ini.

Burger King (Malaysia dan Singapura)

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 18 Ogos 2015) dengan pegangan saham sebanyak 70% (tidak langsung) dalam Cosmo Restaurants Sdn Bhd.

Pada tahun 2015, Lee membeli rangkaian restoran makanan segera Burger King di Malaysia dan Singapura daripada Ekuiti Nasional Bhd dengan harga RM74.6 juta. Tahun 2022, syarikat melaporkan jualan sebanyak RM248 juta dan kerugian sebanyak RM1 juta.

Alliance Bank

Penglibatan: Pegangan saham sebanyak 5.076%

Lee Thiam Wah muncul sebagai antara pemegang saham besar dalam Alliance Bank Malaysia Bhd, menerusi Global Success Network Sdn Bhd.

Careon Pharmacy

Gambar: depkes.org

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 15 September 2020) dan pemegang saham yang besar (langsung)

Careon Pharmacy Sdn Bhd adalah rangkaian farmasi runcit yang dimiliki sepenuhnya oleh Lee Thiam Wah. Ditubuhkan pada tahun 2020, Careon Pharmacy bertujuan untuk menyediakan produk farmaseutikal dan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. Tahun 2022, syarikat ini melaporkan jualan sebanyak RM20 juta dan kerugian dalam RM7 juta.

Selain Careon Pharmacy, satu lagi jenama farmasi di bawah Lee Thiam Wah adalah Medsense Pharmacy di bawah syarikat Subang Excel Healthcare Sdn Bhd. Saham syarikat ini dipegang sepenuhnya oleh Careon Pharmacy Sdn Bhd.

Ali, Muthu dan Ah Hock

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 1 Mac 2019) dan dengan pegangan saham terbesar dalam syarikat Nasi Lemak Gempak Sdn Bhd.

Lee Thiam Wah memiliki pegangan saham terbesar dalam kopitiam Ali, Muthu dan Ah Hock. Rangkaian restoran ini terkenal dengan suasana kopitiamnya dan menawarkan pelbagai masakan tempatan Malaysia dalam suasana santai. Not bad, tahun 2022 syarikat melaporkan jualan sebanyak RM30 juta dan keuntungan dalam RM1 juta.

Radiant Globaltech (disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia)

Penglibatan: Pegangan saham sebanyak 15.40% dalam Radiant Globaltech Bhd

Lee Thiam Wah muncul sebagai pemegang saham ketiga terbesar dalam pembekal penyelesaian teknologi runcit (perkakasan dan perisian), Radiant Globaltech Bhd (RGTech). Lee memegang saham sebanyak 15.40% melalui syarikatnya iaitu Global Success Network Sdn. Bhd. Tahun 2022 syarikat melaporkan jualan sebanyak RM137 juta dan keuntungan RM9 juta.

Sumber : BursaMarketPlace

U Stars Supermarket (Singapura)

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 3 April 2023) dan pemegang saham yang besar (tidak langsung)

The Bakery Depot Pte Ltd (Singapura)

Penglibatan: Pemegang saham yang besar (tidak langsung)

Cleanwave

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 5 Julai 2018) dan pemegang saham yang besar (tidak langsung)

Syarikat ini terlibat dalam pengangkutan, logistik, perdagangan, pengilangan, pengedaran, import dan eksport, penyimpanan, penjualan dan pemasaran pelbagai produk penjagaan rumah dan kebersihan, produk pembersihan, kosmetik dan produk penjagaan diri.

Untuk makluman juga, 99 Speedmart ingin apungkan 17% sahamnya melalui IPO dengan anggaran RM1.5 billion. Akan tetapi IPO 99 Speed Mart yang akan dilancarkan nanti nampaknya macam tidak patuh syariah.

Sumber: Prospektus IPO 99 Speedmart

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee