Cara Bilionaire Terkenal Bermesyuarat Bagi Menghasilkan Produktiviti Yang Tinggi

Mengurus syarikat yang bernilai berbilion dollar bukanlah satu kerja yang mudah, apatah lagi yang menjadi CEO kepada lebih daripada satu syarikat yang perlu diberi perhatian yang rapi dalam perjalanan sesebuah syarikat.

Sebagai contoh Elon Musk, yang menjadi dua CEO syarikat teknologi iaitu Tesla dan Space X, Jeff Bezos yang menjadi CEO untuk Amazon dan Blue Origin; dan Jack Dorsey yang menjadi CEO untuk Syarikat Twitter dan Square.

Bagi bilionaire seperti mereka ini, masa sangatlah penting untuk diuruskan dengan bijak. Pengurusan masa yang betul menghasilkan impak yang tinggi dalam pengurusan syarikat.

Di antara aktiviti yang paling memberi kesan kepada syarikat adalah dengan bermesyuarat. Mesyuarat adalah penting untuk menentukan hala tuju syarikat dan mesyuarat mestilah dilakukan dengan betul bagi mengelakkan masa terbuang dengan begitu sahaja disebabkan oleh pengunaan masa yang tak betul.

Berikut adalah cara pengurusan mesyuarat yang dilakukan oleh CEO yang mengemudi syarikat berbilion dollar dalam menetukan hala tuju syarikat melalui mesyuarat yang dilakukan oleh mereka. Mereka bermesyuarat dengan ringkas tetapi menghasilkan produktiviti yang paling tinggi.

Jack Dorsey

Jack merupakan CEO Twitter dan Square, yang mana menjalankan mesyuarat dengan mengunakan aplikasi yang dibangunkan oleh Syarikat Google iaitu Google Doc. Beliau yang memulakan mesyuarat dengan membaca dan mengkritik cadangan yang disediakan melalui Google Doc dengan mesyuarat seperti ini, agar para hadirin dapat memberi fokus yang terbaik dalam mesyuarat yang dilakukanya.

Beliau hanya mengambil masa selama 10 minit untuk membaca maklumat lengkap mesyuarat menggunakan aplikasi tersebut. Ini dapat menjimatkan masa dan membuat pekerja Twitter berfikir dengan pantas bagi mengatasi setiap masalah yang timbul dalam syarikat.

Elon Musk

Bagi Elon Musk pula, beliau mempunyai jadual yang sangat padat kerana menguruskan dua syarikat teknologi yang terkenal iaitu Tesla dan Space X. Beliau lebih suka mengurangkan bermesyuarat jika ianya tidak mendatangkan nilai kepada penyelesaian masalah.

Elon Musk yang pernah popular dengan ungkapan “focus on signal over noise”, yang bermaskud kita perlu mengabaikan gangguan yang mengganggu kita untuk terus fokus kepada matlamat kita. Benda ini akan menyebabkan kita membuang banyak masa melakukan sesuatu yang tidak berfaedah.

Bagi Elon Musk, kita boleh meninggalkan tempat mesyuarat jika kita merasakan mesyuarat tersebut tidak memberi manfaat kepada kita. Kita tidak dikategorikan sebagai biadap jika kita melakukan perkara tersebut, demi menjaga kepentingan masa kita.

Jeff Bezos

Jeff Bezos merupakan CEO paling kaya dunia kerana pegangan beliau dalam saham Amazon. Beliau menguruskan dua buah syarikat iaitu Amazon dan Blue Origin, yang memerlukan cara yang efektif untuk mudahnya untuk melakukan mesyuarat.

Bagi Jeff Bezos, beliau menjalankan mesyuarat dengan sangat cepat, daripada membuat keputusan yang lambat kerana ia akan memakan masa. Beliau yang berpendapat jika maklumat itu sudah mencapai tahap 70%, maka keputusan perlu dibuat dengan segera; daripada menunggu maklumat itu sampai 90% baru kita membuat keputusan.

Baginya, keputusan yang salah adalah lebih bagus daripada membuat keputusan yang lambat. Keputusan yang salah boleh diperbetulkan dengan kadar yang cepat, dan kita dapat menjimatkan masa daripada membuat keputusan yang lambat yang akhirnya akan merugikan masa kita sendiri.

Steve Jobs

Mendiang Steve Jobs merupakan seorang CEO yang berjaya membawa Apple yang hampir bankrap menjadi sebuah syarikat yang bertaraf blue chip di Amerika Syarikat. Cara mesyuarat yang dilakukan oleh Steve Jobs adalah dia tahu untuk mengatakan tidak kepada 100 idea yang bagus.

Bagi Steve Jobs, fokus idea yang terbaik adalah lebih bagus daripada 100 benda yang biasa-biasa sahaja. Ini terbukti apabila beliau kembali ke Syarikat Apple, dan beliau telah mengurangkan 70% produk yang dikeluarkan oleh syarikat Apple dan memfokuskan kepada produk yang boleh dijual dan laku sahaja.

Warren Buffett juga setuju dengan pendapat ini, kerana baginya orang yang betul-betul berjaya hanya memfokuskan kepada benda yang penting. Seperti dirinya, daripada 100 berita yang disampaikan mengenai syarikat di pasaran saham, hanya satu berita yang penting baginya dan boleh dipercayai.

Hal ini terbukti jika kita melihat portfolio pelaburan Berkshire Hathaway yang hanya fokus kepada syarikat-syarikat yang begitu bagus dan tidak fokus kepada semua perniagaan yang ada dalam pasaran saham.

Bill Gates

Bill Gates merupakan bilionaire yang berpengaruh dengan menggunakan masa dengan cermat dalam kehidupan sehariannya. Beliau menggunakan kaedah meditasi untuk kekal fokus.

Bill Gates membuat meditasi sebanyak tiga kali seminggu untuk menjadikan daya pemikiran beliau hebat. Dengan melakukan meditasi, beliau dapat meningkatkan keupayaan berfikir kerana meditasi menyebabkan seseorang itu dapat berfikir dengan tenang.

Selain daripada Bill Gates, Ray Dalio yang merupakan seorang Hedge Fund terkenal di dunia turut melakukan meditasi sebanyak 20 minit setiap hari sebelum membuat keputusan dalam mana-mana mesyuarat yang dilakukannya. Baginya, meditasi merupakan salah satu faktor yang menyebabkan dirinya berjaya dalam pasaran saham dan juga kehidupan.

Sumber Rujukan: https://www.cnbc.com/2019/09/11/productivity-tips-from-elon-musk-jeff-bezos-steve-jobs-and-more.html

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend