Ciri Kepimpinan Tony Fernandes Yang Boleh Dicontohi Dalam Dunia Peniagaan

Siapa yang tak kenal dengan Tan Sri Tony Fernandes kan? Baru-baru ini beliau kembali dalam spotlight dengan video beliau memberi ucapan secara santai sambil melayan soalan daripada audiens yang hadir dengan penuh spontan dan gelak ketawa.

Nama panjang beliau iaitu Anthony Francis “Tony” Fernandes, merupakan pengasas syarikat penerbangan tambang rendah yang pertama, Air Asia. Selepas membeli syarikat penerbangan komersil yang gagal daripada kerajaan dengan hanya RM1, Fernandes secara tidak langsung “mengangkut” hutangnya berjumlah RM40 juta.

Walau bagaimanapun, dalam masa 2 tahun dia berjaya menyelesaikan hutang tersebut dan menjadikan syarikat penerbangan itu menjadi syarikat penerbangan bajet yang sangat berjaya. Pencapaian cemerlang Fernandes tidak akan berlaku tanpa kepimpinannya yang hebat.

Nak tau apa ciri-ciri kepimpinan yang beliau miliki?

1. Berkarisma dan Merendah Diri

Tony Fernandes dikenali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang sangat berkarisma dan merendah diri meskipun dia sudah berjaya. Dia ramah, tidak sombong dan sangat mudah untuk didekatii bukan hanya sebagai seorang bos tetapi juga sebagai orang biasa.

Semasa syarikat penerbangannya menghadapi banyak kesulitan, dia dengan tenang akan memberitahu semua orang tentang situasi dan memberikan maklumat terkini apabila perlu.

Dia juga akan bertemu dengan pelanggan yang menghadapi masalah menggunakan syarikat penerbangan tersebut dan berusaha mengurangkan beban mereka.

2. Utamakan Pekerja Dulu Sebelum Pelanggan

Seterusnya, Tony Fernandes adalah seorang majikan yang amat mementingkan pekerja-pekerjanya. Ini bermaksud bahawa dia meletakkan pekerja-pekerjanya terlebih dahulu sebelum pelanggan.

Dia sangat menjaga keperluan pekerjanya kerana dia percaya bahawa apabila pekerja gembira, maka pelanggan akan gembira juga. Terdapat juga jabatan budaya di mana peranannya hanya untuk menganjurkan majlis. Beliaubukanlah CEO biasa anda yang memakai baju kemeja yang mahal tetapi sebaliknya dia akan memakai pakaian yang selesa bersama dengan topi.

3. Suka Berjalan-jalan Daripada Duduk Dalam Pejabat

Tony Fernandes menerapkan gaya pengurusan yang dipanggil ‘berjalan-jalan’ yang menunjukkan bahawa beliau tidak hanya duduk di pejabatnya menunggu wang untuk masuk ke akaun banknya. Beliau sanggup menghabiskan masa berjam-jam di pejabat melakukan kerja kertas dan seterusnya turun ke padang bagi bersama dengan pekerjanya.

Malah, beliau juga melakukan kerja lain seperti memindahkan kargo atau bekerja bersama dengan krew kabin kerana dari pengalaman ini akan membantu beliau membuat keputusan dan mendapat maklum balas terus tanpa tapisan daripada pekerjanya.

Beliau sentiasa dilihat bersama dengan pekerjanya dan disebabkan itu, pekerjanya menghargai beliau sebagai pemimpin mereka dan ini secara tidak langsung meningkatkan motivasi mereka untuk bekerja dengan lebih gigih.

4. Layanan Sama Rata

Di samping itu, Tony Fernandes menggalakkan semua pekerjanya untuk bercakap dan “meninggalkan” formaliti. Syarikat penerbangan Air Asia tidak mengamalkan gaya pengurusan “Saya bos anda, saya lebih besar daripada anda”.

Sebaliknya semua orang dibenarkan bercakap bahkan pejabat pengurusan adalah di kawasan yang terbuka. Ini bermakna bos dapat melihat anda dan anda juga boleh melihat bos anda. Tidak ada minoriti atau majoriti dimana semua pekerja dilayan dengan sama rata.

5. Jangan Berputus Asa

Satu lagi ciri penting yang beliau sering terapkan adalah tidak membiarkan kegagalan “menahan” anda untuk terus mencuba. Banyak usahawan menghadapi kegagalan sebelum berjaya, sebagai contoh Colonel Sanders iaitu pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC). Ideanya pernah ditolak sebanyak 1009 kali sebelum akhirnya diterima dan sekarang francais KFC pada berada di seluruh dunia.

Begitu juga halnya dengan Jack Ma dengan AliBaba dan ramai lagi tokoh-tokoh usahawan terkenal yang lain. Mereka semua ada sikap tidak mengaku kalah dan terus berjuang sampai berjaya.

Sekiranya dia boleh, mengapa tidak kita? Kegagalan memberi peluang untuk kita belajar dengan lebih baik. Malah, mencuba dan kemudian nya gagal lebih bagus daripada tidak pernah mencuba sama sekali.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenali Bisnes Lain Berkaitan Lee Thiam Wah, Pengasas 99 Speedmart

Lee Thiam Wah dikenali sebagai ‘Raja Mini Mart’ dan dilahirkan pada tahun 1964 di Klang. Beliau mengalami polio semasa bayi, sehingga menyebabkan kehilangan fungsi kedua-dua belah kaki dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Lee hanya mendapat pendidikan sekolah rendah. Namun, perkara tersebut tidak menghalang beliau untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Lee mula berjinak-jinak dalam perniagaan dengan menjual snek di tepi jalan sebelum akhirnya berjaya mengumpulkan wang yang mencukupi untuk membuka sebuah kedai runcit pada usia 23 tahun. Perkara ini kemudiannya membuka jalan kepada kerjayanya dalam industri runcit sehingga lahirnya 99 Speemart yang kita kenali hari ini. Pada 25 November 2021, 99 Speedmart telah melancarkan cawangannya yang ke-2,000, menurut laman webnya.

Kini, Lee Thiam Wah meerupakan seorang usahawan yang berpengaruh dalam industri peruncitan Malaysia serta memiliki pelbagai kepentingan perniagaan di pelbagai sektor di dalam dan luar negara. Berikut adalah beberapa contoh pegangan bisnes Lee Thiam Wah:

99 Speedmart

Penglibatan: Pengasas dan pemegang saham

99 Speedmart pertama kali dibuka pada tahun 1987 di Taman Sentosa, Klang, Selangor. Ia adalah hasil usaha Lee Thiam Wah yang memulakan perniagaan ini dengan kedai runcit kecil sebelum berkembang dan membuka banyak cawangan di seluruh Malaysia, menjadikannya salah satu rangkaian pasar mini yang paling popular di negara ini.

Burger King (Malaysia dan Singapura)

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 18 Ogos 2015) dengan pegangan saham sebanyak 70% (tidak langsung) dalam Cosmo Restaurants Sdn Bhd.

Pada tahun 2015, Lee membeli rangkaian restoran makanan segera Burger King di Malaysia dan Singapura daripada Ekuiti Nasional Bhd dengan harga RM74.6 juta. Tahun 2022, syarikat melaporkan jualan sebanyak RM248 juta dan kerugian sebanyak RM1 juta.

Alliance Bank

Penglibatan: Pegangan saham sebanyak 5.076%

Lee Thiam Wah muncul sebagai antara pemegang saham besar dalam Alliance Bank Malaysia Bhd, menerusi Global Success Network Sdn Bhd.

Careon Pharmacy

Gambar: depkes.org

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 15 September 2020) dan pemegang saham yang besar (langsung)

Careon Pharmacy Sdn Bhd adalah rangkaian farmasi runcit yang dimiliki sepenuhnya oleh Lee Thiam Wah. Ditubuhkan pada tahun 2020, Careon Pharmacy bertujuan untuk menyediakan produk farmaseutikal dan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. Tahun 2022, syarikat ini melaporkan jualan sebanyak RM20 juta dan kerugian dalam RM7 juta.

Selain Careon Pharmacy, satu lagi jenama farmasi di bawah Lee Thiam Wah adalah Medsense Pharmacy di bawah syarikat Subang Excel Healthcare Sdn Bhd. Saham syarikat ini dipegang sepenuhnya oleh Careon Pharmacy Sdn Bhd.

Ali, Muthu dan Ah Hock

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 1 Mac 2019) dan dengan pegangan saham terbesar dalam syarikat Nasi Lemak Gempak Sdn Bhd.

Lee Thiam Wah memiliki pegangan saham terbesar dalam kopitiam Ali, Muthu dan Ah Hock. Rangkaian restoran ini terkenal dengan suasana kopitiamnya dan menawarkan pelbagai masakan tempatan Malaysia dalam suasana santai. Not bad, tahun 2022 syarikat melaporkan jualan sebanyak RM30 juta dan keuntungan dalam RM1 juta.

Radiant Globaltech (disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia)

Penglibatan: Pegangan saham sebanyak 15.40% dalam Radiant Globaltech Bhd

Lee Thiam Wah muncul sebagai pemegang saham ketiga terbesar dalam pembekal penyelesaian teknologi runcit (perkakasan dan perisian), Radiant Globaltech Bhd (RGTech). Lee memegang saham sebanyak 15.40% melalui syarikatnya iaitu Global Success Network Sdn. Bhd. Tahun 2022 syarikat melaporkan jualan sebanyak RM137 juta dan keuntungan RM9 juta.

Sumber : BursaMarketPlace

U Stars Supermarket (Singapura)

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 3 April 2023) dan pemegang saham yang besar (tidak langsung)

The Bakery Depot Pte Ltd (Singapura)

Penglibatan: Pemegang saham yang besar (tidak langsung)

Cleanwave

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 5 Julai 2018) dan pemegang saham yang besar (tidak langsung)

Syarikat ini terlibat dalam pengangkutan, logistik, perdagangan, pengilangan, pengedaran, import dan eksport, penyimpanan, penjualan dan pemasaran pelbagai produk penjagaan rumah dan kebersihan, produk pembersihan, kosmetik dan produk penjagaan diri.

Untuk makluman juga, 99 Speedmart ingin apungkan 17% sahamnya melalui IPO dengan anggaran RM1.5 billion. Akan tetapi IPO 99 Speed Mart yang akan dilancarkan nanti nampaknya macam tidak patuh syariah.

Sumber: Prospektus IPO 99 Speedmart

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee