Daripada Kosong Ke Bilionaire Dalam Masa 6 Bulan, Biar Betul?

Kita nak menyimpan 10% daripada gaji sebulan pun susah, tapi apakah rahsia sampai boleh jadi bilionaire dalam masa 6 bulan?

‘…Saya percaya bahawa tahun 2019 ibarat seperti Speed Of Light, segalanya bergerak dalam keadaan yang paling pantas berbanding apa yang kita pernah lalui…’

Majalah Forbes telah merekodkan seorang tokoh terbilang yang telah menggemparkan dunia dengan cara beliau menjana kekayaan dengan sangat cepat. Nama beliau Changpeng Zhao atau pun lebih di kanali sebagai CZ/CZ Binance. Beliau yang bermula daripada kosong sehingga menjadi Bilionaire dalam masa 6 bulan saja!

Jom kita ikuti kisah menarik beliau.

Pernah Bekerja di McDonalds

Beliau berasal dari wilayah Jiangsu di China. Ayahnya seorang profesor yang dilabel sebagai ‘pro-bourgeois intellect’. Lewat tahun 1980, beliau terpaksa mengikuti keluarganya berpindah ke Vancouver, Canada. Semasa meningkat remaja, beliau sangat rajin bekerja untuk menampung dan membantu keluarganya. Beliau pernah bekerja di McDonalds dan bekerja shift lewat malam di stesen minyak. Beliau seorang graduan lepasan McGill University dalam bidang komputer sains.

Dari tahun 2001 sehingga 2005, beliau bekerja di Tokyo Stock Exchange dan dalam masa yang sama beliau juga bekerja di Bloomberg Traderbook. Di  Bloomberg Traderbook, beliau adalah telah membangunkan software yang boleh digunakan dalam Futures Trading. 

Ibarat seorang Houdini dalam Cryptocurrency, di sinilah semuanya telah bermula. Beliau bergiat aktif dalam pelaburan Cryptocurrency dan turut terlibat dalam Blockchain.Info serta salah seorang yang turut membangunkan OkCoin pada tahun 2003. Pada Julai 2017, beliau telah meninggalkan khidmatnya di OkCoin dan memulakan Digital Asset Exchange sendiri iaitu Binance.

Dalam tempoh kurang daripada 8 bulan, beliau berjaya mendominasi pasaran Cryptocurrency apabila Binance telah menjadi salah satu kuasa besar sebagai medium pertukaran untuk pelbagai Cryptocurrency. Seterusnya pada bulan April 2018, Binance telah merekodkan volume dagangan terbesar berbanding semua Digital Asset Exchange yang lain. Dua bulan sebelum itu Forbes telah mengeluarkan edisi baharu dan menempatkan beliau antara tokoh yang bergelar bilionaire.

Forbes juga melabelkan beliau salah seorang daripada 3 individu terkaya dalam dunia Cryptocurrency. 

4 Resipi Kejayaan

Tahukah anda, The King of Seafood Chuck Bundrant membina empayar kekayaan daripada zero ke billion dengan mengambil masa selama 45 tahun? Jika dibandingkan CZ dengan Chuck Bundrant, CZ telah melonjakkan kekayaan beliau 90 kali ganda lebih cepat berbanding Chuck Bundrant.

Persoalan yang sering bermain di minda adalah bagaimana beliau terlalu cepat membina empayar kekayaan? Bagaimana beliau boleh melakukan perkara yang dianggap mustahil itu?

Berikut adalah 4 resipi kejayaan yang dikongsi beliau:

1. Unik

Beliau memperkenalkan produk yang tidak ada di pasaran, iaitu berkaitan kelajuan transaksi Digital Asset Exchange. Semasa CZ memperkenalkan Binance kepada orang ramai, dia menyatakan bahawa Binance tidak sama seperti Digital Asset Exchange yang ada sebelum ini.

“….Jika anda hendak menikmati perkhidmatan yang sama seperti Exchange lain, kami tidak melakukannya. Kami membina perkhidmatan yang jauh berbeza berbanding Exchange lain. Kami boleh melakukan 1.4 juta transaksi dalam 1 saat….”

2. Promosi yang hebat

Beliau mempunyai pasukan yang hebat untuk mempromosi Exchange Binance dan memperkenalkan Binance Coin kepada orang ramai. Ini secara tidak langsung telah menambah aset beliau sehingga berlipat kali ganda dan sangat bernilai dalam tempoh yang singkat.

3. Pelabur tersohor

Semestinya beliau seorang pelabur yang sangat disegani pada saat ini kerana beliau dapat menghidu bagaimana Cryptocurrency akan menjadi satu revolusi pada masa akan datang. Dengan kebijaksanaan dan usaha gigih, beliau dengan mudah bertukar dari zero ke seorang bilionaire.

Beliau juga mengkritik secara terbuka para pelabur tersohor yang menolak idea Cryptocurrency seperti Warren Buffett.

4. Bijaksana dan berpengalaman

Sewaktu awal pembabitan beliau dalam bidang Perisian Komputer, beliau mula menunjukkan kebijaksanaan beliau dengan mencipta sebuah perisian yang dinamakan Fusion System. Ianya merupakan sistem yang boleh diguna pakai oleh Broker dan High Frequency Trader (HFT).

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend