Frank Abagnale: Daripada Seorang Pencopet Kepada Pakar Penganalisis Jenayah Kewangan

What I did in my youth is hundreds of times easier today. Technology breeds crime.

1. Frank Abagnale memulakan karier sebagai pencuri bermula seawal usia remaja. Disebabkan untuk mencari satu pengalaman baru yang lebih mencabar sebagai pencuri, Frank Jr memvariasikan kariernya sebagai Financial Fraud (Penipuan Kewangan). Mangsa pertamanya ialah ayahnya sendiri apabila Frank Jr menggunakan kredit kad ayahnya yang menyebabkan ayahnya terbeban dengan hutang ribuan dolar.

2. Frank seterusnya bertindak lebih licik apabila menukar lesen memandunya untuk menjadikanya 10 tahun lebih muda dan juga menukar tahap pendidikannya agak kelihatan lebih hebat bagi mendapatkan gaji yang lumayan. Namun Frank masih tidak berpuas hati dengan pendapatannya.

3. Bagi mendapatkan lebih banyak pendapatan, Frank mula menukar imej dan personalitinya menjadi seorang Juruterbang Pan American. Frank sememangnya sebelum ini berpengalaman untuk membuat pemalsuan cek. Frank tampil lebih tampan dan bergaya supaya pihak bank benar-benar percaya yang beliau ialah seorang juruterbang.

4. Jika di pihak bank Frank menyamar sebagai seorang juruterbang, di tempat bekerjanya pula, Frank menyamar sebagai seorang pelajar yang kononya sedang menulis artikel mengenai Pan Am. Ini membolehkan Frank mahir dan faham selok-belok dunia penerbangan dan Frank turut berjaya menipu dengan lebih banyak dengan mendapatkan penerbangan percuma ke seluruh dunia.

Sehingga Frank berusia 18 tahun, Frank telah berjaya mendapatkan sebanyak 250 penerbangan percuma dan mengembara ke 26 buah negara. Frank akan ke hotel mahal dan tempat makanan mewah dan akan dibilkan di atas nama Pan American.  Tindakan Frank ini akhirnya dihidu oleh Pan American sendiri dan ini menyebabkan Frank terpaksa melarikan diri ke Georgia.

5. Di Georgia, Frank menyamar sebagai seorang Doktor Pelawat. Disebabkan bidang tugasnya hanya sebagai Doktor Pelawat, Frank tidak perlu membuat sebarang prosedur rawatan sebaliknya hanya memberikan arahan dan nasihat sahaja. Namun hampir kesemua arahan yang diberikan oleh Frank adalah salah, dan beliau membuat ‘cover-up’ terhadap kesalahan tersebut dengan membuat lawak. Namun disebabkan terlalu banyak kesalahan sehingga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa di kalangan pesakit Frank akhirnya bertindak untuk ‘berhenti’ kerja dari menjadi Doktor.

6. Frank seterusnya berpindah ke Louisiana dan menyamar sebagai seorang Peguam pula. Frank memalsukan ijazah perundangan nya yang kononnya diperoleh dari Universiti Harvard. Frank berjaya menjadi seorang Peguam Korporat dan menurut Frank dalam buku autobiografinya sendiri, beliau berjaya menjadi Peguam kerana pandai mengambil hati bosnya dengan membuat kopi dan membancuh kopi. Frank akhirnya meletak kan jawatannya sebagai peguam apabila terdapat rakan sekerjanya yang turut sama dari Universiti Harvard dan mula bertanyakan tentang diri Frank ketika itu.

Frank seterusnya berpindah ke Utah untuk menjadi seorang Pembantu Guru dan mengajar subjek Sosiologi. Frank telah memalsukan ijazahnya yang kononya diperolehi dari Universiti Columbia bagi mendapatkan jawatan tersebut.

7. Pada usia 21 tahun, Frank akhirnya berjaya diberkas. Frank ketika itu tinggal di France dan telah berjaya mendapatkan hampir USD2.5 juta dengan pemalsuan cek. Frank dipenjarakan di France, Sweden dan juga di Amerika Syarikat.

8. Kerajaan Amerika Syarikat memberikan Frank kebebasan dari penjaranya dengan syarat – Frank akan mendedahkan segala tips penipuannya. Untuk itu Frank bekerja rapat dengan pihak FBI bagi memberi tunjuk ajar mengenai tips dunia licik pemalsuan cek dan segalanya. Frank bekerjasama dengan FBI hampir lebih 30 tahun dan turut menubuhkan syarikatnya sendiri Abagnale & Associates bagi memberikan pendedahan bagaimana mengelakan daripada menjadi mangsa penipuan kewangan.

9. Kisah hidup Frank ini turut difilemkan menerusi filem berjudul Catch Me if You Can lakonan hebat Leonardo Di Caprio dan Tom Hanks.

Sumber Rujukan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend