Ikuti Kisah Zenariahwati Yahaya – Cabaran Kedai Dobi Layan Diri

Kita pergi mana-mana pun sekarang ni, ada saja kedai dobi layan diri di seluruh pelusuk negara. Bukan saja di bandar-bandar besar, malah di kampung-kampung pun dah ada kedai dobi layan diri ini.

Jom kita ikuti perkongsian Puan Zenariahwati Yahaya, pengasas bersama Azrec Vision Enterprise yang menyediakan perkhidmatan kedai dobi layan diri di beberapa universiti awam di Selangor.

Sangat Mencabar Untuk Mulakan Perniagaan

Sumber: Berita Harian

Untuk memulakan sesuatu perniagaan bukanlah mudah, lagi-lagi untuk membuka sebuah kedai dobi layan diri. Seseorang yang ingin membuka kedai dobi perlu mempunyai setidak-tidaknya sedikit kemahiran mengendalikan mesin basuh dan mesin pengering yang disediakan untuk kegunaan pelanggan. Azrec Vision Enterprise ditubuhkan pada tahun 2006 setelah Puan Zenariahwati Yahaya membuat keputusan untuk berhenti bekerja sebagai eksekutif akaun.

Niat untuk membuka perniagaan ini bermula apabila beliau melihat pasaran kedai dobi layan diri masih sedikit pada waktu itu. Berbekalkan modal kira-kira RM 40,000, Zenariahwati dan suami memulakan perniagaan kedai dobi layan diri ini dengan membeli 30 buah mesin basuh dan pengering terpakai. Sementara itu, suaminya Muhammad Rozee Hassan yang pernah bekerja sebagai juruteknik kilang, kini menjadi orang penting dalam pengendalian dan membaik pulih aset yang mereka perolehi ini.

Teruskan Belajar Dan Jangan Berputus Asa

Sebagai seorang yang masih baru dalam bidang keusahawanan, Zenariah akui akan kesukaran beliau menguruskan peniagaan yang dimulakan ini. Banyak masa dihabiskan beliau dan suami untuk mempelajari selok-belok bidang keusahawanan, dan cara-cara untuk membaik pulih mesin basuh dan pengering. Biarpun pelbagai cabaran dihadapi, itu tidak pernah mematahkan semangat beliau dan suami untuk terus belajar sambil menguruskan perniagaan mereka.

Malah, mesin basuh dan pengering yang dibeli dahulu diubahsuai dan diletakkan di beberapa universiti awam dan swasta untuk kegunaan pelajar, di antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), dan juga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Zenariahwati juga berharap agar perniagaan yang diusahakan ini dapat diperluaskan di luar kawasan Lembah Klang dan seluruh Malaysia.

Untuk menjalankan sesuatu perniagaan itu bukanlah sesuatu yang senang dilakukan tanpa usaha dan semangat yang jitu. Kesabaran yang tinggi perlu ada dalam diri setipa ahli perniagaan supaya tidak mudah putus asa dalam menghadapi cabaran. Oleh itu, teruskan usaha dan usaha dengan lebih lagi untuk mencapai kejayaan yang diingini.

Sumber Rujukan: Berita Harian

Takde Modal RM40,000? Dengan RM2,000 Pun Boleh

Ramai ingat yang kita kena ada modal besar baru boleh mulakan bisnes dobi ni, tapi ketahui rahsia di sebalik Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Dobi Dengan Modal Tak Sampai RM2 Ribu. Ada modal kecil, mula dengan perniagaan kecil. Takde modal buat cara takde modal, boleh mula dengan perniagaan dropship terlebih dahulu.

Yang pentingnya, kita mula. Jadi tak jadi, itu urusan Allah – usaha dulu baru tawakal. Jangan lupa baca juga:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend