Pengurus Hedge Fund Termuda Berumur 20 Tahun

Jika Warren Buffet pelabur tersohor dunia mula membeli saham pertama ketika berumur 11 tahun, Julian Marchese pemuda yang berasal dari Ontario, Canada ini tidak kurang hebatnya.

Beliau mula dikenali umum pada tahun 2011 melalui rancangan realiti TV Dragon’s Den. Marchese yang baru berumur 15 tahun pada ketika itu berjaya menarik perhatian para juri apabila berjaya membangunkan pengaturcaraan komputer (computer programming) yang boleh menjana wang melalui stock trading melalui pemantauan yang sangat minima.

Dalam sesi pitching tersebut, Marchese memberitahu bahawa berbekalkan modal $30,000 yang disumbangkan oleh kedua orang tuanya,  beliau berjaya mengembangkan pelaburan tersebut kepada $40,000 dalam tempoh setahun dengan menggunakan sistem yang diciptanya sendiri.

Para juri bersetuju untuk memberikan modal permulaan sebanyak $50,000 untuk melihat prestasi Marseche dalam menguruskan wang mereka. Jika sistem yang diciptanya dapat menjana keuntungan yang memberangsangkan, mereka bersetuju untuk menambah lebih banyak modal.

Walaubagaimanapun, difahamkan atas faktor umur yang sangat muda, wang pelaburan permulaan itu tidak dapat disalurkan atas kekangan undang-undang.

Dididik Agar Mencapai Kebebasan Kewangan Sejak Kecil

Ibu bapa Marchese merupakan golongan pertengahan dan perlu bekerja keras bagi menampung kehidupan mereka. Disebabkan itu, orang tua nya selalu berpesan untuk bijak dalam menguruskan kewangan dan bekerja keras untuk mencapai kebebasan kewangan.

Ketika berumur 8 tahun beliau telah mula membaca buku Rich Dad Poor Dad tulisan Robert Kiyosaki dan daripada situlah beliau mempunyai kesedaran mengenai pengurusan kewangan dan keusahawanan. Beliau kemudian menceburkan diri dalam perniagaan dengan menjual air lemonade. Melalui keuntungan yang diterimanya, beliau tertanya-tanya apa yang ingin dilakukan dengan wang tersebut.

Mulanya Marchese ingin membelanjakan wang tersebut untuk membeli alat permainan. Menyedari bahawa wang itu akan habis jika tidak dibelanjakan dengan berhemat, beliau terfikir bagaimana cara untuk menggandakannya. Setelah melakukan rujukan melalui Google, beliau mula mengetahui tentang pelaburan.

Pendedahan Mengenai Perdagangan Saham

Hanya ketika berumur 11 tahun setelah beliau menonton filem Trading Spaces beliau mula menumpukan perhatian terhadap stock trading kerana dari situ beliau mula menyedari tentang kelebihan intraday dimana keuntungan boleh dijana dalam tempoh beberapa jam atau minit berbanding pelaburan yang mengambil masa lebih lama.

Kedua ibu bapa beliau agak skeptikal pada mulanya kerana ia bukan sesuatu yang normal untuk kanak-kanak berumur 11 tahun menceburkan diri dalam stock trading. Memandangkan Marcase menunjukkan minat yang mendalam, ibu bapa beliau akhirnya akur dan mula memberi sokongan kepadanya. Beliau mula menghadiri kelas selama 7 hari pada musim luruh tahun 2008 untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai stock trading.

Mengalami Kerugian Sebelum Mencatatkan Keuntungan.

Marchese mengakui diawal pembabitannya dalam stock trading, beliau berasa kecewa kerana tidak mencatatkan keuntungan yang konsisten walaupun beliau telah berusaha keras. Beliau mengambil inisiatif untuk membaca buku mengenai pengurus hedge fund dan pelabur yang telah berjaya. Dari situ, beliau dapati trader dan investor yang berjaya mencatat keuntungan secara konsisten mempunyai cara pemikiran yang unik.

Dari situ beliau sedar untuk berjaya dalam pelaburan saham memerlukan psikologi yang kuat selain daripada strategi pembelian dan penjualan yang betul.

Menguruskan Syarikat Pelaburan Sendiri Dengan Modal $5 Juta

Pada umur 20 tahun, Marchese berjaya menyakinkan beberapa orang pelabur untuk menyumbangkan modal permulaan keseluruhan bernilai $5 juta untuk beliau uruskan dibawah syarikat Marchese Investments. Bagi menumpukan seluruh perhatian terhadap membangunkan syarikatnya, beliau membuat keputusan untuk berhenti belajar dari Universiti New York.

Sumber Rujukan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend