Ekonomi Malaysia KO? Ini Logik Ke Mana RINGGIT Kita Telah Pergi

Jangan heret emosi kita ke sudut yang merugikan

Artikel ini diambil daripada posting FB Tuan Al Irfan Jani, yang sudi berkongsi pendapat beliau tentang isu penutupan beberapa francais luar negara di Malaysia.

Tengah kita berpuasa, syok berhari raya, ada yang tak perasan isu lebih besar berlaku kepada ekonomi negara. Diam tak diam, dah banyak kilang tutup. Berapa banyak francais negara luar juga tumbang di negara kita.

Ada yang dah ditutup tanpa diumum media.
Ada juga yang diumum dari akhbar selain bahasa Melayu.
Ada yang dah diumum lebih awal.
Ada juga yang tahu-tahu je dah tutup (24 jam).

Perkara paling ‘menarik’ yang boleh kita baca, adalah alasan kenapa syarikat menghentikan operasi. Ada macam-macam jenis faktor:

  • Kos operasi meningkat
  • Kurang permintaan
  • Cukai GST (Kalau tang komen, ramai juga yang sentuh isu GST)
  • Pindah lokasi
  • Struktur semula

Ah itu semua tak penting, sebab bagi seorang rakyat marhaen, ayat paling mudah nak sebut, “Ekonomi Malaysia Nazak!”

Siapa yang bijak main sentimen politik, inilah masa terbaik nak meraih perhatian. Pakar ekonomi jadian pun cepat tumbuh. Nak kasi nampak ada nasihat, suruh rakyat berjimat. Senang sikit nasihat tu.

Jadi, sebelum melarat emosi kita ke sudut yang merugikan, saya terpanggil nak kongsikan satu fikiran yang baik.

Saya ni bukanlah pakar ekonomi. Tapi, sebagai pengamal marketing, saya suka melihat ‘behaviour’ dan budaya membeli pengguna. Jika dari segi ekonomi, kita jangan terperangkap dalam fikiran EKONOMI TENAT. Gaji tak pernah naik. Barang makin mahal, ya betul.

Namun, ia hanyalah RESULT. Lebih penting, kita kena ‘lihat’ betul-betul, mungkin dengan mata hati, “KE MANA RINGGIT TELAH PERGI?”

Supaya kita dapat hidup dalam cabaran genting ini, kita kena cekap ‘mengintai’ ke mana duit rakyat Malaysia bergerak.

Saya ada buat sedikit kajian dan nota untuk dikongsikan pada anda.

Produk & Servis Tenat di Malaysia

Di bawah ini, saya senaraikan produk dan servis yang ‘tenat’ di Malaysia ini. Banyak kilang dan premisnya telah ditutup, ada yang tunggu rebah.

Kategori Produk

  • Rokok Mevius, Winston, Camel, Dunhill, Rothmans (British American Tobacco)
  • Motosikal kapcai/skuter Suzuki
  • Hard disk WD & Seagate
  • Video Kamera JVC
  • TV Samsung (Samsung Elektronik Display (M) Sdn Bhd)
  • Cable & Motherboard Connector dalam PC – produk Amphenol
  • Semiconductor – produk Fairchild, SunEdison
  • Solar Panel STR

Kategori Servis

Ok, dari senarai produk di atas, cuba kita perhatikan.

1) Ada tak behaviour manusia yang dah berubah?

Dulu hisap rokok, sekarang dah pakai vape. Dulu komputer laptop semua ada, sekarang ada 1 phone pun boleh dual sim. Dulu tak sewa kereta, sekarang GRAB/UBER saja. Ada tu sanggup beli motor second hand, asal tak berhutang.

Apa maksud bila behaviour berubah, pergerakan duit berubah?

Contoh senang beginilah. Dulu kita rasa tak penting tonton TV, buang masa ikut rancangan TV kena menghadap iklan. Jadi, kita potong bulanan RM100 Astro. Ada tu dah jual TV, atau tak beli TV baru.

Jadi, mana pergi RM100 kita tadi? Kita buang tabiat TV, tapi kita makin concern dengan kualiti kesihatan. Jadi, kita langgan penapis air bulanan RM100. Silap-silap, kita tambah lagi caruman bulanan takaful RM50.

Amacam? Inilah namanya “Ringgit Bergerak”.

Perasan tak, dalam keadaan begini, walau ada pihak yang rugi, ada pihak lain yang buat untung. Inilah sifat duit. Behaviour berubah, pergerakan duit juga berubah.

2) Ada tak duit rakyat Malaysia dibawa keluar, atau terperuk tak bergerak?

Makin ramai sedar nak menyimpan. Semua takut belanja. Nak bercuti luar negara, PTPTN dan LHDN dah bersiap sedia dengan buka pejabat mereka sebelah airport. Tujuannya murni, nak ‘selamat’kan Ringgit keluar negara.

Ekonomi merundum, tapi makin ramai orang sanggup berbelanja untuk bercuti. Kadang-kadang, kalau silap kira-kira, masak sendiri boleh jadi rugi daripada makan di luar.

Tu belum kira lagi berapa juta ringgit mereka yang kena scam/sontot? Bawa duit keluar negara juta-juta. Berapa ramai yang tamak, biarkan tabungan sendiri “Let it go~ Let it go~”.

So, nampak ke nampak?

Saya nak ajak kita semua berfikir, “KE MANA RINGGIT TELAH PERGI?”

Cari jawapan ini dengan ‘mata hati’. Tiada siapa yang akan tunjukkan anda jalan sebenar ‘Ringgit’ Malaysia sedang ikuti. Kalau ada, baik lari jauh-jauh dari orang itu, sebab dia sedang tunjuk jalan Ringgit anda gerak ke poketnya.

Ikut saja ke mana duit mengalir. Kalau jumpa, Alhamdulillah, cepat-cepat buat ’empangan’ di situ (Pasang Marketing lah situ). Dan gerakkan ke ‘sungai’ lain. Kalau dah jumpa ‘lombong’ nanti, jangan sibuk-sibuk beritahu ramai orang. Nanti kalau ramai melombong situ dengan rakus, habis rosak terus tercemar.

Artikel ini diolah oleh MajalahLabur.com dari posting asal Tuan Al Irfan Jani, Pakar Storyteller tersohor di Malaysia. Follow beliau untuk lebih banyak inspirasi.

Komen

komen