Kekuatan Pengaruh Media Sosial Menjadikan Kylie Jenner Bilionaire Termuda Dalam Sejarah Moden

Produk kosmetik merupakan produk yang mempunyai nilai pasaran yang luas di seluruh dunia. Kebanyakan golongan wanita menghabiskan banyak wang ringgit untuk menghiasi diri mereka dengan produk kosmetik walaupun terpaksa membayar mahal bagi memenuhi impian tersebut. Pasaran produk kosmetik juga kelihatan semakin berkembang dari setahun ke setahun akibat permintaan yang semakin bertambah.

Hal yang sama berlaku di Amerika Syarikat, apabila Kylie Jenner telah menjadi seorang bilionaire pada usia yang sangat muda iaitu ketika berusia hanya 21 tahun. Beliau berjaya dengan hanya menjual produk kosmetik secara dalam talian ketika permulaan perniagaanya. Lebih menarik lagi, beliau memintas Mark Zuckerberg yang menjadi billionaire pada usia 23 tahun pada tahun 2008 dan Bill Gates yang menadi billionaire pada usia 31 tahun pada tahun 1987.

Kylie Jenner merupakan seorang selebriti media sosial sebelum membuka perniagaan berasaskan produk kosmetik. Dilahirkan pada tahun 1997 kepada pasangan Kris Jenner yang merupakan selebriti telivisyen dan Bruce Jenner seorang atlet olimpik yang memenangi pingat emas dalam acara olahraga pada tahun 1976, sebelum dia mengisytiharkan menukar jantina pada tahun 2015 menjadi seorang perempuan

Keluarga Kardashian mempunyai rancangan realitinya sendiri dan Kylie telah menyertainya sejak berusia 10 tahun lagi

Dia yang sebelum ini pernah muncul bersama kakaknya iatu Kim Kardashian dalam rancangan realiti televisyen yang berjudul Keeping Up With The Kardashians. Rancangan realiti tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan di Amerika Syarikat, sekaligus mejadikan keluarga Kardashian merupakan di antara keluarga yang paling terkenal di Amerika Syarikat.

Sebelum menjadi seorang selebriti ketika usia remaja, Kylie merupakan seorang ketua pasukan sorak untuk sekolahnya iaitu Sierra Canyon School dan karier pertama pemodelan yang disertainya adalah untuk Syarikat Sear untuk pakain mereka yang bertemakan Crush Your Style. Beliau dibesarkan dengan memiliki keluarga yang terkenal dan dikelilingi dengan kehidupan yang mewah.

Oleh kerana keluarganya sangat terkenal, tempiasnya itu terkena kepada dirinya. Beliau mempunyai pengaruh besar di dalam media sosial, yang merupakan platform yang terbaik untuknya sebelum memulakan perniagaan.

Perbandingan pengaruh yang dimiliki oleh Keylie Jenner di instagram berbanding dengan pengguna yang lain

Bayaran yang diterimanya untuk sekeping review melalui instagramnya mencecah $1 juta. Ini membuktikan bahawa Kylie merupakan selebriti media sosial yang berkelas A di Amerika Syarikat. Ini kerana pengaruh yang dimiliki oleh beliau luar biasa hebatnya, melebihi artis terkenal seperti Beyoncé yang sebelum ini memegang rekod tersebut. Kylie kini mempunyai pengikut seramai 129 juta orang di Instagram!

Produk pertama yang dikeluarkan oleh syarikat Kylie Cosmetic telah memberi impak yang beasr terhadap perniagaan syarikatnya

Menurutnya lagi, pengaruh selebriti yang terdapat di dalam dirinya itu telah membantu meningkatkan jualan barangan kosmetiknya. Dia yang menubuhkan syarikat kosmetik yang diberi nama Kylie Cosmetics pada November 2015 dan menjual gincu pada harga pengenalan iaitu $29 USD dan dijual secara online.

Beliau memulakan perniagaanya dengan berbekalkan modal sebanyak $250,000 USD hasil simpanan daripada kerjayanya sebagai seorang model. Pada hari pelancaran, gincunya itu mendapat tempat di hati para pengikutnya di media sosial. Teknik pengiklanan melalui media sosial benar-benar memberi kelebihan kepada perniagaanya. Produk gincunya itu telah habis stok dalam masa tidak sampai satu minit selepas pelancaranya.

Produk gincu yang dikeluarkanya itu mendapat sambutan yang luar biasa pada permulaan pengenalanya dan dalam tempoh 18 bulan sahaja, Kylie Cosmetic telah mencatatkan jualan sebanyak $420 juta

Beliau mula mengembangkan perniagaannya dengan menambah pelbagai barangan di dalam koleksinya dan mula berkerjasama dengan gedung terkenal iaitu Ulta bagi memasarkan produknya secara fizikal. Dengan kerjasama di antara kedua-dua syarikat ini, ia telah meningkatkan lagi jualan produk Kylie Cosmetic dan juga menaikkan saham Syarikat Ulta secara tidak langsung.

Kylie Jenner yang menjadi penghias majalah Forbes pada tahun lalu kini telah menjadi seorang billionaire pada usia 21 tahun

Dengan pertambahan angka jualan pada tahun lepas, Kylie telah diisytiharkan oleh majalah Forbes sebagai bilionaire termuda pada usia mencecah 21 tahun. Walau bagaimanapun, ramai netizen yang mempertikaikan status tersebut kerana beliau berasal daripada keluarga yang berpengaruh dan atasan, walaupun keluarganya itu bukan berstatus bilionaire.

Kini beliau terus melebarkan sayap perniagaan dan empayarnya ke seluruh pasaran Amerika Syarikat melalui gedung kosmetik Ulta.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend