Kenali Ibu Zain Yang Merupakan Seorang Tokoh Pendidikan

Tan Sri Hajah Zainon Binti Munshi Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain, adalah merupakan seorang tokoh pendidikan tempatan. Beliau lahir pada 22 Januari 1903 dan meninggal dunia pada 2 April 1989. Pasti ramai yang tak kenal beliau kan?

Lahir Di Melaka Dan Dapat Pendidikan Awal Daripada Bapa

Ibu Zain dilahirkan di Melaka dan merupakan anak ke-6 dari lapan adik beradik. Ayahnya, Munshi Sulaiman berasal dari Riau, Indonesia. Ibu Zain bertuah kerana bapanya mempunyai kesedaran yang tinggi betapa pentingnya pendidikan, malah telah melanggar tradisi masyarakat Melayu ketika itu yang melarang anak perempuan daripada belajar, selain daripada belajar mengaji Al-Quran.

Bina Sekolah Guna Duit Sendiri

Selepas menghabiskan pelajarannya di Methodist Girls School di Melaka dan diikuti dengan kelulusan Junior Cambridge, Ibu Zain kemudiannya bekerja dalam bidang pendidikan. Projek pertama beliau adalah dengan membina sebuah sekolah di Negeri Sembilan dengan menggunakan duit beliau sepenuhnya.

Beliau kemudiannya telah berpindah dan menetap di Johor. Di Johor beliau bekerja sebagai penyelia sekolah perempuan bagi sekolah perempuan daerah Muar dan Batu Pahat, seterusnya bagi seluruh negeri Johor  Di sinilah kita dapat lihat Ibu Zain telah berjaya meyakinkan pentadbir kerajaan Johor untuk membina lebih banyak sekolah perempuan.

Aktif Dalam Persatuan

Sumber: New Straits Times

Beliau juga turut memainkan peranan yang aktif dalam persatuan. Beaiu merupakan di antara individu yang bertanggungjawab bagi menubuhkan Persatuan Guru-Guru Sekolah Melayu dan Sekolah Agama Negeri Johor. Melaui kewibawaan yang telah ditonjolkan, beliau telah dilantik sebagai presiden pertama persatuan tersebut.

Selain daripada itu, beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai yang Dipertua Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu selama tempoh 19 tahun.

Tubuh Kolej Sendiri Pula

Pada tahun 1948, Ibu Zain telah berjaya menubuhkan kolejnya sendiri yang bernama Kolej Tunku Ampuan Mariam di Johor Bahru. Kini ianya telah bertukar menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru dan merupakan SMKA yang terbaik di negeri Johor.

Banyak Pengiktirafan Diterima

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Ibu Zain telah mendapat beberapa anugerah tempatan seperti pingat daripada Sultan dan Agong seperti anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri, juga dinobatkan sebagai Tokoh Sastera dan Tokoh Pendidikan.

Beliau juga turut mendapat anugerah luar Negara seperti pingat Lady Of Burma daripada Kerajaan Myanmar.

Sumber Rujukan: Wikipedia

Betapa Pentingnya Pendidikan

Tan Sri Hajah Zainon Binti Munshi Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain adalah seorang ikon yang amat mementingkan pendidikan. Menerusi usaha beliau yang tidak mengenal erti penat lelah, pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan tahap pendidikan di tanah air kita.

UKM Menamakan Kolej Sempena Nama Beliau

Sumber: Universiti Kebangsaan Malaysia

Kolej Ibu Zain (KIZ), Universiti Kebangsaan telah ditubuhkan pada April 1994. Penubuhan kolej kediaman yang ketujuh ini mampu menampung keperluan penginapan sebanyak 400 orang pelajar. Kolej ini dibina di atas Bukit Warisan yang berkonsepkan ala-resort yang mementingkan persekitaran dan lanskap yang hijau dan kondusif untuk suasana pembelajaran.

Akhir kata, semoga usaha murni sepanjang hayat beliau mendapat pahala amal jariah.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend