Kenali Pembekal Pek Makanan Tentera

Anda pasti pernah mendengar tentang jenama Brahim’s bukan? Produk ini sangat terkenal di kalangan penuntut Malaysia yang berada di luar negara. Ia menjadi pengubat rindu mereka yang berada diperantauan untuk merasai keenakan makanan tradisional negara ini.

Tahukah anda? Pada awalnya, syarikat ini hanya mengeluarkan makanan pek untuk pihak tentera! Menarik bukan? Mari kita kenali serba sedikit tentang jenama ini.

Pengasas kepada jenama Brahim’s ini dilahirkan di Pulau Pinang dengan nama Ibrahim Haji Ahmad Badawi. Beliau juga merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 itu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Sains dari Louisiana State University. Amerika. Beliau juga pernah bertugas sebagai pensyarah dalam bidang teknologi pembuatan makanan di sebuah universiti.

Pada tahun 1986, jenama Brahim’s telah mula diperkenalkan. Tetapi pada 1988, barulah Syarikat Dewina Food Industries ditubuhkan. Syarikat ini bertanggungjawan untuk memasarkan produk ini secara rasmi. Seperti yang telah dinyatakan di atas, produk makanan Brahim’s ini pada awalnya lebih tertumpu kepada pengeluaran makanan halal untuk pihak tentera di serata dunia.

Tersenarai Di Bursa Malaysia Sejak Tahun 1995

Jenama ini mula dikomersialkan selepas syarikat ini berjaya menyenaraikan namanya di Bursa Saham Malaysia pada tahun 1995. Walaupun telah dipasarkan kepada masyarakat umum, tetapi syarikat ini masih tetap membekalkan makanan untuk pihak tentera. Kemudian pada tahun 2003, mereka telah mengorak langkah di awan biru dengan perniagaaan katering penerbangan bersama dengan Malaysia Airlines (MAS).

Sumber: Bursa Marketplace

Boleh dikatakan prestasi syarikat tidaklah begitu memberangsangkan, tetapi masih mendapat kepercayaan pelabur institusi yang besar seperti Tabung Haji dan juga institusi kewangan lain. Universiti Malaya pun turut melabur ke dalam syarikat Brahim’s juga.

Guna Teknologi Canggih

Apa yang menarik mengenai produk ini ialah, mereka menggunakan teknologi pembungkusan canggih. Teknologi pembungkusan makanan ini telah mula dibangunkan oleh Amerika Syarikat untuk kegunanaan tentera mereka serta program angkasawan sekitar 1970-an. Syarikat ini telah mengharumkan nama negara kerana menjadikan Malaysia negara ketiga d idunia yang menggunapakai teknologi yang sama selepas Jepun dan Taiwan.

Dan tahukah anda? Angkasawan Malaysia pertama iaitu Datuk Syeikh Muzaffar juga pernah menikmati produk makanan Brahim’s semasa berada di angkasa lepas. Ini salah satu bukti makanan keluaran rakyat Malaysia juga berkualiti tinggi. Ia tidak menggunakan bahan pengawet, tetapi masih mampu bertahan lama di ruang angkasa selain mengekalkan rasa makanan yang asli.

Melabur Dalam Penyelidikan & Pembangunan (R&D)

Salah satu faktor yang paling penting mengapa jenama ini terus bertahan di pasaran adalah kerana mereka melakukan usaha penyelidikan serta pembangunan yang berterusan. Ini tentunya dapat mengekalkan tahap kualiti yang dimahukan. Untuk tujuan ini, Datuk Haji Ibrahim telah membuka sebuah kilang yang mempunyai pelbagai peralatan berteknologi tinggi. Jadi tidak hairanlah apabila hampir 1 juta pek jenama ini dikeluarkan setiap bulan.

Hari ini Datuk Haji Ibrahim boleh berbangga melihat kejayaan yang telah dicapai oleh syarikatnya. Jenama ini bukan sahaja terkenal dikalangan rakyat negara kita tetapi juga terkenal di seluruh dunia.

Hasilkan Pek Makanan Kembara Pula

Kalau pek makanan tentera dah laku, kini ada pula pek makanan kembara. Ianya dibangunkan bagi meneroka pasaran makanan untuk aktiviti lasak dan pelancongan.

Bagi mereka yang kaki travel, setiap pek kembara itu dilengkapi dengan makanan seharian pengguna bagi tiga makanan berat iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Ia turut disertakan bersama snek iaitu bubur pulut hitam, biskut, jem dan set minuman serta sudu dan garfu.

Memang sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti outdoor, tak perlu fikir pasal makanan. Bawa saja pek makanan kembara ini.

Sumber Rujukan:

  1. http://youngleadershipvoices.blogspot.my/2012/11/normal-0-false-false-false-en-us-ja-x_7790.html
  2. http://www.sinarharian.com.my/bisnes/brahim-s-selepas-25-tahun-1.133153

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend