Belajar Kenapa Bangsa Cina Lebih Kaya Berbanding Bangsa Lain di Malaysia

Bangsa Cina di Malaysia Lebih Kaya

Jika anda mampu baca ini sehingga habis, anda mempunyai sikap seorang yang berjaya iaitu mereka fokus dalam memulakan sesuatu sehingga selesai.

 

Pernah terfikir mengapa majoriti bangsa Cina di Malaysia lebih kaya dan berharta berbanding bangsa lain di Malaysia?

Biasa dengar kan pepatah Melayu ada menyebut, “Takkan Melayu hilang di dunia”? Tapi apa gunanya kalau kita sekadar cukup-cukup makan dengan pelbagai kemudahan yang telah diberi di dalam bentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB)?

Perhatikan dulu beberapa statistik daripada kajian yang dijalankan oleh M. Yusof Saari yang telah menulis thesis PHD beliau di University of Groningen, Groningen, The Netherlands yang bertajuk “Income Distribution across Ethnic Groups in Malaysia – Applying Social Accounting Matrices

Merujuk kepada jadual di atas:

  • Pada tahun 2000 lagi – orang Cina telah mengatasi orang Melayu sebanyak hampir 2 kali ganda di bahagian kampung dan melebihi 34% di bahagian bandar dari segi pendapatan.
  • Ini bermaksud orang Cina bergaji lebih besar, disebabkan oleh perniagaan yang mereka jalankan serta pekerjaan yang lebih elok di sektor swasta.
  • Kalau trend ini berpanjangan sejak tahun 2000 lagi, memang patutlah jurang semakin jauh saban tahun

 

Jika dirujuk kepada jadual di atas pula, kita boleh lihat bahawa:

  • Pada tahun 1970, orang Cina di kampung lebih miskin daripada orang Melayu dan jurangnya semakin jauh menjelang tahun 2000
  • Sebaliknya pula keadaannya di mana orang Cina di bandar lebih kaya daripada orang Melayu

Bagi miskin tegar pula, jadual di atas kita boleh simpulkan bahawa:

  • Peratusan orang Melayu adalah yang paling ramai sejak daripada tahun 1970 lagi, sehinggalah sekarang
  • Peratusan orang Cina merupakan yang terendah dan menjadi 0.6% sahaja pada tahun 2004. Adakah sekarang tiada lagi orang Cina yang miskin?

Apa Sebab Orang Cina Lebih Kaya?

1. Tanah besar China telah melalui zaman-zaman yang berselang-seli antara perpaduan dan perpecahan serta penaklukan oleh orang-orang asing. Ini telah menjadikan mereka berjiwa kental, bercita-cita tinggi dan merupakan hasil daripada survival of the fittest.

2. Sebaik sahaja mereka tidak lagi ditindas dan diberi peluang, mereka telah bangkit dan mengalahkan bangsa lain. Orang Cina adalah bangsa yang sangat rajin bekerja. Ini bukan sahaja kelihatan di Malaysia, tetapi juga negara seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

3. Negara-negara di mana orang Cina memerintah pula seperti Hong Kong, Taiwan dan Singapura, mereka bukan sahaja tidak ditindas; malah diberi peluang untuk mencipta kekayaan bagi diri mereka dan negara. Hasilnya anda boleh lihat sendiri.

4. Bangsa Cina amat berpegang teguh kepada pepatah lama mereka iaitu,

Jika anda beri ikan kepada seseorang lelaki, anda hanya berikannya makan untuk sehari. Tetapi jika anda mengajarnya untuk memancing ikan, anda memberinya makan untuk seumur hidupnya”.

Apa Hikmah Di Sebaliknya?

Di sebalik hujan ribut, akan muncul pelangi. Fahamilah maksud yang tersirat disebalik setiap kejadian.

Begitu juga dengan ujian, selepas ditimpa ujian dengan penuh kesabaran, barulah dapat tuai hasilnya. Dalam Al-Quran ada menyebut tentang ini dalam Surah Al-Insyirah ayat 5-6:

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

Usahlah bergantung harap kepada ‘tongkat’ semata-mata dan teruskan usaha untuk memajukan diri sendiri dan keluarga. Ilmu untuk menjadi kaya tak diajar di sekolah. Ramai mentor bisnes, kewangan, pelaburan di luar sana yang mengajar ilmu ini.

Jangan sombong, belajarlah…

Carilah guru-guru di luar sana yang boleh mengajar kita cara ‘memancing ikan’ yang betul. Untuk upgrade kepada hidup yang lebih baik, kita perlukan ilmu dan bila kita ada ilmu seterusnya bertindaklah. Tidak ada kejayaan bagi orang yang malas, bertangguh dan suka beri alasan.

Baca juga 9 Tips Mencari Guru, Cikgu atau Sifu Pelaburan Saham

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend