Keputusan Jack Ma Untuk Meletak Jawatan, Telah Dirancang 10 Tahun Lebih Awal

Menurut Jack Ma yang merupakan pengasas Alibaba, keputusan untuk bersara yang beliau lakukan pada bulan September lalu; adalah satu keputusan yang paling berat pernah dilakukannya. Artikel kali ini akan berkongsi sedikit sebanyak tentang Jack Ma dan persaraan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba.

Ibarat peribahasa ‘Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan nama’, begitulah dengan situasi persaraan Jack Ma.

Jika perkataan Alibaba terlintas dalam fikiran kita, sekaligus nama dan gambar wajah Jack Ma juga terlintas sama.

“Orang yang baik, akan sentiasa meninggalkan reputasi nama yang baik”

Jack Ma yang berusia 55 tahun, telah mengumumkan pada September 2018, bahawa dia akan meletak jawatan sebagai pengerusi eksekutif dalam masa 12 bulan, menamatkan tempoh 20 tahun beliau menerajui syarikat gergasi teknologi China. 

Namun, baru-baru ini beliau telah mendedahkan bahawa pelan perletakan jawatan yang diumumnya pada tahun lalu, telah dirancang 10 tahun yang lalu (tahun 2009).

Bercakap pada Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Global Forbes baru-baru ini, Jack Ma berkata beliau mula terfikir mengenai idea persaraan tersebut pada tahun 2004. Pada ketika itu, ada pengkritik yang merupakan seorang venture capitalist, telah mengkritik dirinya sebagai “tidak berkelayakan memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).”

Tak Boleh Ada Hanya Satu Jack Ma, Kena Ada Ramai

Disebabkan itu, pada ulangtahun ke-10 (2009) Alibaba Group, Jack Ma telah bertekad untuk bersungguh-sungguh mencari penggantinya pada 10 tahun akan datang. Beliau beraspirasi untuk mengumumkan persaraannya pada tahun 2019 kelak.

Jack Ma sering menyuarakan bahawa, beliau ingin syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1999 untuk bertahan selama 102 tahun, sekaligus dapat menjangkau sehingga tiga abad. Bagi membantu merealisasikan wawasan itu, Jack Ma berkata ‘beliau dan pasukannya telah membangunkan sistem kepimpinan yang teguh, dengan menghargai cara berfikir dan tahap prestasi hasil kerja yang tinggi’.

Jack Ma juga ada berkata, syarikat Alibaba tidak sepatutnya meniru Jack Ma, kerana individu seperti dirinya terlalu banyak dalam syarikat tersebut. Disebabkan ini syarikat Alibaba terpanggil untuk membina sebuah sistem, yang mempunyai model kepimpinan dengan tepat’.

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Melalui sistem tersebut Alibaba dapat menemukan, melatih dan mencari ramai pemimpin syarikat. Ini termasuk mengkaji deklarasi kejayaan kemerdekaan Amerika Syarikat, sistem Parlimen British dan politik Rom, bagi menghasilkan meritokrasi kepimpinan yang baik.

Bagi beliau, persaraan tersebut adalah keputusan yang sangat berat untuk dilakukan. Bagi menjayakan hasrat tersebut, beliau dan kepimpinan syarikatnya telah memerah keringat dalam membincangkan, membahaskan sistem kepimpinan, mencari kelemahan; seterusnya melahirkan pemimpin syarikat yang  boleh berjuang untuk mencapai kejayaan visi, misi dan nilai syarikat tersebut buat selama-lamanya.

Daniel Zhang (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alibaba) ada menyuarakan, beliau sangat berkeyakinan mengenai syarikat Alibaba yang mempunyai warisan kepimpinan yang tinggi pada masa akan datang dan mampu bertahan selama berabad-abad.

Tambah beliau lagi, Alibaba tidak seharusnya bergantung selama-lamanya kepada Jack Ma.

Jack Ma boleh gagal, boleh jatuh sakit, mengalami kemalangan dan sebagainya. Jika ingin terus maju dan kekal pada beratus-ratus tahun akan datang, Alibaba tidak harus mengamalkan budaya kebergantungan kepada Jack Ma.

Kesimpulan yang boleh kita ambil, apa yang di suarakan oleh Daniel Zhang adalah, namun Alibaba tidak harus membelakangkan individu yang mendirikan syarikat tersebut; yang sekaligus mengangkat nama Alibaba agar dikenali di serata dunia.

Jika Jack Ma yang merupakan manusia terkaya di China pun merancang habis-habisan bagi menempuh persaraan beliau, bagaimana pula dengan kita?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

SC Lancar Buku Mengenai Pertumbuhan Pasaran Modal Malaysia Selama 30 Tahun

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melancarkan buku Capital Market in Malaysia – Past, Present, and Future yang memaparkan pertumbuhan pasaran modal Malaysia selama 30 tahun dan trend global yang semakin berkembang yang akan membantu membentuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Pengerusi SC Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin menyifatkan buku itu sebagai hadiah kepada kakitangan SC pada masa ini dan akan datang, membolehkan mereka untuk memahami mengapa wujudnya dasar tertentu dan bagaimana SC beroperasi.

“Anda belajar daripada masa lalu, teruskan peranan itu dan jadilah sebahagian daripada warna-warni ini. Kepada generasi muda, bukan apa-apa usaha yang anda lakukan sahaja penting, malah usaha yang dilaksanakan oleh orang lain sebelum anda, perlu sama dititikberatkan,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran buku itu di sini hari ini.

Awang Adek turut menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk menulis prakata dalam buku itu, dan itulah yang sewajarnya memandangkan beliau menubuhkan SC dan menjadi sebahagian besar daripada sejarah SC.

Buku Capital Market in Malaysia – Past, Present, and Future yang memaparkan wawasan yang mendalam mengenai pasaran dan pengawal selianya, dilancarkan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. 

SC menerbitkan buku itu  bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-30 pada 2023.

Sultan Nazrin bertitah buku ini benar-benar memberi penghargaan yang sewajarnya terhadap kewibawaan sesebuah pasukan — dengan cara pemikiran, pendapat dan bakat individu bersatu sepanjang beberapa dekad, untuk membina SC sehingga menjadi sebuah badan kawal selia yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Buku setebal 420 halaman itu, yang ditulis oleh wartawan veteran Jennifer Jacobs, adalah berdasarkan wawancara dan perbualan terkini bersama semua mantan pengerusi SC termasuk pengerusi semasa, pengurusan kanan SC pada masa lalu dan semasa, pakar industri, cendekiawan, pengawal selia yang lain serta pihak berkepentingan utama.

Beberapa cerapan mereka dikongsi secara terbuka buat pertama kalinya, termasuk pengalaman menangani Krisis Kewangan Asia 1997/98 dan isu-isu mendesak lain sambil memastikan pasaran terus beroperasi dan pelabur kekal dilindungi.

— BERNAMA