Kisah Bisnes Tilam Yang Catat $1 Juta Dalam Setahun

Anda mungkin tidak mengenali pemilik nama Scott Paladini. Tetapi kisah kejayaan lelaki ini menarik untuk kami kongsikan kepada anda. Beliau merupakan seorang pengasas syarikat tilam di Amerika yang berjaya catat jualan sehingga $1 juta dolar hanya dalam tempoh setahun!

Penglibatan Paladini dalam bidang perniagaan bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Sejak daripada kecil lagi, beliau telah terbiasa dengan dunia bisnes. Bapanya juga merupakan usahawan yang terlibat dengan pelbagai usahasama perniagaan. Dan salah satu perniagaan tersebut melibatkan tilam.

Minat Berniaga Sejak Daripada Kecil

Sejak daripada zaman persekolahannya lagi, beliau telah membantu bapanya menguruskan perniagaan tersebut termasuklah dengan menjual tilam-tilam tersebut kepada rakan-rakan sekolah serta rakan kolejnya.

Setelah menamatkan pengajiannya di New York, Paladini membuat keputusan untuk berada lebih dengan dengan keluarganya. Jadi dia kembali ke New Jersey dan membuka kedai tilamnya sendiri iaitu Hibernate Bedding. Perniagaan ini boleh dikatakan berjaya kerana dalam tempoh yang sekejap, Paladini telah berjaya membuka cawangannya yang kedua.

Beralih Ke Internet

Tetapi, beliau masih belum berpuas hati. Menyedari akan potensi e-commerce, beliau membuat keputusan untuk untuk cuba menjual tilam melalui atas talian. Beliau turut membuat kajian untuk mencipta tilam yang berkualiti. Bisnes tilam atas taliannya kemudiannya diberi nama Bear Mattress.

Di antara taktik pemasaran yang digunakan Paladini untuk menarik minat pelanggannya adalah dengan menawarkan tempoh percubaan selama 100 hari dengan jaminan pulangan wang sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan tilam yang dijualnya. Dia juga memberikan warranty selama 10 tahun untuk tilam tersebut.

Teknik Pemasaran Yang Luar Biasa

Dalam tempoh satu tahun sahaja, lelaki ini berjaya mendapat keuntungan $1 juta! Salah satu faktor yang menyebabkan Bear Mattress mampu berjaya ialah review daripada pelanggan.

Syarikat ini mendapat reviews 5 bintang daripada lebih 200 orang pengguna. Ini tidak dikira lagi dengan komen-komen positif yang diberikan. Beliau turut melabur dalam pengiklanan podcast dan juga radio.

Menyedari potensi perniagaan tilam secara atas talian Paladini kemudian mengambil keputusan untuk menyerahkan rangkaian kedai Hibernate Bedding kepada keluarganya supaya dia dapat menumpukan perhatian untuk memajukan jenama Bear Mattress.

Tindakan berami ini tidak sia-sia apabila syarikatnya menjadi di antara syarikat pengeluar tilam yang paling dipercayai di Amerika. Dan sekarang Paladini masih terus berusaha untuk membangunkan lagi teknologi dalam pembuatan tilamnya untuk membantu golongan atlet dan mereka yang aktif mendapat tidur yang berkualiti.

Sumber Rujukan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend