Kisah Inspirasi Jutawan Kosmetik Dunia

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Semua wanita mengimpikan kulit yang halus, mulus dan berseri. Jadi tak hairanlah mengapa golongan Hawa ini sanggup menghabiskan duit membeli produk kecantikan.

Tetapi hari ini, kami bukanlah hendak bercakap tentang produk kosmetik yang paling hot di pasaran. Sebaliknya, kami ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah inspirasi daripada pengasas jenama terkenal dunia Estee Lauder.

Sumber: The Famous People

Jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dan memang terkenal seantero dunia, telah diasaskan oleh seorang wanita yang bernama Josephine Esther Mentzer. Beliau dilahirkan di Corona, Queens New York sekitar tahun 1906-1908. Ibu bapanya merupakan imigran Yahudi dari Czechoslovakia dan Hungary.

Beliau bukanlah berasal daripada keluarga yang kaya. Bapanya membuka sebuah kedai hardware. Dan di situlah beliau mula mendapat pengalaman pertamanya dalam bidang perniagaan.

Beliau mempunyai seorang bapa saudara yang bernama John Schotz, iaitu seorang ahli kimia. Bapa saudaranya ini turut menjual produk kecantikan. John telah mengajarkan kepada Estee cara yang betul untuk menjaga muka.

Daripada sinilah minat beliau dalam bidang kosmetik ini muncul. Beliau membantu pakciknya itu dengan menjual produk kecantikan tersebut kepada rakan-rakannya di Newton High School. Dengan rakan-rakan beliau inilah, Estee mempelajari teknik-teknik pemasaran.

Setelah menamatkan pengajiannya di sekolah tersebut, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan bapa saudaranya itu. Beliau mula memasarkan produk tersebut di butik-butik kecantikan, kelab dan juga hotel. Pertemuannya dengan seorang pengusaha salon telah membuka peluang yang lebih cerah untuk memasarkan produk tersebut.

Seawal usia 19 tahun. Estee telah bertemu jodoh dengan usahawan tekstil bernama Joseph Lauter. Namun usia perkahwinan mereka tidak panjang kerana sikap Estee yang terlalu sibuk dengan perniagaan kosmetiknya. Setelah berpisah dengan suaminya itu, beliau tetap gigih mengejar impiannya. Tetapi jodoh dengan bekas suaminya itu masih kuat. Selepas tiga tahun hidup bersendirian, Estee berkahwin kembali dengan bekas suaminya. Inilah titik terpenting dalam kehidupannya.

Bersama-sama suami tercinta, Estee membangunkan perniagaan kosmetik Estee dengan lebih gigih lagi. Nama Lauter juga telah ditukar kepada Lauder kerana ingin memperbetulkan kembali ejaan sebenar nama keluarga ini. Estee bertugas dalam bahagian pemasaran, manakala suaminya pula menguruskan bahagian kewangan dan pentadbiran.

Sumber: Pinterest

Kedai pertama mereka telah dibuka pada tahun 1944 di Bandar New York. Kegembiran Estee serta suaminya tidak terhenti di situ kerana pada tahun yang sama, pasangan ini telah dikurnianya anak kedua yang bernama Ronald.

Setelah itu Estee serta suaminya tidak menoleh ke belakang lagi. Mereka terus maju ke hadapan sehingga kosmetik ini menjadi ikon kepada industri kosmetik Amerika Syarikat. Perniagaan ini telah berkembang menjadi satu legasi keluarga. Setelah kematian Estee pada usia 97 tahun, perniagaan ini telah diwariskan kepada kedua-dua anaknya.

Beliau telah membuktikan kepada dunia, seorang wanita juga mampu membina empayar perniagaan yang bernilai berbillion Dollar setanding dengan lelaki. Jadi kepada wanita-wanita di luar sana yang mungkin tengah down dengan masalah peribadi, keluarga, mahu pun kewangan; anda mungkin boleh jadikan Estee sebagai inspirasi dalam mengecapi kejayaan.

Sumber Rujukan:

  1. https://www.elcompanies.com/
  2. https://www.amazine.co/
  3. https://rashidinasaruddin.blogspot.my/
  4. https://en.wikipedia.org

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend